Sunday, July 31, 2016

Kalau Daim Muslim bertudung..


Cubaan kakak-kakaknya acah-acah pakaikan tudung kat Daim Muslim. 

Kesian Daim ya, pasrah je kakak2 buat camtu sambil mulut ternganga-nganga standby nak NGAP ingatkan susu. Mulut tu pantang bersentuh. Nak NGAP aje. Hihi...

Friday, July 29, 2016

Anugerah Agropreneur Muda Jaya Negeri Johor


Jika kita rasa harini kita hebat, ramai lagi orang yang lebih hebat.

Jika kita rasa harini kita berjaya, ramai lagi orang yang lebih berjaya.

Tapi jika ini rezeki yang Allah dah tetapkan untuk kita, maka Syukurlah Selalu. Gandakan manfaat dan luaskan ilmu.


Alhamdulillah. Dah selesai majlis penganugerahannya pagi tadi di Batu Pahat. Ayah Damia yang wakilkan saya naik pentas. Ayyunie pun ikut juga bersama staff saya. 

Thursday, July 28, 2016

Pagi ni ada Raptai...


Sepatutnya pagini saya disana..
Ada raptai untuk Urusan Seri Paduka Baginda..
Seumur hidup sekali ni je mungkin dapat anugerahnya..
Mudah-mudahan lepas ni dapat anugerah yang lebih dan baik lagi dari Yang Maha Esa..

Mujurlah boleh hantar wakil untuk majlis raptai, penerimaan baju korporat dan lain-lain..Hotel je lah burn tapi tak pe boleh bagi kepada yang lebih memerlukan lagi..Ada sesetengah organisasi tu very strict nak tuan punya badan sendiri juga yang hadir majlis rasmi macam ni..

Percayalah,
CocoDamia,
~Bukan sekadar coklat biasa~

#terimakasihallah
#dah2bulantakbergauldenganmasyarakatsebenar
#bergauldenganmasyarakatdalammediasosialje



Wednesday, July 27, 2016

Daim Muslim || Beralih bulan


Orang tua-tua cakap, baby kalau beralih bulan adalah tu habit-habit barunya. Fakta ke mitos ni?

Dah 2 hari Daim Muslim skip tidur untuk sesi 7:30 petang hingga 11 malam. Malam tadi kul 12 tengahmalam baru tidur. Nak borak-borak dan kita agah2 main dengan dia je. Kalau kita diam je, mulalah merengek2 manja.

Kakak2 pula rutin balik rumah jam 10 lebih atau 11 malam. Nak suruh sambung borak2 pun kena tunggu kakak2 balik lah ya Daim. Mujurlah kakak2nya sporting layan Daim.



Sajalah tu Daim nak uji ibu boleh berborak berapa patah perkataan kan! Hihi..

Semoga Daim membesar dengan sihat, petah dan cergas. Aaminn.

P/s: Dah pandai buat macam2 suara dan bunyi sekarang. Nyaring pun boleh tahan.. Hihi

Monday, July 25, 2016

Daim Muslim || 2 month old


Yeahhh! 2 month old first smiles 😊😊😊!

Harini Daim Muslim dah 2 bulan 🎊🎊🎊. Baru balik dari klinik cucuk 6 in 1 💉💉💉. Dari mula2 turun rumah sampailah balik semula ke rumah, memang tidur je 😴😴😴. Eh terjaga kejap masa doktor cucuk kat peha 😯😯😯. Tapi apa ada kisah, Daim Muslim kan kuat 💪💪💪. Dengan machonya terus sambung tidur balik 💤💤💤. Susu pun langsung tak minum 🍼🍼🍼. Berat pun dah naik sampai 6 kg. Kaki pun dah pandai lompat2 dan tendang2 sekarang 👣👣👣. Aduss kesian ibu tempat czer selalu kena tendang 💆💆💆. Tapi ibu tak marah pun demi kamu wahai anak 👶👶👶. 


