Wednesday, May 25, 2016

Set Bersalin Afiat


Berpantang kalini saya nak guna Set Bersalin Afiat pula.
Dulu-dulu masa berpantangkan Aleesya dan Ayyunie saya guna set bersalin Mustika Ratu. 
Pun berkesan juga. Kembali ramping seperti anak dara ok.
Cuma lepas balik Umrah pada tahun 2013 sahaja berat badan saya naik sikit demi sikit.
Adalah hikmahnya tu kan..
Kalau tak memang sebelum2 tu ramping dan kurus lah.
Yang penting sihat dalaman dan luaran selepas bersalin.

Kenapa saya memilih Mustika Ratu dan Set Bersalin Afiat?
Kerana saya masih percaya pada bahan2 tradisi yang digunakan seperti akar kayu, jamu dan juga minyak herba. Walaupun sekarang macam2 set bersalin moden yang ada dipasaran dan lebih senang digunakan, tapi saya tetap memilih set bersalin tradisi. Memang banyak kerjalah sikit sebab kena bancuh dengan air, kena rebus dan lain-lain, tapi saya ok je. Mak bidan dan suami ada boleh menolong insyallah.


Pagi semalam Ayyunie tanya 
" Ibu mandi guna sabun apa ni wangi sangat? Satu rumah wangiiiiii...."

Hahahaha

Saya mandi guna Gel mandian pati serai wangi Afiat ni lah.
Baru guna pagi semalam, dah addicted pula setiap kali mandi nak guna gel mandian ni.
Rasanya tak habis pantang dah habis pati gel mandian serai wangi ni. Hihihi..
Saya pergi ke kedai jamu tadi nak beli loose gel pati serai wangi ni, tapi tak ada jual lah pula..
Kena beli set juga. Keluaran lain pun tak ada.


Last2 saya cari dalam IG, jumpa Pati Minyak Serai Wangi keluaran Nawal Beauty ni.
Tak cakap banyak terus saya beli.
Nasib baik seller kerja dekat2 area saya ni je. Terus boleh COD ke office saya.
Ni hah baru sampai. Tak buka kotaknya pun lagi dah wangi..
Hihi..
Tak sabar nak titis dalam bath tub kat rumah ni nanti..
Agaknya sindrom suka bau serai wangi dah ni. Hihi...

Ok lah, doakan saya selamat melahirkan newborn ni ya.
Insyallah sedang menanti saat kelahiran dengan penuh berdebar dah ni.
Semoga Allah permudahkan!
Aaamin..

p/s: Uols guna set berpantang apa? Share-share ler...

p/s: First time juga saya guna set bengkung tali silang V Asia tu. Sebab ada strap kat bawah senang nak buang air dan juga ada tali memberi yang boleh mengikut kesesuaian badan kita. Tungku herba pula kali ni saya cuba brand Jamu Jelita. Nanti saya review ya!




Tuesday, May 24, 2016

Sesi perjumpaan ibu bapa dan ambil report card Pusat Bahasa Pelangi


Alhamdulillah...
Sabtu lepas bersamaan 21 Mei 2016, selesai sudah sesi perjumpaan ibu bapa dan progress Report Card untuk peperiksaan pertengahan tahun bagi pelajar-pelajar Pusat Bahasa Pelangi.


Non-stop ibu bapa bersilih ganti datang bermula dari jam 8:30 pagi hingga jam 3 petang.
Sampai kering air liur pihak admin. 
Semoga perbincangan membawa manfaat kepada semua pihak.

Monday, May 23, 2016

First time courier Corporate Gift by CocoDamia melalui bas


Alhamdulillah..
Semua Corporate Gift by CocoDamia yang diorder oleh Permodalan Kelantan Berhad telah selamat sampai ke Bumi Kelantan seawal jam 7 pagi tadi.

First time guna courier by bus ni memandangkan muatan adalah lebih dari 60kg dan nak cepat sampai ke destinasi.

Mula2 takut juga nak guna courier by bus ni sebab takut coklat cair dan juga risiko kehilangan. Tapi tawakal dan serah bulat-bulat kepada keizinanNYA. Dan alhamdulillah, semua barang berada dalam kondisi tip top seperti mana asal.

Kepada mana-mana agensi/company yang nak order Corporate Gift by CocoDamia (ada coklat, kurma, kismis dan adik beradiknya, kuih raya dan lain-lain), boleh hubungi talian 010-6468383. Insyallah dijamin puas hati!




Thursday, May 19, 2016

Berbelanja ke jalan yang benar...ngeh ngeh ngeh..


My latest obsession..

Hari2 masuk office mesti ada parcel atas meja..

