Wednesday, June 29, 2016

Johan Agropreneur Muda peringkat Negeri Johor


Seorang entrepreneur tahu apa yang mereka mahukan, dan mereka bekerja keras untuk mendapatkannya. Selepas itu, duit dan kekayaan akan datang sendiri.

Alhamdulillah. Menang peringkat Negeri Johor. Bukan senang nak bersaing dengan calon2 dari setiap daerah Negeri Johor ni. Masing2 hebat dan mempunyai kekuatan masing2.

Rezeki Daim Muslim ni. Tarikh surat keputusan ni keluar selepas 3 hari Daim Muslim dilahirkan. Terima kasih Ya Allah..

Dan sekarang bersiap sedia untuk next stage iaitu Agropreneur peringkat Kebangsaan pula (lagi banyak audit dan penilaiannya terhadap semua business2 kita yang ada). Semoga dipermudahkan segala urusan. Aaminn..

Tuesday, June 28, 2016

Milk Booster beli vs Milk Booster buat sendiri


Suami buat suprised!
Beli susu segar untuk isterinya..
Agar dapat memeriahkan lagi "hak hakiki" Daim Muslim..

Walhal isterinya tak suka pun minum susu segar ni.
Tapi demi mu anak, ibu sanggup picit hidung sambil telan gulp gulp gulp satu nafas.

Btw ayah damia ada je buat milk booster sendiri kat rumah ni. Kurma yang direndam air bersama lubanah dalam 3-4 jam, kemudian blendkan dengan Milo/Horlick (sebab saya tak suka susu). Tapi tak konsisten ler sebab ayah damia tu kan Usahawan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang..:-)... Time ada masa je buatnya.

Produk ni dari usahawan muslim Johor. Ayah damia pernah sama-sama hadir meeting dengan Owner produk ni kat FAMA Selayang masa sama2 nak masukkan produk masing2 dalam Kontena ke Brunei Jun Tahun lepas. Tapi ni hah baru first trial nak try susu segar ni.

Apa-apa pun sokonglah produk Bumiputera ya!

Review:

1. Yang yogurt tu anak2 suka, sekali minum je dah habis sebotol. Nanti nak top up perasa Mango pula.
2. Yang Coffee Latte tu ayah damia kata pahit2 sikit. Tapi rasa dah macam kat Starbuck punya Latte. Haha.. Ya lah kot tu..
3. Saya minum ada rasa lemak2 manis2 manja gitu. Insyallah alah bisa tegal biasa. Hopefully pasni saya dapat minum tanpa picit hidung lagi. Dan niat untuk kebaikan bersama diri saya dan Daim Muslim..


Ni Milk Booster yang ayah damia buat sendiri. Saya nak buat sendiri pun boleh je. Tapi dalam pantang ni, biarlah ayah damia buat semua. Baru dapat ngada2 gitu kan.. Hihi..

Saturday, June 25, 2016

Daim Muslim || Baby Spa di rumah


Semalam genap usia Daim Muslim 30 hari. Sempena usia 30 hari, ibu hadiahkan Baby Spa untuk Daim Muslim ya. Baby Spa kat rumah je...

Cara saya:

1. Isikan air suam dalam bath tub.
2. Titiskan Essential Oil (Living Young) Lavender.
3. Pakaikan apungan leher pada baby.
4. Baca Bismillah dan selawat banyak2.
5. Perlahan-lahan lepaskan baby dalam bath tub dimulakan dengan kaki dulu.


6. Dan hasilnya??? Wahhhh..bukan main lagi baby happy mengerak2kan kakinya (macam mengayuh) dan menguak2 tangannya dalam air tu dari hujung sana ke hujung sini. Bagus untuk skill motor baby ni. Lagipun apungan leher tu ada bola2 yang berbunyi untuk merangsang deria baby.

Dah siap baby spa dalam air, cam biasa... Sambung dengan Baby Spa teknik urutan pula. Tak dan apa2 terus baby tertidur haihhh... Lagipun Daim Muslim memang suka dengan air dan urut-urut ni, lepas tu confirm mesti tertidur punya. Sampaikan suakan susu pun kadang2 tak nak.