See, sedapnya tidur. Apa pun tak khabar dah ni.. Hihi..

Happy 2 month old Daim Muslim.. Muahhh 😘😘😘...


Friday, July 22, 2016

Yeahh! It's the weekend Daim Muslim! Let's swimming!


Yeahhh!
It's the weekend baby!
Kakak-kakak ada kat rumah, so bolehlah layan Daim Muslim swimming kan..


Aktiviti hujung minggu kakak-kakak nak main ngan Daim Muslim..
Yang paling excited yang tengah tu ler.. Takut juga kalau ditinggalkan berdua je tu.. Ada je akal panjang Ayyunie nak buat macam2 kat adiknya. Daim Muslim baru 58 hari weiii.. Bukan 5 bulan.. Hihi..Nanti dah besar sikit bolehlah nak lasak2 ngan Daim Muslim ya..

Wednesday, July 20, 2016

Kenapa baby banyak tidur siang dan malam berjaga?


Dan inilah jawapannya 👆👆👆..

So far Daim Muslim tak adalah suka berjaga malam. Kadang2 sangat je dia tak tidur malam ajak main atau berborak. Al-maklumlah rumah kami ni siang atau malam memang senyap je.. Hihi...

Pasal bedung tu pula.. Haihh.. Makin hari makin tak nak bedung. Lagi kita bedung lagi dia tak lena. Kalau tunggu Daim Muslim betul2 lena baru bedung pun, dia boleh alert dan mulalah misi nak melepaskan diri. Sudahnya saya kepung dia dengan bantal besar kiri kanan dan bawahnya. Biar dia rasa hangat2 ada org gitu kan.

Pasal tidur melentang pula, Daim Muslim tak ada masalah. Cuma time lepas dia mengeliat dan merengkot, hah mulalah cara tidur dia pun pause gaya cam tu juga. Nak ajar tidur meniarap, tapi saya tak berani lagi. Ayyunie dulu2 suka tidur meniarap dari baby sampailah ke la ni... Tunggu besar sikitlah Daim Muslim tidur meniarap ya.

Baby2 uolss cam mana pula?

Tuesday, July 19, 2016

Kak Ngah ke Dik Ngah?


"See.. How much I love my brother Daim Muslim".. Kata Ayyunie..

Hari-hari nak dukung Daim Muslim ya adik.. (Masih panggil adik lagi sampai sekarang sebab dah terbiasa)

Aritu Aleesya cakap Daim Muslim kena panggil Ayyunie "Kak Ngah"..

Tetiba Ayyunie jawab "sorry sikit, panggil Dik Ngah hokeyy"...😂😂😂😂 (nak juga tittle adik tu).. Hihi


Apa-apa pun adik tetap sayang Daim Muslim kan..sampai rimas si kecik tu hari2 kena gomol dengan kakaknya terutama kalau lepas balik sekolah dan tuisyen. Gagah je nampak Adik dukung Daim Muslim cam tu. Nampak confident. Kalau Aleesya, tak maunya didukung cam tu sebab geli rambut cacak2 Daim kena kat lengan dia dan geli Daim gerak2 kena kat perut Aleesya.. Hihi..

Sunday, July 17, 2016

Saya jual Haakaa Ori Silicone Breast Pump

**Untuk tempoh yang terhad sahaja.**
** Ini adalah Haakaa Ori**


Senang sangat haihh breast pump ni. Lekap-lekap je terus keluar titisan emas. Tak yah guna bateri, tak yah guna kabel, tak yah guna charger, tak yah guna botol sambungan dan segalanya tak yah lah. Yang diperlukan hanya breast dan tangan anda sahaja. Memang SUPER CONVENIENT! Hikss.......



Sambil pakaikan baju anak, lipat baju, makan snacks, reply whatsapp, baca email, scroll FB, tengok TV, driving dan bla bla bla...titisan emas berjaya dikumpulkan. Natural suctions gitu. Tak perlu dipaksa2 sangat. Yang penting tak menyakitkan.


