Sunday, January 31, 2016

Pabila anak-anak dara sunti saya memasak Roti Pizza dan Roti telur..

Dah boleh harap dah anak dara sunti ibu 2 orang ni..
Pagi-pagi sibuk nak tolong ibu sediakan sarapan di dapur..
Jom tengok apalah yang diaorg masak tu


Aleesya buat roti pizza..
Senang je ni..
Letak roti, sapu marjerin, tabur sos, mayonis, hotdog yang dipotong kecil, bawang holland dan cheese..
Pastu bakar.
Opsss terlebih garing pula..
Tapi sedapppp...
TQ Aleesya...


Ayyunie pula buat Roti telur..
Pun senang je.
Ambil kepingan roti yang dipotong 2, lepas tu celup2 dalam telur yang diletak sedikit garam dan lada sulah, kemudian bakar dalam kuali. Siap..
TQ Ayyunie..

Habis tu ibu masak apa pagi ni?
Dah semua anak2 masakkan..
Ibu masak kuew tiaw goreng je buat bekal anak-anak dara sunti ibu ke sekolah...hihi..

Alhamdulillah...senang anak-anak makin besar dan boleh diharap dah..

Saturday, January 30, 2016

Jualan Gudang The Store di Sports Centre Taman Universiti


Bagi yang berdekatan dan kelapangan, Cepat!!!

Tinggal harini dan esok sahaja lagi sebelum jualan gudang ni tamat.

Jualan yang bermula dari 21/1 ni akan tamat esok 31/1.

Saya sampai 3 hari berturut-turut pergi shopping tanpa sengaja. Eh ye ke tanpa sengaja. Hihi...


Ni kali ke 3 pergi malam tadi. Sambil2 tunggu both Damias ada tuisyen ganti sempena CNY, shopping alone disini. Pergi waktu malam agak crowded ya. Ataupun mungkin org dah boleh gaji dan kebetulan hujung minggu malam tadi. Semalam blurrr nak pilih saiz NB atau S. Last2 terbeli tanpa sengaja saiz NB. Hihi..


Yang ni pula masa kali pertama saya pergi minggu lepas. Pergi dalam kul 12 tengahari. Hurmmm memang best le sebab tak ramai langsung orang. Boleh pilih baju2 dengan lenggang lenggoknya. Haha..Tu saya beli untuk both Damias..

Selain baju saya juga borong barang2 rumah lain seperti shampoo, body wash, tisu dapur dan lain2. Memang murah lah berbanding harga pasaraya. Pasaraya buat promosi pun tak dapat semurah harga disini. 


Kali ke 2 pergi pula saya borong makanan ringan dan jajan2 ni semua. Tengok expired date lambat lagi expirednya. Tahun 2017 baru expired. Jelly jenama Cocon tu banyak saya beli untuk stok anak2 dirumah. Jajan ni sua beli banyak2 bagi orang dan students saya je. Memang berbaloi rasanya harga tu.

Handbag, kasut, beg luggage, cadar, bantal dan lain2 pun ada juga harga promosi. Tapi kalini saya tak fokus barang2 tu semua. Lagipun last time bulan 6/ 2015 pun ada jualan gudang ni juga, dah shopping handbag kasut kat sini.

Setahun ada 2 kali ya jualan gudang The Store ni kat Sports Centre Taman U ni. Selalunya awal tahun dan pertengahan tahun. So lepas ni boleh lah uolss yang berdekatan datang shopping disini!

Thursday, January 28, 2016

Temui team CocoDamia di Brunei sekarang!!!


Alhamdulillah..
Tahun 2016 merupakan tahun ke-3 CocoDamia bertapak di Brunei dan kali ke-5 dah ni team CocoDamia berdagang di Brunei. Mudahnya menjemput rezeki di Negara orang.

Dan alhamdulillah juga, sole distributer dan ejen-ejen di Brunei masih kekal bersama CocoDamia atas permintaan yang tak pernah putus untuk produk Coklat IQ-CocoDamia di Brunei.


Dan setahun yang lepas pada tarikh hari ini..
Saya dan team CocoDamia berada di Brunei..