Yang lagi best tu, bukan main lagi kakak2nya merayu nak join sekali dalam bath tub tu. Terutama Ayyunie. Siap tukar baju pakai tuala dah. Tapi ibu tak bagilah. Bukan apa, biar Daim Muslim besar sikit baru boleh swimming ngan kakak2 ya. Takut kakak2nya main air ganas nanti terkena atau terkejut pula Daim Muslim..
Next time ya Aleesya dan Ayyunie...





Thursday, June 23, 2016

Daim Muslim || Throwback Day 2


Throwback gambar masa hari ke-2 Daim Muslim dilahirkan...Bam-bamnya pipi...

Masa hari pertama tu, sampai 3x ibu tanya nurse tau lepas sedar dari ubat bius (bius penuh) dalam keadaan mamai...

Nurse: Tahniah... Baby awak 4.4kg..
Ibu: Berapa nurse?
Nurse: Baby boy awak 4.4kg...
Ibu: Berapa nurse?
Nurse: 4.4kg..
Ibu: Betul ke nurse?

Haha... Tanya banyak kali tu sebab takut salah dengar je sebab masih mamai kan... Percaya tak percaya pun ya juga.. Kiki...

Tapi sekarang pipi Daim Muslim dah slim sikit daaaa...




Tq Aunty Lina tetamu pertama yang datang Ziarah Daim Muslim di Klinik..


Tuesday, June 21, 2016

Daim Muslim || Day 27


Cepatnya "memanjang" Daim Muslim..

Dah tak muat nak letak melintang dalam buaian sarang burung tu. Kena letak menyenget pula. Tak lama lagi tapak kaki pun dah terjuntai tu. Hihi..

Lagipun bukan selalu letak dalam sarang burung tu, time ibu turun bawah nak makan (kadang-kadang) dan tetamu datang je letak kat situ.!

Tapi Harusssss lah kan...cepat memanjang...
Genetik 173 cm vs 171 cm ni...


Daim Muslim pun dah pandai buat suara "awwww" kalau lepas mandi. Tanda lega dan bestnya lepas mandi kot. Hihi.. Pastu tanpa minum susu, dia terus terlena.


Dan kalau kita tepuk2 tangan dia sambil nyanyi atau selawat, dah pandai senyum-senyum manja. Pasni mesti pandai gelak pula kan. Panggil je nama "Daim Muslim"... Mulalah matanya mencari-cari arah suara kita sambil tersenyum. Alahai sweetnya anak ibu.


Ni pula posisi yang Daim Muslim suka sekarang. Posisi yang menenangkan mungkin bagi dia. Suka meniarap walaupun dia tak boleh meniarap sendiri lagi. Bukan main lagi angkat2 kepala ya. Dah macam usia baby 2 bulan. Padahal baru 27 hari. Hihi...

Ok lah nanti update lagi progress Daim Muslim...Ibu nak mengepam pula ni...

Saturday, June 18, 2016

Resepi Akok Kedut paling mudah


Cerita hari ke 11 Ramadan 2016

Lepas gian nak memasak! Walaupun  mak tak bagi masuk dapur untuk memasak :-)

Masuk dapur sebenarnya nak buat PUDING KARAMEL...
Sekali susu segar pula masam..
Aduss.. Apa nak buat dengan bahan2 yang dah di-blend ni?
Terus transform buat AKOK KEDUT!

Lepas sahur malam tu, Ayyunie masuk je dalam bilik ibu, terus cakap "fuhhh sedaplah akok ibu buat, walaupun HODOH, tapi SEDAP SANGAT". ( Standardlah rupa akok kedut bila masa cantiknya.. Kih kih).

Aleesya pula masuk bilik tadi terus cakap " ibu tau tak? Nenek makan akok kedut ibu sampaj JILAT JARI, kakak makan sampai bertambah lagi"..:-)

Alhamdulillah.. Gian yang sangat menjadi!

Gambar akok kedut pula tak sempat snap haihh sebab lepas je masukkan acuan dalam oven terus naik atas (saya berpantang ditingkat atas).

Ni resepi akok kedut saya:

✅ Pati santan -250g
✅ Air - dalam 1 cawan
✅ Telur - 4 biji
✅ Gula melaka - 2 sudu
✅ Gula biasa - 3 sudu
✅ Tepung gandum - 2 sudu
✅ Garam - secubit
✅ Pewarna hijau - setitis je (kalau guna air perahan daun pandan lagi bagus)

Blendkan semua bahan-bahan diatas, tapis dan masukkan dalam acuan (saya guna acuan loyang cupcakes tu), sapu sedikit minyak pada acuan agar tidak melekat). Bakar lebih kurang 20-30 minit pada suhu 270'c (ikut kesesuaian oven masing-masing). Masa bakar tu semerbak dah haihh rumah bau akok kedut. 

