Monday, February 29, 2016

Senarai nak sambut newborn dan ibu berpantang

Tepek kat dalam blog lah senang.
Senang nak buat rujukan.
Al-maklumlah, dah lama tak dapat newborn dan jadi ibu berpantang, ingat2 lupa dah apa yang kena sediakan.

Terutama senarai keperluan si ibu.
Keperluan si newborn masih boleh ingat lagi, gara-gara excited nak dapat baby baru lah katakan. Hihi...





Semoga Allah permudahkan urusan melahirkan dan kelahiran little khalifah dalam perut saya ni.

Aaminn..

Sunday, February 28, 2016

Ujian Penggal 1 di Pusat Bahasa Pelangi

Tak lama lagi sekolah-sekolah akan adakan Ujian Penggal 1.
Rata-rata adalah akan diadakan pada seminggu sebelum cuti sekolah iaitu bermula pada 7/3 hingga 11/3.
Namun ada juga yang telah tamat dan masih sedang berlangsung Ujian penggal 1 ni.
Ikut sekolah-sekolah terpilih.


Tidak ketinggalan juga untuk para pelajar Pusat Bahasa Pelangi.
Khamis lepas (25/2) adalah hari terakhir untuk Ujian Penggal 1 di Pusat Tuisyen & Bahasa Pelangi.
Minggu ni cikgu-cikgu semua pulun menanda kerta Ujian dan juga sesi perbincangan jawapan untuk kelas masing-masing.
Sebagai persediaan untuk pelajar-pelajar mengambil Ujian Penggal 1 di sekolah masing2.


Format baru..
Silibus baru...
Teknik baru..


Good luck semua pelajar2 Pusat Bahasa Pelangi khususnya.


Sebarang progress dan keputusan pelajar untuk Ujian 1 ni, boleh buat appointment dengan Pengetua En Khairuddin di talian 012-7507659.


Yang masih mencari-cari tempat tuisyen terbaik di area Skudai, masih boleh untuk mendaftar anak-anak anda bermula dari darjah 2 hingga tingkatan 5.


Untuk kelas Bahasa Inggeris dan Mandarin Komunikasi pun ada juga.
Jom daftar!

p/s: Good luck juga untuk anak-anak saya! Do the best tau Aleesya dan Ayyunie!





Thursday, February 25, 2016

Majlis Khatam Al-Quran nak bawa apa ya?


Tengah-tengah malam tadi balik dari office gigih chatting dengan ustaz tempat Aleesya dan Ayyunie mengaji tanya persediaan Khatam Al-Quran Aleesya. Al-maklum lah, anak sulung nak Khatam. Tak ada pengalaman.

Kalau ikut pengalaman sendiri dulu, mak buat pulut kuning dan ayam golek terus hantar rumah tok guru yang mengajar kita mengaji tu. Lepas tu makan ramai-ramai dengan kawan.

Official Khatam Al-Quran pula sehari sebelum Majlis Akad Nikah dengan ayah damia berbelas tahun dahulu. Kita duduk kat tengah-tengah pelamin dan mengaji ramai-ramai bersama kumpulan Yassin Wanita di Kampung. Pastu adalah kenduri sikit-sikit.

Kepada sesiapa yang ada pengalaman majlis Khatam Al-Quran kat Pusat Pengajian/ Center mengaji al-quran contohnya kena sediakan makanan apa yang sesuai, goodies apa yang sesuai, atau untuk ustaz/ustazah nak bagi apa, sila-silalah sharing dibahagian komen ya. Amat dialu-alukan sangat!

p/s: Setakat ni yang terlintas idea nak buat pulut kuning dan rendang daging, bunga telur dan coklat sebagai goodies dan juga set persalinan untuk ustaz/ustazah.

Wednesday, February 24, 2016

Makan-makan di Ejohng Concept, Pulai Perdana


Restoran baru kepunyaan rakan usahawan kepada ayah damia.
Yang baru dibuka di Pulai Perdana pada 15/2 minggu lepas.
Kami turut tidak ketinggalan support busines kawan-kawan.
First day hari pembukaan lagi ayah damia dah ajak kami sekeluarga makan disini lepas balik dari office untuk dinner.

Sampai-sampai je memang full house.
Rata-rata bawa family masing-masing.
Mungkin ada yang sekadar nak mencuba tahap kesedapan restoran baru atau mencuba suasana restoran yang lebih selesa disini.