Harini team CocoDamia sekali lagi berada di Brunei untuk tujuan mengukuhkan jenama CocoDamia dan promosi berterusan Coklat IQ dan Krukk Krakk Energy Bar. 

Good luck semua team CocoDamia di Brunei!!!

BAGI WARGA BRUNEI...
Jangan lupa singgah di ICC Barakas untuk Asean Consumer Fair yang lebih meriah dan lebih hebat kalini yang bermula dari 27 Januari hingga 31 Januari ni. Sehingga jam 9 malam ya!

Pasti ada yang merindui Coklat IQ-CocoDamia di Brunei kan kan kan..

<<Mudah Fokus>>
<<Mudah Ingat>>
<<Mudah Hafal>>

ITULAH KESAN DARI FORMULASI COKLAT IQ-COCODAMIA!

Percayalah,
CocoDamia,
-Bukan sekadar coklat biasa_

p/s: Sebarang pertanyaan atau pembelian borong, boleh hubungi talian hotline CocoDamia 010-6468383.





Tuesday, January 26, 2016

Takwim Persekolahan Tahun 2016


Senang tampal kat blog ni untuk dijadikan rujukan.
Kalau tak jenuh nak scroll cari tarikh cuti sekolah dalam handphone ni.
Nak lagi senang sebenarnya, print aje dan tampal atas meja kerja atau dalam bilik kan.
Hari2 boleh nampak. Haha..
Senang sikit nak merancang segala percutian atau kenduri kendara atau buat makan-makan kan.

Oh ya bagi Negeri Johor dan negeri yang sewaktu dengannya yang cuti hujung minggunya jatuh pada hari jumaat dan sabtu, tarikh mula cuti kena awalkan sehari ya.


Sunday, January 24, 2016

Cerita Ayah Kaya...


Cerita breakfast pagi semalam..

Ayyunie: Harini kita makan kat ayah kaya!

Aleesya: Ayah kan kaya dan banyak duit. Kenapa ayah tak nak buka Papparich?

Ayah: Aaminnn... Tapi mana adik kakak tau ayah kaya? Kalau ayah, ayah nak buka Damiarich. Tak nak buka Papparich.

Ayyunie: Haihhh ayah. Itu pun tak tahu. Hah tengok bil tu. Makan roti macam ni pun dah 70 ringgit. Kayalah tu. Roti kan murah je.

Hahaha... Anak oh anak.

Budak-budak kecik ni memang jujur kan. Dan memang akan cakap apa yang mereka perhatikan dan alami sahaja.

So far alhamdulillah. Anak-anak ibu dah makin bijak dalam pembelian sesuatu barang. Mereka dah makin pandai menilai mana yang mahal mana yang murah. Kadang2 2 beradik tu bergaduh pula sesama sendiri nak beli yang mahal atau yang murah. Masing2 pun dah ada duit poket masing2. So masing2 dah pandai nak jimat atau nak beli apa2 yang patut.

Anak-anak uolss umur ya dah pandai menilai erti duit atau mahal murah sesuatu barang?

Friday, January 22, 2016

Doa semasa hamil


Currently my desktop background and handphone wallpaper..
So cute lah kamu ni little hero!
Semoga saya juga dapat little hero yang gagah, berani, cute dan sihat sempurna tubuh badannya..
Aaaminn...


Doa semasa hamil..
Semoga doa baik-baik oleh ibu-ibu mengandung semua menjadi realiti hendakNYA...
Aaamiinn..

Wednesday, January 20, 2016

Makan tengahari di Kampung Senibong

Sabtu lepas bersamaan 16/1/2016, saja saya mengajak ayah damia makan tengahari jauh sikit.
Sebenarnya saya nak makan asam pedas tersohor di Kampung Senibong ni.
Dan kebetulan ayah damia pun nak makan seafood. So planning last minute on.

Kami sampai dalam jam 12:30 tengahari.
Kelihatan banyak kereta memenuhi ruang parking dan juga ramai pelanggan dalam restoran ni.
Hampir 15 minit juga menunggu meja kosong.
Mujur pemandangan yang luas dan tidak membosankan membuatkan kami sekeluarga tak terasa tunggu lamanya meja kosong. Hihi..