Kadang2 dari Pos Laju, kadang2 dari City Link, kadang2 dari Skynet dan selalunya dari GDEX.

Makin hari makin besar parcelnya....:-)

Semuanya untuk baby DM dan masa berpantang nanti.

P/s: Lately, suami sibuk nak bawa isteri gi shopping macam ni lah.. Kita klik2  aje. Dia lagi suka. Jimat masa jimat tenaga. Duit semestinya tak jimatlah sebab tolong bayarkan. Mekasih... Tapi pulangannya berganda2 kan sebab berbelanja ke jalan yang benar...ngeh ngeh ngeh...

Wednesday, May 18, 2016

Check up @ 38 weeks II Dapat tender Corporate Gift


Wahhhh...
Seronoknya baby DM ni dalam perut ibu sampai tak nak keluar lagi ya. Ibu dah rasa macam mak paus sangat dah ni. Hihihi..

Berat baby DM pun dah cecah 3.6kg ++.

Tak pe, tak pe...
Bagi ibu siapkan tender Corporate Gift untuk Permodalan Kelantan Berhad dulu ya. Next week dah kena courier ni. Betul2 rezeki baby DM ni.

p/s: Mana-mana agensi/company nak order Corporate Gift by CocoDamia, boleh hubungi 010-6468383. Isi dalam balang boleh tukar samada nak kuih raya, kismis, apricot, kurma dan lain2. Yang pasti coklat by CocoDamia wajib ada ya!


Tuesday, May 17, 2016

Yeayy!!! Bersama mak......

Sampai tak sempat nak updated blog ni..
Gara-gara mak datang dan sibuk siapkan kerja2 sebelum cuti bersalin nanti..

Baru je sebut-sebut nama mak masa Mother's Day aritu, alih-alih mak buat suprised dah beli tiket keretapi awal2 nak datang Johor. Hihi....kuat sungguh Naluri mak!


Pulut Mangga (beli je) dan Pulut Durian meraikan kedatangan mak masa hari jumaat lepas.


Pagi sabtu pula lepas hantar both Damias ke Kem Bestari Solat, saya bawa mak shopping ikan dan seafood fresh kat Jeti Kg Pendas. Balik tu sama-sama masak dengan mak. Menu shell out ya! Perghh licin masing2 makan. Gambar tak ada lah pula sebab masing2 malas nak ambil phone kat tingkat atas. Haha..


Ahad kan cuti sempena JDT menang piala FA. So, bawa mak makan kat luar pula.
Sebenarnya nak bawa mak gi makan asam pedas dan siput sedut kat Senibong, tapi tutup pula.
So, saya bawa mak makan di Restoran Belangkas Selera Sedili di Kempas. Nama je Restoran Belangkas, tapi kami tak makan pun belangkas. Makan asam pedas yang best tu je. Mak berselera sungguh makan siput sedut masak lemak keladi dan ikan bakar panas-panas tu. Licin weiii pinggan masing2.


Lepas tu bawa mak gi tengok property kilang di area Setia Business Park 1 dan juga jumpa supplier2 untuk projek baru CocoDamia (Insyallah, moga dipermudahkan). Sambil2 minta restu dan pandangan mak. 

Then bawa mak ke Kg Melayu Majidee pula untuk menikmati aneka cendol di Cendol House. Tahu tempat ni pun sebab dok virals dalam FB. Kalau tak selalunya makan ABC je area sini. Tapi sayangnya, walaupun hujan teramat lebat, semua cendol sold out. Tinggal cendol biasa dan jagung je. Pun bolehlah alang2 dah sampai kan. Ada juga aneka pisang goreng, keropok goreng dan macam2 gorengan lagi lah. Yang penting kami sekeluarga happy dapat luangkan masa bersama2 mak. 

p/s: Mak tu standby je datang JB awal kot2 saya bersalin awal ke kan... hihi...Mak tetap mak kan walaupun kita dah besar panjang. Kasih sayang dan keprihatinannya kepada kita tiada tolok bandingannya. Ya Allah, Engkau panjangkan usia mak aku agar aku dapat berbakti lebih lagi kepadanya. Aaaamin..



Friday, May 13, 2016

Summer Luxury Camp @ Tanjung Sutera Resort II Volume 2

Pada 29 - 30 April 2016 yang lepas, tamat dan berjaya sudah Summer Luxury Camp yang dianjurkan oleh Pusat Bahasa Pelangi selama 2 hari 1 malam di Tanjung Sutera Resort. Kali ke 2 ni saya dan team Pusat Bahasa Pelangi buat camp kat sini. Kali pertama masa tahun 2013 lepas. Boleh refer sini untuk entry lepas.

