Thursday, March 31, 2016

It's Ayyunie's 7th Birthday Party


30 Mac 2016

Alhamdulillah..
Berjaya juga planning her suprise party..
Thank you kepada staffs dan students yang terlibat malam tadi..

Kebetulan Ayyunie tengah berdiri dalam kelas menjawab soalan, kami pun terjah masuk kelas ramai-ramai nyanyi lagu birthday untuk dia. Tersipu2 malu dia...

Selamat Ulangtahun yang ke-7 untuk Damia Ayyunie Bt Khairuddin..
Semoga menjadi anak yang cerdik pandai, solehah, patuh, sihat dan berjaya dunia akhirat.

Eh, dan kakak yang baik juga...;-)


Ayyunie cakap tak sempat baca apa yang tertulis atas kek, nak baca dik!


The little crown for the little birthday girl.


Order Dominos Pizza je untuk kanak-kanak ribena....senang..


Kesemua perasa pizza ada..;-)


Masa ni kat luar kelas tengah prepared nak terjah Ayyunie dalam kelas.


Ayah yang sweet.
Siap guna mic lagi nyanyi lagu birthday ramai2 untuk Ayyunie..


Tersipu2 malu dia..


Crown lip lap lip lap uolsss..
Menjadi perhatian pula crown ni malam tadi..


The birthday girl..
Dah besar dah..
Lagi beberapa minggu je lagi nak jadi kakak..


Nyanyi lagu birthday ramai2 sekali lagi..


Tiup lilin..


Potong kek..


Alololo....my cutie pie..


Semoga Ayyunie happy sambut birthday dengan kawan2nya..


Bagi chance ibu pun nak enterframe..


Beratur ambil makanan..


Masing2 sibuk served makanan..


Eh eh...;-)


Students pun happy dapat makan kek dan pizza..


Happy family..
Opsss..ada pula yang photobomb kat belakang tu..


Bergambar dengan kanak-kanak ribena
Kawan Ayyunie yang pakai tudung hitam+merah tu pun sama tarikh birthday ngan Ayyunie semalam..
So celebrated sekali..


Alamak..
Kakak2 dan abang2 pun nak enterframe juga....


Tq Kak Dina bagi hadiah...



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, March 30, 2016

Happy 7th Birthday Ayyunie..


Terlambat pula nak wish birthday Ayyunie tahun ni dalam blog. Ibu sibuk ke hulu ke hilir settlekan beberapa kerja harini. Tak pe pagi tadi awal2 dah wish dan sebelum pergi sekolah tadi pun dah wish lagi.

Gambar kat atas throwback masa Celebrate Birthday Ayyunie umur 1 tahun.

Harini genap dah 7 tahun...

Ya Allah..cepat sungguh masa berlalu...

SELAMAT ULANGTAHUN YANG KE-7 UNTUK DAMIA AYYUNIE BT KHAIRUDDIN.

Semoga menjadi anak yang cerdik, pandai, solehah, patuh, sihat dan berjaya dunia akhirat.

Ibu, ayah dan kakak Aleesya serta baby dalam perut sayang sangat dekat adik tau. Walaupun adik selalu buli2 kakak, tapi adik bertuah sebab kakak selalu mengalah.

Walaupun ibu selalu bebel2 kat adik, adil bertuah sebab apa yang adik nak makan, mesti ibu masak atau beli.

Dan walaupun ayah selalu tegas dan suka gomol2 adik, adik bertuah sebab apa yang adik minta, mesti ayah beli dan tunaikan.

Dan adiklah jantung hati kami semua! Terima kasih Ya Allah kerana pinjamkan Damia Ayyunie kepada keluarga kami.

Semoga Allah senantiasa melindungi Damia Ayyunie Bt Khairuddin.

Muahh.. Happy Birthday sayang!




Tuesday, March 29, 2016

Dinner di Fulltank, Kilang Bateri


Dinner here gave us different view...
Makan atas bumbung, dalam kontena dan berkaca...
Kalau kontena berkaca maksudnya ada air-cond...
Kalau tak, suasana biasa-biasa sahaja..