Selamat mencuba!


Petang semalam buat akok kedut lagi weiii..
Permintaan dan rayuan dari anak2 serta seisi rumah..

Bereh! Bukan susah pun nak buat. Walaupun dalam pantang, tapi tak renyah  sangat buat kuih ni..

Gambar kat atas tu panas2 lagi keluar dari oven. Tak sabar seisi rumah nak menikmatinya lagi. Nanti makin sejuk makin banyak ler kedutnya. Happy saya dapat sediakan makanan untuk org berpuasa!

Syukur Ya Allah. Moga saya bertambah sihat dan cergas!



Monday, June 13, 2016

Daim Muslim || Day 19


Tik tok tik tok....
Kejap je dah 19 hari Daim Muslim lahir ke dunia ni...
Alhamdulillah.. Makin sihat, makin pandai senyum time kita agah2 dan tepuk2 tangan dia dan makin kuat menyusu..
Aktiviti yang Daim Muslim paling suka selain menyusu adalah mandi! Senyap je berendam dalam air. Kadang2 siap buat suara kecil tanda happynya berendam dalam air.

Amboii.. Gambar kat atas tu bukan main lagi ya! Bukan main lagi Daim Muslim mengeliat ya. Nak-nak kalau lepaskan kain bedung. Mengeliat sampai merah 1 badan.

Sunyi pula pabila kakak2 dah start sekolah semalam ya. Kalau tak Kakak2 tu ada aje nak cium baby lah, nak pegang tangan baby lah, nak baca depan baby lah, nak tepuk2 baby lah, dan yang paling ibu geram, kacau Daim Muslim tidur. Saja je nak bagi Daim Muslim bangun.

Hurmm banyak lagi nak updated perkembangan Daim Muslim ni dalam blog ni. Tapi nanti2 lah ya. Sekarang ni masa terhad sungguh. Pagi sampai ke tengahari urusan menguruskan diri sendiri bersama tukang urut seperti mengurut, bertungku, mengepam susu, sarapan dan makan tengahari serta lain2 sementara nenek ada jaga Daim Muslim ni. Pasni kalau nenek dah balik, huhu...kena jaga diri sendiri lah jawabnya.

P/s: Saya bersalin pada mulanya normal + induce + pain killer... Sudahnya Czer juga.. Nanti saya share pengalaman pertama saya melahirkan Daim Muslim secara czer ya... Insyallah..

Thursday, June 9, 2016

Makan Buffet lagi jimat dari beli di Bazar Ramadan

Cerita 7/6/2016 bersamaan 2 Ramadan bertempat di Ejohng Concept Restaurant.


Amboi anak-anak ibu...
Siap whatapps gambar kat ibu makan buffet ya. Makanlah puas2 wahai anak dan ayah damia. Beginilah dilema seorang ibu dan isteri dalam pantang sebab tak dapat masak best-best untuk anak2 dan suami berbuka puasa. Kalau tak harus bersilat kat dapur kentung kentang main masak2 kan. Tak pe Allah bagi cuti kat ibu suruh rest lama sikit Ramadan kalini.


Perghh.. Siap ada gambar wefie pula dari ayahnya.. Hihi...


Ni kalau saya turut serta, ulam2 ni yang saya ambil dulu.. 


Ya Allah.. Bestnya macam2 kerabu ada..


Kerabu ikan bilis tu agak2 orang dalam pantang boleh makan tak? Hihi..


Cantik susunan kurmanya tu. Tak pe ibu pun hari2 makan kurma utk kesihatan badan dan tambah susu. Semalam dapat pula kurma dan aneka kekacang dari staff ayah damia Pakcik Van yang baru balik dari Mekah. So tak larat sangat.. Ngeh ngeh..


Kuih muih..

 
Ada popia basah dan akok ke tu?


Mee goreng pun ada..


Nasi putih..


Daging masak kicap.. Both damias cakap daging ni masin.. Haha


Ayam masak merah..


Ayam masak lemak cili padi.. Sedapnya...