Sekali dapat hasil boleh cecah 3oz-4oz tau. Kadang2 boleh mengalahkan hasil dari pump elektric yang mencecah ratusan ringgit tu (semua keperluan badan manusia tak sama ya). Kalau nak travel lagi lah senang, nak basuh pun senang. Tak banyak barang kena basuh weeiii...

Mesti ramai yang confius macam mana nak gunakan pump ni kan. Easy peasy je uolsss. Mula2 lekap kat breast. Pastu picit sahaja kat tempat seperti gambar kat atas tu. Make sure beli yang Ori ya. Kalau tak ori susah nak lekap kat breast kita nanti. Hati2 sebab sekarang ramai je yang jual barang tak Ori 😥😥😥.


Siapa2 yang nak beli atau tahu lebih lanjut pasal Haakaa Ori ni, silalah Whatsapp saya ya di talian 012-7560895. Order terhad ni. Saya dah buka order di IG dan FB 2 hari lepas. Memang memberangsangkan sebab pump ni tengah femes sekarang.

Dan sekarang ada promosi juga tau. Dengan harga RM72, uolss akan dapat:
✅ Haakaa Ori Breast Pump 1 set
✅ Free lid ( selalunya kena beli asing)
✅ Free Milk Storage
✅ Free breast pad
✅ Dan Free postage


Mana nak dapat harga ni weiii.. Ni Haakaa Ori tau! Free macam2 pula tu. Cepat2 lah whatsapp 0127560895 tau. Tempoh terhad je ni. Benda baik saya sharing lah. Terutama bab2 macam ni. 


I am doing and tring my best for you my son, Daim Muslim... Dan mommies di luar sana pun begitu juga kan.


Jom beli! Lekap-lekap je dapat hasil...




Saturday, July 16, 2016

Daim Muslim's first hair trim


Daim Muslim's first hair trim ni.. Lepas cukur botak pada 1 Ramadan lepas...Cepat betul naik rambutnya..

Kenapa nak trim? Barulah nampak boy sejati, macho dan kacak kan. Lagipun raya2 ni nak jumpa ramai gugurls. Oppsss 🙊🙊🙊


Tapi rambut segak-segak pun tetap kena tinggal oleh kakak2 gi open house. Sampai ke Batu Pahat kakak gi open house harini.... 😹😹😹


Kakak2 balik je dari Batu Pahat, terus ajak Daim Muslim berendam berjemaah dalam tub. Rasa bersalah lah tu tak bawa  Daim kan.. Hahaha..


Tapi Daim Muslim memang suka bab main air ni. Sorang2 pun jadi dan layan lama2 dalam tub tu.. Hihi..


Sudahnya.. Tak sempat pakai baju, tak sempat minum susu, tak sempat baringkan sapu minyak telon, dah lena atas lengan ibu. Itulah terapi Daim Muslim kalau nak tahu. Lepas mandi je confirm zzzzzz..

Ok lah. Harini usia Daim Muslim dah 52 hari. Masih tak kemana2 lagi kecuali balik kg aritu dan juga gi klinik mula2 dulu. 





Friday, July 15, 2016

Menang telekung Siti Khadijah dari Lifebuoy Malaysia


Alhamdulillah..

Gambar dan cerita pengalaman solat Terawikh Aleesya menang. Terima kasih Lifebuoy Malaysia.

Rezeki menang sepasang telekung ibu dan anak dari brand Telekung Siti Khadijah. Terima kasih Allah.


Gambar yang dihantar utk peraduan. Sehari sebelum syawal hantar masa kat kampung. Hihi..



Cerita pengalaman Aleesya masa mula2 berjinak solat tarawikh dulu. Semoga istiqamah anak!







Thursday, July 14, 2016

Handbag LV baru saya!


Ini handbag LV baru saya. Dah lama tak pakai handbag baru. First time pakai handbag LV baru saya ni masa nak balik beraya di Kelantan baru2 ni.