Dan disyorkan makan pada waktu malam lebih meriah dan havoc..
Sebab sekeliling meriah dengan cahaya-cahaya lampu neon ..


Sambil makan di atas, sambil boleh melihat gelagat orang dibawah sana.
Yang pasti banyak lagi cafe-cafe hipster dibawah sana.
Macam2 menu ada dari set ayam penyet hinggalah ke western food.


Suka betul both Damias dapat makan kat sini..
Dapat duduk kat sofa empuk pulak tu..
Dan lebih privacy kat dalam tu..
Kebetulan masa kami makan tu, hanya ada kami sekeluarga dan satu pasangan sahaja..
Lagipun ruang kat dalam ni agak terhad.


Yeay.. makanan dah sampai..
Air buah kat sini kaw-kaw..
Gelas besar pula tu. Harga dalam RM7. 
Memang berbaloi..


Ayah Damia order Laksa Penang.
Pun sedap.
Kaw-kaw dan pedas-pedas manja gitu.
Tak silap harga dalam RM 9 - RM 12.


Aleesya pula order chicken chop.
Not bad sos black peppernya.
Kami kalau makan lamb chop ke, chicken chop ke atau beef steak, memang kena sos black pepper yang kaw. Baru ada ummphh kan.
Harga dalam RM15


Ayyunie pula order Nasi lemak ayam berempah.
Sharing je ngan saya.
Kata sama-sama nak diet kan. Muahahaha..
Harga RM12.
So-so je lah rasa nasi lemak ni.

So far, kalau nak lepak2 makan ngan family waktu malam sambil menikmati keindahan cahaya neon disekitar, boleh lah makan2 di Fulltank ni.
Lagipun masa kami nak balik tu dalam jam 9:30 malam, ada band baru nak setup alat muzik untuk buat persembahan.

p/s: Lepas balik je dari Fulltank ni, kami singgah makan dessert dan sate pula di sebuah kedai yang tengah viral juga di JB ni. Nanti saya share ya..;-)
(Adoiii....makan lagi...haha)





Monday, March 28, 2016

Menang mini fridge dari Coca-Cola


Cerita lunch tadi..
Lepas hantar anak-anak sekolah, terus ke pasaraya Hwa Tai Tampoi collect hadiah..


"You are so lucky, one outlet one prize only"..
Itulah kata-kata manis yang disampaikan kepada saya oleh Mr Saimon selaku person in charge yang menguruskan pengambilan hadiah saya dari Coca-cola ni....


Nama je mini fridge.
Tapi boleh tahan besar dan berat juga mini fridge ni..
Mujur ada staff Hwa Tai yang mengangkat fridge ni masuk sampai ke dalam kereta.
Cuma saya kena bawa kereta ke area loading bay sahaja..


Sepatutnya saya kena amik hadiah ni pada hari sabtu aritu..
Tapi sebab terbusy pula sabtu lepas, so datang amik harini.

Awwww, abaikan perut saya yang besar itu ya.
Tapi tetap comel kan kan kan?
Hihi..


Senang je nak masuk peraduan ni, beli apa2 air dibawah jenama Coca-Cola (saya beli Sarsi), minimum resit RM30, dan SMS butiran diri ke no yang ditetapkan. Selebihnya berserah kepada Allah dan doa juga jangan diabaikan.

Alhamdulillah.
Terima kasih Allah.

Thursday, March 24, 2016

Program SUPERB dan Perasmian TPMEDC


Alhamdulillah.
Selesai sudah program seharian saya dan pemenang-pemenang pertandingan SUPERB di bawah TERAJU Malaysia serta Perasmian TPMEDC yang berlangsung pada 17 Mac lepas di Techonology Park Malaysia, Bukit Jalil.


Insyallah semoga jenama Coklat CocoDamia dapat dikomersialkan ke peringkat yang lebih jauh dan dapat developing new methodologies in the field. Dan juga dapat improving business intelligence serta mencapai performance Syarikat CocoDamia to a higher level.