Ni antara menu yang ada.
Macam2 ada.
Dari menu kampung hinggalah menu western.


Harga pun masih reasonable dengan portion dan cara presentation makanan.


Wowww.. macam-macam air ada.


Memandangkan hari tersebut adalah hari pertama restoran tersebut beroperasi, so banyak makanan dah habis masa kami pergi. Yang ada western dan juga mee/meehoon/kuewtiaw. Operasi pun agak kelam kabut. Tapi no worries, pekerja2 kat sini friendly. Asyik minta maaf je order sampai lambat dan makanan yang diorder habis. Kami faham. First day beroperasi kan. Dari pagi sampai lewat malam non-stop bahagian kitchen memasak bak kata kawan ayah damia selaku owner restoran ni.


Love the honey lemon ice.
Next time boleh repeat lagi..;-)


Kid's menu. 
Btw Ayyunie order chicken chop yang kid's menu punya. Tapi habis lah pulak. So tukar jadi fish and chip.
Rasa standard lah.

Saya pula order meehoon goreng.
BIL order beef kuew tiaw.
Dan both ayah damia dan Aleesya order set mushroon soup.
(Tak sempat snap haihh...sebab lama menunggu. Hihi)


Soft-drink ni free flow tahu!
Siapa2 yang makan kat restoran ni boleh minum secara percuma.


Ruang dalam berair-cond.
Besar dan selesa.
Serta sejuk mata memandang.
(Tak sempat pula saya nak tinjau2 bahagian luar sebab full house kan)


Ni saya tunggu di bahagian waiting area.
Ada set sofa untuk kita tunggu semasa ahli keluarga lain buat bayaran atau nak dapatkan seat.


Tempat bayaran.
Gunakan POS system.
So lebih sistematik lah.
Cuma mungkin baru2 operasi ni mungkin agak lambat sikit.
Sebab ya lah nak training staffs baru bukannya senangkan.
Hopefully pasni service lebih tip top dan mantop.
Tapi jujurnya makanan sini semua sedap2.
Katanya chef hotel yang masak di bahagian kitchen.

Yang duduk area berdekatan bolehlah try ya.

p/s: Katanya sekarang tengah renovate restoran kedua pula di Bandar Baru Uda. Wahhh...pantas gitu berkembang ya. Tahniah untuk rakan ayah damia.








Tuesday, February 23, 2016

Semalaman di Melaka || Masjid Terapung Selat Melaka

Jumaat lepas bersamaan 19 Februari 2016, saya ada meeting di Bukit Jalil.
Jam 4 pagi bangun kemas2 luggage dan jam 5 pagi terus gerak ke KL dari JB.
Hujan lebat menemani kami sepanjang perjalanan ke KL.
Singgah solat subuh di RnR Yong Peng pun hujan masih lagi renyai2.
Lepas tu kami meneruskan perjalanan ke KL dan saya pun tertidur.
Kesian ayah damia bawa kereta keseorangan..huhu..


Alhamdulillah, ngam ngam haihh punch card kat Technology Park Malaysia jam 9 pagi.
Tengah-tengah meeting, sempat lagi ayah damia minta staff kat office emailkan beberapa dokumen penting yang kami pun terlupa nak bawa softcopynya...;-)


Habis urusan di Technology Park Malaysia, bergegas pula kami ke LHDN Damansara di Petaling Jaya untuk uruskan hal duti setem pula. Fuhhh ramai sungguh orang disini. Tapi nasib baik kaunter banyak dan service pun cepat.


Sementara menunggu saya dan ayah damia selesai membuat pembayaran, Ayyunie dan Aleesya tak lah boring sangat menunggu kami kerana ada ruangan bermain dan membaca untuk kanak2 di LHDN ni. Sambil ditemani oleh Paksu mereka. Paksu mereka ikut kami balik JB selepas balik dari Pulau Tioman tempohari. Dah habis SPM, tak ada buat apa, so boleh juga dia kerja part time dengan kami sementara menunggu keputusan SPM keluar kan.

Lepas dah siap urusan di LHDN Damansara ni, bergegas pula ke Damansara Perdana untuk ke Teraju pula. Haihh...berdesup juga lah kami pergi tu sebab nak kejar rehat solat jumaat kan. Ngam-ngam kami sampai ke Bangunan Surian Tower, ada lagi 10 minit sebelum mereka keluar rehat. Alhamdulillah. Semua urusan selesai disini.