Tanpa cakap panjang, kita tengok gambar-gambar ya lah baru lebih feel..


Seramai 44 peserta yang turut terlibat dalam Kem Jati diri ni.
First time ni saya ikuti kem tak naik bas sekali.
Kalau tak sebelum2 ni memang saya suka je naik bas bersama pelajar-pelajar.
Tapi kalini untuk keselamatan kandungan saya, saya dan ayah damia naik kereta.
Manakala both Damias, guru2 dan pelajar2 naik bas.


Ready to check-in dalam dorm pelajar-pelajar lelaki dan perempuan.
Manakala guru-guru dan keluarga saya duduk dalam chalet.
Dan semestinyalah chalet saya adalah yang paling dekat sekali dengan dewan aktiviti dan tempat makan. Hihi..



Saya bersama guru-guru dan sebahagian pelajar2 SPM.
Saya di usia kandungan 35 weeks..
Gigih demi pelajar-pelajar saya.




Sementara tunggu urusan check-in selesai, apa lagi...masa untuk bergambar lah.
Depan kolam renang wajib posing2 hokey..
Tak sabar ni diaorg nak terjun tiruk dalam kolam tu..


Bacaan ikrar oleh para pelajar yang diketuai oleh Cikgu Rahman


Aktiviti LDK 1 bermula selepas solat Jumaat di Kampung Sedili.
Oh ya Aleesya dan Ayyunie peserta termuda dalam kem ni.
Yang lain2 adalah pelajar UPSR, PT3 dan SPM.


Lepas asar pula ada aktiviti LDK dalam tasik.


Woww..aktiviti yang paling ditunggu2 oleh pelajar walaupun ada yang takut2 jatuh dalam tasik.


Haha...memang ada yang jatuh pun...


Dah selesai semua aktiviti dalam tasik, apa lagi...terjun tiruk lah semua..
Ya Allah, cantiknya pemandangan kan..
Hurmm...saya banyak berehat dalam bilik je kali ni..
Sekali sekala je keluar pantau aktiviti pelajar..


Lepas solat maghrib berjemaah, malam malam yokkk..
Menu pun sedap2..
Makan kat sini mana tak pernah sedap..


Lepas tu sesi cuci kolam jiwa dan perkongsian.
Ni saya yang handle.
Alhamdulillah, lepas sesi ni, banyak pelajar2 yang dah berubah ke arah positif..


Khusyuk masing2 dengar saya mengendalikan ceramah ni.


Jam 12 malam pula, ada campfire.
Fuhhh menjadi cantik je api tahun ni.
Al-maklumlah, semua disediakan oleh pihak resort.
Kalau tak sebelum ni susah sungguh nak hidupkan api tu.


Sesi cungkil bakat dalam campfire.
Alhamdulillah, tahun ni komitmen pelajar terbaik.
Sebelum2 ni jam 3-4 pagi baru selesai.
Ni jam 2 pagi dah selesai semua.
Syukur..
Moga2 pelajar2 belajar sesuatu yang bermakna dalam sesi campfire ni..


Keesokan paginya..
Sesi senamrobik yang diketuai oleh Cikgu Nurul pula..


Lepas tu sambung LDK lagi..
Ni bermain bola menggunakan kain pelikat/batik.
Ada pengajarannya ni.
Oh ya sebelum tu ada LDK Spider Web ya..


Group Ayyunie...
Juara keseluruhan ni ok..


LDK paling mencabar..
Membina sampan menggunakan barang2 yang dipilih oleh kumpulan masing2..
Material adalah berbeza2 mengikut pilihan kumpulan masing2.
Masa ni lah konsep fizik dan sains diterapkan.


Fikir-fikir strategi


Ok..masa untuk menilai sampan siapa paling kalis air dan terbaik.


Caiyokkk caiyokk


Our Hero!
Selaku Pengetua Pusat Bahasa Pelangi..


Ada pertandingan kayak juga..


Lepas dah siap LDK semua, masing2 bersihkan diri dan turun makan lunch pula..
Tengoklah lauk2 yang menyelerakan tu..


Buah-buah dan air yang tak pernah putus hidangannya.


Acara penyampaian hadiah dan bergambar secara berkumpulan.


Bergambar dengan pelajar-pelajar SPM..


Yeahhh...tamat sudah dengan jayanya Kem Jati Diri 2016..


Cantik sangat pemandangan sini..
Macam kat Bali..


Alhamdulillah..
Ada ruang dan peluang, kita buat lagi..




























Wednesday, May 11, 2016

Berebut kasih sayang setelah 3 hari tak jumpa || Tahniah ayah damia..