Tapi tu lah...ingatkan jam 12 lebih tu lauk ala-carte terutama asam pedas masih banyak lagi. Rupa2nya banyak yang dah habis dan tinggal kuah aje. Mujur ada menu order2 kan. Lagi banyak pilihan. 

Masuk-masuk je Kampung Senibong ni dah boleh nampak signboardnya

Ketam nipah segar-segar.
Ralit Ayyunie tengok ketam ni gerak-gerak.

Aneka lauk ala-carte.
Yang paling femes adalah asam pedasnya lah.
Macam2 jenis ikan ada.

Sementara tunggu makanan semua sampai, Ayyunie tengok2 ikan todak dalam air dan juga bot-bot nelayan.

Cute peace dari saya..

Peace versi nampak gigi pula..
Aleesya juga yang control cun.

Perkara yang mula-mula saya buat..
Cepat2 ambil ulam, budu dan sambal belacan..
Btw walaupun baru jam 12:30 tengahari, tapi lauk asam pedas dah habis, ulam2 pun tak banyak pilihan dan lauk2 lain pun  tinggal kuah dah. Next time kena datang lunch awal lagi ni.

Kari Kerapu.
Ni ala-carte.
Memang sedap.

Air asam boi. Satu jug terus order..
Memang ngam2 untuk kami 4 beranak.
Memang kaw air asam boi ni..

Ni pun sedap.
Daging goreng kunyit.
Memang garing dan lembut dagingnya.

Telur dadar macam biasalah rasanya kan...hihi..

Yang ni memang 200% recommended.
Rasa nak je masuk dapur tu tanya chef macam mana masak Ketam telur masin ni.
Memang sedap sangat.
Saya selalu juga makan ketam ikan masin ni.
Tapi kalini memang lemak2 berkrim rasa ketam ni dengan sos butter tu.
Haishhh rasa nak repeat je lagi makan ketam ni.
Dah lah isi ketam gumukks-gumukkss..
Sampai ralit Aleesya dan Ayyunie makan bersama pengepit yang disediakan tu.

Yeayy...semua makanan dah sampai..
So bolehlah kita makan..
Bismillah..

Btw tempat ni memang dah femes.
Banyak masuk media cetak.
Dan baru2 ni pula masuk Majalah 3.
Saya pun selalu datang Senibong ni untuk makan malam je.
Terutama kat Nonies Restoran tu. Baru last week bawa kawan makan kat sini.
Tak terfikir pula nak makan tengahari kat sini. Hihi..
Ni dah tau...harus repeat lagi..

Kalini tak dapat try asam pedas yang tersohor tu.
So next time kita datang lagi ya. Insyallah...

Perut kenyang, hati pun senang.
Terutama 2 beradik ni..
Happy je selalu..

Lepas tu kami singgah masjid kat belakang tu utk solat zohor..
Dan meneruskan perjalanan ke Giant untuk membeli barang2 rumah pula..

Nanti uolss bolehlah try makan tengahari kat sini pula ya.
Untuk makan malam pun ada. Lagi havoc dan meriah uolllss..

p/s: Total lunch haritu adalah RM105. Untuk ketam sahaja 2 ekor RM58. Kalau nak makan pakej2 yang dsiediakan pun ada. Lagi jimat dan berbaloi...













Tuesday, January 19, 2016

Belajar menulis Kaligrafi Cina

Aktiviti Ibu dan anak-anak hujung minggu lepas.
Belajar menulis Kaligrafi cina menggunakan berus khas.

Banyak lagi anak-anak ibu kena praktis ni.
Kena challenge ibu masa kecik-kecik tulisan cina ibu antara paling cantik disekolah.
Tapi ni pun dah ada cikgu sekolah dan tuisyen cakap tulisan cina Aleesya dan Ayyunie pun antara yang tercantik dan kemas juga.

Practice make perfect tau!


Of coz lah yang ni saya punya...;-)


Ni Ayyunie punya..


Dan ini Aleesya punya...