Ikan keli salai masak lemak cili padi. Menu ni keluarga kami tak makan ler sebab memang tak pernah makan ikan keli..


Dan total untuk 1D 2K hanyalah RM31.00 sahaja.. Murah sangat uolsss.. Masa 1st Ramadan ayah damia bawa both Damias gi Bazar Ramadan Taman U pun habis lebih dari RM50. Ni RM31.00 boleh makan macam2. Surau pun ada disediakan.


So recommended sangat2 weiii...memang pasni jadi Ejohng Concept ni jadi dapur tetap ayah damia dan anak2 lah kan..haha..

Gambar2 kat bawah ni saya ambil dari FB Ejohng Concept..


Banyak lagi makanan2 lain ni..


Macam2 ada. Berbaloi sangat lah haihh dengan harga RM15 per person tu..


Stall kambing golek pun ada.


Tapi ni bukan buffet ya. Ni kena add on RM10 untuk sepinggan makan yang ditimbang siap2. Ok lah kan..


Meriah. Ayah damia kata penuh orang.

P/s: Harini ayah damia call EJohng Concept lagi nak reserved tempat, sekali huaaaa full booked lah pula. Haihh pasni rasanya hari2 memang full booked kat sini. Alhamdulillah. Tumpang happy dengan rezeki usahawan owner restoran tersebut. 



















Wednesday, June 8, 2016

Seindah Takdir Rezekimu Wahai Anak dari OTWC


Cerita masa 1 Jun 2016..

Terima kasih Old Town White Coffee.. Dan juga staffs OTWC Taman Universiti yang friendly. Siap tepuk tangan ramai2 lagi untuk ayah damia masa collect hadiah ni meraikan tanda kegembiraan. Duit cek kemenangan dah clear masa tarikh hari Daim Muslim dilahirkan. Seindah takdir rezeki mu wahai anak!

Dapat 2 katon x 40 packs x 25 sachet.

Persoalannya.. Saya ni pengemar white coffee. Tapi dalam pantang boleh ke minum white coffee ni? Setakat harini milo panas dan air suam jadi peneman sejati. Agak2 boleh tak erkk? Oh ya ayah damia cakap tak boleh sebab saya menyusu badan kan. Takut caffein katanya.

Kalau tak boleh, raya nanti siapa yang datang rumah saya beraya, saya angkat air white coffee ni je lah senang. Hihi..

Terima kasih Ya Allah...

Saturday, June 4, 2016

Sesi sharing dan memberi ceramah di Hotel Katerina, Batu Pahat


Sepatutnya semalam saya berada di Hotel Katerina, Batu Pahat untuk memberi ceramah dan sesi sharing bersama 150 peserta usahawan IAT, namun apakan daya baru seminggu berpantang. Saya dapat surat pun 2 minggu sebelum delivered Daim Muslim. 


But I know you can do much better than me ayah damia. Walaupun tugas memberi ceramah dan sesi sharing selalunya dilakukan oleh saya, namun kalini ayah damia lah kena ganti tempat saya ya. Alhamdulillah, semalam telah selesai dengan jayanya sesi sharing tersebut. Peserta pun bertambah sampai 180 usahawan.


Syukur juga dengan rezeki tak disangka-sangka untuk Daim Muslim. Senyum lebar ayah damia ya. Hihi..


Terima kasih MOA dari Putrajaya dan juga Jab Pertanian Negeri Johor. Semoga sesi sharing semalam mencetus inspirasi kepada mereka yang benar2 hendak berniaga lebih jauh dan memberi manfaat kepada semua. Wallahualam..

P/s: Credit to Aleesya yang snap2 gambar ayahnya.. 

Thursday, June 2, 2016

Presenting Our Newborn II Daim Muslim B. Khairuddin




Wahai Anak!

Allah telah mengerakkan hati ayah dan ibu serta kakak-kakakmu,

Untuk menamakan kamu,

DAIM MUSLIM BIN KHAIRUDDIN

DAIM maksudnya "Yang Berpanjangan" manakala MUSLIM maksudnya "Menyerah Diri Kepada Allah"

Semoga kamu membesar menjadi anak yang solah dan taat kepada Allah serta ibu ayah mu.

Aaaminn..

Disclaimer:
Tiada kena mengena dengan Coklat DAIM...;-)

P/S: Kejap je dah hari ke 8..


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::