Kemudian kami singgah di Bangi pula untuk ayah damia dan Paksu both Damias solat jumaat. Lepas dah siap solat, merata pula cari Pejabat Suruhan Jaya Sumpah di Bangi. Ikut google lah, ikut waze lah, ikut whatsapps lah...akhirnya jumpa juga pejabat Suruhan Jaya Sumpah. Memang terkejar-kejar juga lah.

Lepas tu berkejar lagi balik semula ke Technology Park Malaysia untuk serahan salinan dokumen pula. Takut office tutup kan. Perghh..perut dah lah kebuluran ni. Sebab masing2 hanya makan pau sorang sebiji sahaja masa berhenti solat subuh di RnR Yong Peng. Sebenarnya nak berhenti makan tengahari di Bangi, tapi 3 kedai favourite yang kami pergi tutup. Memang frust lah. Last-last alas perut je dengan apa yang ada.

Akhirnya tepat jam 4:30 petang, semua urusan di KL selesai. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Bukan senang nak senang kan..;-)


Akhirnya..
Sebagai reward ubat penghilang penat selepas semua urusan selesai..
Beli Starbucks drive-thru je..
Nyaman rasa tekak..

Semput weiii kejar sana kejar sini kalau berurusan hari jumaat kan..
Dah lah perjalanan start 5 pagi..
Mata pun mengantuk giler..
So kami buat keputusan check-in transit di Melaka Semalaman..


Tepat jam 6:30 petang, kami pun check-in di Mahkota Hotel.
Hotel favourite kami kalau bawa ahli keluarga lain bercuti sama.
Sebab kat hotel ni jenis apartment kan. 
Ingat dulu time ada bibik, memang hotel ni menjadi hotel pilihan.


Sukalah Ayyunie dapat stay hotel.
Katanya nak mandi swimming pool.
Haihhh...sunburn kat Pulau Tioman Jumaat lepas pun tak hilang lagi..
Ni nak lagi tambah sunburn. Nasib baik tak teruk sebab dah pakai sunblock siap2.

Lepas tu sempatlah saya dan ayah damia melelapkan mata dan rebahkan perut kejap. Al-maklumlah, perut pun asyik mengeras je sepanjang haritu.


Malamnya kami ke Jalan Laksamana pula makan asam pedas Hajjah ni. Agak famous juga asam pedas ni. Walaupun kedainya biasa2 sahaja, tapi full house ok. Alhamdulillah, nikmat sungguh makan malam kami. Mana tak nya...masing2 kelaparan yang amat kan. Licin hokeyy pinggan semua. Haha..

Lepas makan, sempatlah kami jalan2 ke Pasar Malam di hadapan Taming Sari tu. Alaa..kejap je...cuci-cuci mata. Lepas tu balik tidur memang tak sedar punya lah. Haha..


Keesokan paginya, anak-anak nak main air dalam swimming pool.
Pergilah anak-anak. Nasib baik Paksu ada temankan.
Ibu dan ayah dah larat nak teman main pool.
Ibu larat teman makan-makan-makan je. Hihi..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lepas tu check-out.

Sebelum balik JB, sempat kami singgah ke Masjid Terapung Selat Melaka.
Dulu beberapa tahun lepas dah pernah pergi, tapi tak siap sepenuhnya lagi.
Ni dah siap sepenuhnya. Banyak bas2 pelancong bawa pelancong dari Luar Malaysia ke sini


Kenangan kami sekeluarga di Masjid Terapung Selat Melaka.
Ni bahagian dalam masjid.


Ramai juga orang dan pelancong masa ni..


Ni dihadapan Masjid Terapung..


Oppss siapa yang pregnant ni??


Sementara masih larat ni, boleh lah jalan-jalan cari makan..
Lepas ni dah tak larat, duduk diam-diam dalam rumah ya...hihi..


Ayah yang tak sabar nak tunggu little hero (insyallah) keluar ni. Baru ada geng ayah kan.

Dan kami terus balik ke JB.

Sebelum sampai rumah, sempat lagi singgah kat Kipmart beli lauk pauk...hihi..

Tamat sudahh..

p/s: Buat entry sambil jaga students periksa ni..ngeh ngeh ngeh..















Sunday, February 21, 2016

Asal lalu je kena singgah, asal lalu je kena singgah...