Yang biru tu penuh dengan harta. Yang hijau tu pula penuh dengan titisan emas. Hihi..Nak travel jauh, handbag LV baru saya ni sangat2 lah diperlukan. Keperluan ni bukan kehendak lagi.

Nampaknya bermula tahun ni, saya show off dengan handbag paling mahal ni lah ya. Siapa2 ada handbag LV macam saya ni, sepppp sikit! Hihi...

Wednesday, July 13, 2016

Wordless Wednesday || TQ Hushpuppies Malaysia


Jarang-jarang join contest sekarang ni..


Tapi bila dah join, alhamdulillah..
Masih ada rezeki untuk anak-anak..
Yang penting usaha dan tawakal..
Terima kasih Allah..

Tuesday, July 12, 2016

Daim Muslim's first hotel stay || Gambang Water Park Resort

3 Syawal..
Daim Muslim day 44..
Tarikh dan hari yang akan jadi kenangan..

Bertolak dari KB jam 12 tengahari..
Tapi jam 8 malam baru sampai Kuantan..
Patutnya kalau ikut rekod2 perjalanan kami yang lepas, 8 jam tu dah hampir sampai JB..

Akibat jammed dan stressed yang amat, transit semalaman di Gambang Water Park Resort. Walk in je. Tanpa buat apa2 booking atau reservation. Benda tak plan kan. 

Takut pun ya. Ya lah sebab saya pun baru habis hari. Emosi pun belum stabil lagi. Daim Muslim pula kecil lagi. Dah lah first time bawa Daim jalan jauh ni. Tapi apa2 pun tawakal je kepada Yang Maha Esa.


Tunggu Daim Muslim besar sikit, kita main swimming pool ya dengan kakak2. Sekarang fragile lagi. Takut apa2 yang tak diingini berlaku pula.


Kami stay di Family Deluxe - Arabian Resort. Ada 2 bilik. See, betapa penatnya both Damias. Ayyunie sampai muntah2 dalam kereta. Sebelum tu memang panas2 sikit badannya. Habis baju kotor kena muntah. Aleesya pula sakit perut. Singgah di masjid kat Terengganu, tukar baju mereka dan jamah makanan sedikit, sebelum meneruskan perjalanan.


View dalam bilik both Damias..


Daim Muslim pun mungkin penat juga. Baring lama dalam kereta. So cepat2 mandikan dia dengan air suam dalam sink, bagi susu terus tido. Baru selesa agaknya. Bukan senang bawa baby yang masih fragile ni berjalan jauh. 1001 kemungkinan akan berlaku.

Tapi Alhamdulillah, Daim Muslim well-behaved sangat. Insyallah next time dah besar sikit, kita stay hotel lagi ya.


Mujur kelengkapan semua lengkap disini.
Tak lah stress di saat2 kita memang dah penat dan stress kan. 


KFC yang dibeli utk makan lunch, dibawa makan dinner pula. Budak2 pun jamah sikit je. Banyak lagi tak habis. Saya pun seharian tak makan, tak lalu. Last2 ayah Damia pergi cafe resort beli set nasi ayam penyet dan set nasi tom yam. Barulah selera sikit makan panas2.


Lepas makan, both Damias dah siap mandi, terus tido. Itupun pujuk bagai suruh makan sebelum tido. Ya lah masing2 tak sedap badan agaknya. Pastu nak tido dengan baby pula tu. Makanya tidolah 3 anak dengan ibu bersama.


Keesokannya, lepas sarapan di cafe, terus gerak balik JB. Tu menu org pantang ambil utk makan. 

Walaupun dah 44 hari, tapi saya masih berpantang makan dan lain2 pantang ya. Bukan apa, umur makin meningkat, czer pula tu, daya ketahanan badan mungkin perlukan masa yang lebih lama utk lebih sihat dan cergas. Harap orang terdekat sekeliling saya memahami! Jangan pentingkan diri sendiri!