Anak-anak berebut kasih sayang si ayah setelah 3 hari tak jumpa..
Haishhh....baby DM dalam perut pun bukan main aktif lagi dengar suara si ayah..
Pun dah pandai berebut kasih sayang juga tu...;-)


Tahniah ayah damia..
Mendapat sijil pertauliahan biskaunselor dari Agensi INSKEN...
Insyallah..lepas ni ada rezeki boleh upgrade jadi Coach pula ya..;-)


Business Facilitator Training Programme
Yang diadakan di Suria City Hotel, JB..
Dari 7 - 9 Mei 2016


Ayah damia bersama Coach Norlukmal Mat Ghani


Wahhh ini orang hebat..
Ayah damia bersama Coach Dr Tengku Naufal..

p/s: Sepanjang 3 hari ayah damia tak ada, bukan main lagi dok berdoa agar baby DM jangan keluar lagi..Hihi...



Monday, May 9, 2016

Organic & Natural Baby Bath/Wash Product

Siapa ada pengalaman guna Organic & Natural Baby Wash/ Bath Products?

Yang mana ok ya? Ok disini maksudnya yang sesuai digunakan oleh Newborn yang mempunyai kulit normal. Tak sensitif, tak ada Enczema atau apa2 penyakit kulit lain. Means untuk kegunaan harian from Top to toe.

Ntah kenapa pula untuk baby DM kalini nak gunakan produk2 mandian yang organic dan natural. Natural remedy lah katanya. Hihi.. Mungkin dulu kurang ilmu pasal ni, sekarang dah berilmu sikit..:-)

Aleesya dan Ayyunie pun membesar dengan produk2 Anakku je dulu. Carrie junior adalah sekali sekala. Alhamdulillah ok je. Cuma Ayyunie tu lah kulit sensitif sikit. Kena gigit nyamuk sikit je, tapi merebak2 merahnya. Kalau ada kudis sikit, pantang garu, berdarah pula. So Doktor suggest guna sabun Sebamed tu.

Sejak menang contest barangan Johnsons stok selama 2 tahun pula, hurmmm.. Memang dah jarang sangat beli product2 baby ni. Gunalah apa yang ada tu since both Damias pun dah besar. Sampai sekarang pun tak habis guna product2 yang menang tu. Siap kena buang 1 plastik sebab dah expired dated tau! Tu banyak yang dah sedekah dan jual. Masih banyak lagi kat rumah ni. Huhu..

Oklah, jom tengok Natural dan Organic baby product yang sempat saya kaji.. (Kajilah sangat.. Muahaha)


Berkenan products Joielle ni sebab cantiknya botol2 dia. Wangi pula tu. Haishh ni silap2 ibu ayah yang tumpang guna sekali ni..banyak jumpa kat kedai2 jual barangan baby sahaja product2 ni. Online pun ada macam Lazada dan website Joielle ni..
Product Buds ni pula banyak mendapat rekomen dari ahli2 Farmasi dan jurujual kat kedai2 jual barangan baby tu. Kata mereka products ni memang mendapat pengiktirafan Antarabangsa. Aritu saya masuk kat sebuah kedai jual barangan baby kat Taman U ni pun, jurujual tu suggest guna product ni. Dia kata memang berbaloi dan berkesan.


Saya tahu pasal product Tropika ni pun melalui pembacaan saya dalam Majalah2 bayi dan ibu. Tak silap saya Che Ta dutanya. Ramai kata yang Lavender tu best sangat baunya! Krim Telon dia pun ok. Tak panas sangat. Eh kat rumah saya dah banyak beli minyak telon ni. Semua dari Indonesia. Hihi..


Product Baby Organix ni pula saya tahu masa ternampak kat IG artis mana dah. Daphnieking tak silap (nanti kena check balik). Katanya memang sesuai sangat utk newborn ni. Tapi saya macam tak pernah jumpa pun kat mana2 kedai baby. Tak terperasan kot!


Pigeon Sakura pula saya tahu masa survey2 natural product kat Aeon je. Katanya sesuai untuk newborn. Yang penting bebas dari Paraben (banyak product baby ada Paraben). 

So ibu-ibu sekalian, yang mana pilihan kalian. Saya dalam dilema ni nak buat keputusan nak beli yang mana. Alaaaa, mesti uolss cakap sabun baby je kot. Tapi dia punya kusut nak beli yang mana, setiap malam termimpi2. Haha... Dasyat sungguh! 

Please advice me!

P/s: Untuk kegunaan saya sendiri saya guna Essential Oil Living Young, Virgin Coconut Oil Living Active dan set mandian Body Shop!