On the way balik JB semalam dari transit semalaman di Melaka....

Asal lalu je melambai-lambai..
Asal lalu je melambai-lambai..

Mana boleh tak singgah kan..;-)
Kari kambing kaw dan power tu memanggil-manggil..

Semalam ngam-ngam 5 perut habis licin makan sedulang ni..
Selalu 4 perut je siap tapau bawa balik lagi sebab tak habis..
Tu saya pilih menu campur ayam dan kambing..
Memang puas hati sebab boleh makan 2-2 lauk..

First entry saya makan di sini..


Thursday, February 18, 2016

Mula-mula beli 1, pastu beli 2 kemudian beli 3..

Apalah yang saya beli sampai 3 biji tu?
Mentang-mentanglah nama intelligent rice cooker, sampai 3 biji dibelinya. Padahal sama je dengan digital rice cooker sekarang.  


Mula-mula saya beli untuk diri saya masa Bulan Januari lepas. Saya beli pun sebab utamanya kerana saiz yang sangat kecil, ringan dan mudah untuk dibawa travel kemana-mana. Lagipun cover bahagian luar tu bersifat penebat elektrik dan selamat untuk dihandle jika terkena air ataupun selamat untuk anak-anak saya gunakan (in-case).

Bukan itu sahaja, memang sangat sesuai juga untuk kegunaan saya masa dalam pantang nanti dan juga masa baby kecik saya dah start makan nanti, bolehlah masak bubur atau sewaktu dengannya dalam portion yang lebih kecil ni. Tak lah membazir nanti sebab boleh terus ON-THE-GO mini rice cooker ni.Yang penting RINGAN. Ya lah dalam keadaan berpantang nanti mana boleh angkat barang berat-berat kan.

Masa bercuti di Pulau Tioman minggu lepas pun, saya dah masak macam-macam dalam rice-cooker ni. Masak nasi semestinya. Kapasiti 2 liter. Sesuai untuk 4 orang dewasa makan sekali masak. Selain tu saya pun dah try rebus spagetti, maggie dan juga masak mushroom sup dalam rice cooker ni. Memang convenient sungguh lah. Bayangkan ayah damia masak mushroom sup dalam periuk ni, angkut naik bot tengah laut dan bawa ke Marine Park. Selepas 3 jam kami snorkelling di Marine Park tu, mushroom sup still panas lagi walhal tak keep warm atau pasang plug tu. So memang berbaloi sangat beli.

Masa saya mula-mula beli dulu, harga adalah RM97.00. Tapi INGAT, masa beli tu kena pilih betul-betul periuk ni yang DWI BAHASA iaitu Bahasa Cina dan English, serta plug pin Malaysia punya (rujuk gambar diatas). Ada yang harga murah sikit tu plug pin China dan tulisan tu tak ada dalam Bahasa Inggeris. Memang jenuh ler nanti nak guna.

Lepas tu awal Februari haritu, saya pun belilah periuk ni kali ke-2 untuk mertua saya pula. Kebetulan masa ayah damia di Brunei, mak mertua saya pula minta belikan periuk yang kapasiti kecil dan tak melekat apabila masak. Manalah ayah damia sempat nak belikan. Lalu saya pun syorkan belilah periuk ni. Hantar whatapps gambar, bagi mak mertua tengok, lalu dia pun setuju. Tengok harga menjunam turun hanya RM69 sahaja. Wahhh...rezeki ni.

Alang-alang dah belikan untuk mak mertua saya, lalu terlintas nak belikan untuk mak saya juga. Konon-konon nak suprisekan mak gitu. Itu yang beli sampai kali ke-3 tu.


Selain dari masak nasi, boleh juga masak bubur, sup, yogurt, cake dan lain-lain lagi. Tu lah agaknya namanya Intelligent kot. Hihi...Kalau tak nak tekan auto cook pun, kita juga boleh setkan masa untuk beberapa minit yang kita nak masak tu. Senangkan! Yang penting RINGAN bagi saya...;-)

Kalau sesiapa nak beli, bolehlah tengok-tengok kat Lazada ya.
Memang amat berbaloi untuk saya dan keluarga!