Bilik TPMEDC. Priority digunakan oleh pemenang-pemenang SUPERB di bawah pemantauan Agensi TPM. Sayalah salah seorang daripadanya.


Senarai nama Syarikat pemenang-pemenang SUPERB di bawah agensi pemantau TPM. Company CocoDamia no 11.


Launching of TPMEDC


Media bertalu-talu ambil gambar VVIP.
Terselit pula gambar saya kat belakang tu.
Untung sabut nanti dapatlah enterframe kat mana2 media cetak atau elektronik. Hihi..



Pengurus Besar TPM sedang memperkenalkan para pemenang SUPERB di bawah agensi TPM kepada VVIP.


Bukan setakat memperkenalkan, malah menceritakan juga progress projek terbaru para pemenang.


Spot me!


Auwwwwww... Besarnya perut saya.

Boleh pula time saya tengah standby nak short pitching projek kita depan VVIP dan media, time tu lah Coca-cola call bagitau saya menang contest, time tu lah customer baru call dah bank in duit nak jadi stokis, time tu lah email OldTown masuk suruh saya buat tu ni nak collect hadiah, dan time tu jugalah orang call nak minta kerja. Sampai tak fokus saya tau. Tapi tu lah orang panggil rezeki tanpa disangka kan.
Terima kasih Allah.


Para pemenang kena pitching sikit depan VVIP ceritakan projek/produk terbaru kita yang menang.


Lepas tu semua pemenang ada sesi bersama coaches pula.
Alhamdulillah, saya dapat coach Rik yang memang saya dah kenal dan pernah juga ke kilang CocoDamia ni.
Senang lah nak coaching kalau dah sama-sama kenal kan.


Townhall Session


Sesi soal jawab bersama agensi-agensi terlibat yang memantau milestone serta duit para pemenang-pemenang SUPERB. Selain daripada TPM, agensi-agensi pemantau adalah seperti Craddle, PUNB, MTDC, MDEC, KMP, MY CREATIVE dan beberapa agensi lain.


Alhamdulillah.
Terima kasih Allah atas kemenangan dan kurniaan rezeki yang tak pernah putus daripadaMU.
Semoga lepas ni banyak lagi peluang2 kemenangan dan tarikan magnet rezeki untuk saya.
Sesungguhnya Man Jadda Wajada.
Selagi kita berusaha, selagi itu peluang-peluang rezeki akan berada di sekitar kita.
Yang penting jangan putus asa.










Wednesday, March 23, 2016

Fanatik makan daging kambing


Budak-budak zaman sekarang kecik2 dah pandai makan daging kambing. Saya balik umrah tahun 2013 baru jadi fanatik makan daging kambing tau. Ntah kenapa dulu2 dengar je daging kambing, mulalah "ngetak bulu".

Dulu-dulu kalau orang buat Akikah bagi kambing yang dah masak, jangan haraplah nak sentuh apatah lagi nak makan. Mungkin sebab dulu-dulu daging kambingnya masih berbau hamis walaupun dah masak, daging kurang lembut dan juga terpengaruh cakap-cakap orang yang makan daging kambing ni panaslah, darah tinggi lah dan bla bla bla...

Tapi sekarang tak lagi. Malah berebut2 nak makan daging kambing. Hairan kan daging kambing sekarang tak berbau hamis. Lembut2 pula tu dagingnya.

Ayyunie cakap sebab kambing sekarang dah pandai2 sebab dah pandai mandi. Dulu2 kambing tak mandi sebab tu berbau masa makan. Hahahahaha...


Dah jumpa port baru makan lamb chop yang best. Selalu yang best area2 rumah ni kat Yus Bianco Pizza lah. Paling tak pun makan kat Tony Roma's. Tapi kini dah boleh menikmati lamb chop dekat area2 rumah je iaitu di Ejohng's Concept Taman Sri Pulai Perdana. Harga pun berbaloi RM16.90.

Ok lah. Nak siap2 gi Center dah walaupun harini Johor cuti umum sempena Hari Keputeraan Sultan Johor. Business sendiri cuti tak ikut hari orang lain.

P/s: Uolss suka tak makan daging kambing?