Pesanan saya kepada ibu2 berpantang di luar sana, dan yang mempunyai baby yang masih fragile, silalah fikir buruk baiknya sebelum buat keputusan untuk berjalan jauh atau balik kampung. Jika ada apa2 masalah, yang meroyannya kita, yang jaga anaknya kita, org luar tengok aje.

Sekian!







Saturday, July 9, 2016

Raya pertama bersama Daim Muslim

Alhamdulillah..

Selamat sampai JB jam 2 petang tadi..
Bertolak jam 12 tengahari semalam dari KB, lepas tu transit semalaman di Gambang Water Park, lepas sarapan jam 10 pagi tadi, terus gerak balik JB. Traffic lancar tapi perlahan. Dan drag berjam2 juga utk sampai ke JB. 

Tak seperti kami balik dari JB-P.Mas sabtu lepas, bertolak jam 4:30 pagi, sampai P. mas jam 12:30 tengahari. Memang cepat. Traffic pun lancar sangat2.

Dan semestinya raya 2016 akan terpahat di memori. Pelbagai cerita suka duka terpalit di sanubari. Yang paling penting kehadiran insan baru dalam keluarga kecil kami. 


Bukan main lagi melaram ya Daim Muslim pada hari 1 Syawal (usia 42 hari). Siap lengkap bersamping baju melayu dan kopiah comel. Memang menjadi perhatian tetamu lah pada hari tu. Alhamdulillah, tetamu ramai bising2, cuaca pun boleh tahan panas, tapi Daim Muslim relekss je tidur lena. Syukur sangat2 sebab Daim Muslim well-behaved. Moga berkekalan ya anak!


Acara tahunan di pagi raya, lepas bersalam-salaman dan sesi pembahagian duit raya, wajib ada gambar sedondon sekeluarga. 

Kalini tak shopping kelengkapan raya mana. Shopping online je. Hihi.. Baju both Damias dan Daim Muslim awal2 lagi beli online masa ibu pregnant 8 bulan. Baju ibu recycle je mana2 yang ada tema merah tu. Pun beli kat IG suatu tika dulu. Baju Melayu ayah damia je lah dia beli sendiri masa ada jualan gudang di Sport Centre Tmn U baru2 ni.


See, tido je Daim Muslim. Nak bergambar pun tido. Oh ya ada kawan tegur ibu dah kurus. Alhamdulillah... Lost 18kg dah. Cuma kena caiyok2 lagi kempiskan tang perut dan pinggul tu. Hopefully berjaya. Aamin..


Dah siap bergambar kat dalam rumah, luar rumah pula. Alahai.. Tidur lagi Daim Muslim. Sampai terlentok2 kepalanya.. Mujurlah tak banyak songeh.. Panas2 pun releks je tido. Walhal kat rumah sendiri boleh dikatakan 18 jam bersama air-cond. Hihi.. Good, good.. Pandai menyesuaikan diri.


Raya setahun sekali..
Tapi raya 2016 cukup bermakna sekali..
Kehadiran Daim Muslim sebagai penyeri..


Wajib ada gambar seluruh keluarga kan!

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Dari saya sekeluarga,
Untuk pembaca-pembaca blog ini,
Tersalah terkasar tulis, mohon dimaafi..
Maaf zahir dan batin utk semua..





Friday, July 1, 2016

Tq Nuffnang lagi dan lagi


Uishh uishh uishh..
Nasib baik tak kena kronyok2 tadi..
Dah 3 minggu sampai, selit ntah celah mana, sampai tak ingat nak suruh PA clearkan.

Terima kasih Nuffnang lagi dan lagi...
Bolehlah tambah pendapatan akaun geli2 saya..

Hasil dari hobi menulis blog.. Walaupun tak tiap2 hari ada entrynya.

P/s: Entry ringkas lah dulu ya. Walaupun sebenarnya ada je cerita entry panjang beserta beratus2 gambar yang ada dalam phone ni. Ada masa nanti saya celoteh panjang..:-)