Saturday, February 13, 2016

Sneak Peek || Panuba Inn Resort, Pulau Tioman


Berakhir sudah percutian 3 hari 2 malam kami sekeluarga di Panuba Inn Resort, Pulau Tioman. Sebelum tu sempat transit semalaman di Bandar Mersing untuk tunggu feri keesokan paginya. Memang percutian yang awesome kerana keindahan resort ini yang lain dari yang lain. Insyallah akan saya kongsikan gambar-gambar sepanjang kami disana serta menceritakan pengalaman kami untuk panduan yang hendak bercuti di tempat yang privacy dan menenangkan.

Oraitt.. Nak siap2 melawat kawan di ICU pula. Doakan semoga kawan saya ni permudahkan segala urusan dan diberi kesembuhan yang segera. Aamin.

Wednesday, February 10, 2016

Mood Holiday ON!


Orang lain dah balik holiday..
Kita baru nak start holiday...

Tak pe bagi staff-staff bercuti dulu..
Bos-bos gi bercuti kemudian..

Lagipun bos-bos ok je kerja time public holiday kan..Kebetulan kerja pun banyak.. Hihi..

Ok. Semoga percutian kami kali ini dipermudahkan dan dilindungi oleh Allah. Aaaminn..

Saturday, February 6, 2016

Selesai sesi interview bersama Sinar Harian pagi ni.


Selesai sudah sesi interview bersama Sinar Harian pagi ni.

Btw balik je Ayah Damia dari Brunei, memang kesibukan berganda-ganda. Terutama ada 2 sesi interview dari Sinar Harian dan Akhbar Brunei yang nak buat coverage tentang Produk Halal Bumiputera yang eksport ke Luar Malaysia.

Dah tolak sebenarnya untuk interview ni hari khamis lepas dengan alasan tak sempat dan banyak kerja lain, tapi semalam jumaat call lagi nak interview.
Habis tu semalam pula sibuk dengan payaslip dan urusan bank sebelum staffs semua bercuti panjang kan. Postponed pagi ni pula. Ni pun mood ting tong ting tong nak interview sebab mood cuti-cuti kan.

Tapi last2 muhasabah diri adalah sebab tu kenapa Allah memilih kami untuk interview harini. Kalau dah berkali-kali tolak, tapi rezeki tu tetap juga, adalah tu Allah janjikan sesuatu yang lebih baik kan.

Ok. Meh kita pulun jawab soalan3 dari wartawan Brunei pula. Dengan harapan selesai semua, dapatlah bercuti dengan tenang...(Tipuuuu...Urusan kerja tak pernah habis pun)

P/s: Banyak lagi email2 yang nak jadi ejen dan pembelian borong tak dijawab lagini. Sebarang pembelian borong, boleh hubungi 010-6468383. Untuk pembelian runcit, sila layari www.cocodamia.com


Terima kasih Allah..
Terima kasih Sinad Harian..
Terima kasih semua yang sentiasa mendoakan dan menyokong CocoDamia dan Pusat Bahasa Pelangi..



Thursday, February 4, 2016

Disember 2010 vs Disember 2015


Disember 2010 @ Kluang


Disember 2010 @ Kluang


Disember 2015 @ A Famosa Resort


Disember 2015 @ A Famosa Resort

Disember 2010 vs Disember 2015
Time passes suprisingly quickly..

p/s: Masih sama tak muka mereka masa kecil dan besar sikit ni? 

Wednesday, February 3, 2016

Wordless Wednesday II Rezeki dapat tudung dan kain pelekat


Terima kasih mak anak murid dan anak murid yang bagi buah tangan ni.
Semoga Allah memudahkan lagi rezeki kalian sekeluarga.

p/s: Macam tahu-tahu je cikgu suka warna pink..;-)

Tuesday, February 2, 2016

Selamat pulang "lubuk pahala" saya..

Meriahnya team CocoDamia di Brunei. Kalini CocoDamia guna tenaga kerja Warga Brunei pula.

Alhamdulillah...
Lewat petang semalam "lubuk pahala" saya telah selamat sampai di KLIA 2 dari Brunei.
Transit di Tune Hotel KLIA semalaman, dan tengahari ni meneruskan penerbangan pulang ke JB pula.

Lately suka benauuu buat muka cute tu kalau amik gambar...;-)

Setelah 8 hari tak jumpa, haruslan manja lebih sikit...;-)
Selamat pulang "lubuk pahala" saya!
Mesti anak-anak tak sabar tunggu balik sekolah petang ni nak manja-manja dengan ayah mereka pula..