Monday, January 18, 2016

Resepi Pizza Roti Perancis


Breakfast ringan pagi tadi untuk anak-anak sebelum pergi mengaji.
Balik mengaji breakfast berat pula.
First time try buat Pizza Roti Perancis ni.
Resepi tengok ala kadar dalam FB.
Pastu pandai2 lah olah sendiri ikut selera masing2 kan.

Walaupun resepinya senang, tapi anak-anak dan suami impressed cara presentationnya.
Macam tu lah taktik isteri bekerjaya tackle anak-anak dan suami makan dengan happynya.
Perut kenyang hati pun senang kan...;-)

Ok jom kita tengok resepinya.


Dalam mangkuk, masukkan 2 biji telur, bawang holland yang dipotong dadu, hotdog 2 keping dihiris nipis dan kecil, cheddar cheese, garam dan lada sulah.

Lepas tu kacau2 bagi rata.


Roti Perancis yang panjang tu pula dipotong 2. Lepas tu keluarkan bahagian tengahnya agar menjadi lubang panjang dengan menggunakan pisau. Kemudian sapukan sos spagetti di dalam lapisan berlubang tadi. Yang dipotong tadi jangan buang, boleh bakar makan dengan mushroom sup pula.


Tuang telur yang dipukul bersama bahan-bahan tadi ke dalam lubang tengah roti.


Tabur lagi cheddar cheese dibahagian atasnya. Dan bakar ikut kesesuaian oven masing-masing.


Taraaaa...
Dah siap!
Crunchy diluar, lembut didalam uolsss..
Makan pula bersama sos cili dan mayonis.
Perghhh memang anak-anak dan suami memuji hasil tangan kita ni.

Terima kasih Allah.
Selamat mencuba!






Friday, January 15, 2016

Hanya bos-bos je memahami..






Anda takkan faham sehinggalah anda menjadi bos.

Jadi bos ni sekali sekala perlu give and take demi menjaga perhubungan dengan pekerja. Kalau tidak pekerja akan datang dan pergi sesuka hati. 

Sebab tu nak jadi bos kena jiwa besar. Menangis bersendirian adalah perkara biasa. Yang penting selepas itu kita kena kuatkan semangat semula!

Selamat Hari Jumaat.
Jom baca Surah Al-Kahfi.
Untuk BOS kita no 1 yang Maha Esa.




Wednesday, January 13, 2016

Wordless Wordnesday || Dah sampai!


Yeayy!
DVD-R dah sampai.
Boleh tengok sampai puas!

Sambil-sambil cari mana kekuatan dan kelemahan diri sendiri bila kena interview dan masuk dokumentari.
Terima kasih RTM

Monday, January 11, 2016

Pizza tak kedekut topping


Puas hati betul makan Pizza keluaran Yus Bianco ni..
Dan ini bukan kali pertama saya makan Pizza Yus Bianco ni..
Selalu makan kat kedainya. Cuma ini kali pertama saya buat delivery order terus ke office saya.
Masa yang ditunggu 20-30 minit sahaja mengikut sesat ke tak pencarian alamat kita tu. Hihi..

Yang bestnya tu, Pizza ni memang terbaik. 
Panas-panas, topping isi pun banyak dan cheesenya pun banyakkkkk...
Saya suka, saya suka..
Cuma keadaan pizza dalam kotak tu agak huru hara..
Tu yang cheese sampai meleleh-leleh tu...;-)
Tak pe janji sedap..
Harga untuk 2 pizza ni termasuk delivery RM28.50


Dan Pizza Yus Bianco ni ada buka cawangan baru di Taman Sri Skudai. Selalu saya pergi makan di pekan francais Pulai Perdana. Ni dah dekat lagi senang kan. Kepada yang nak delivery order, bolehlah hubungi tertera no seperti di atas ya.

Thursday, January 7, 2016

Syarat-syarat makan di Meletop Steamboat & Grill

Hamboiii...
Makan steamboat pun ada syarat bagai..
Setiap syarat-syarat tu diprint dan diletakkan atas meja supaya pelanggan lebih alert.

Cerita Cuti Maulidur Rasul pada 24 Disember lepas..
Kami tak cuti pun, lepas balik je dari office (half day) dan pergi kelengkapan sekolah, terus datang sini makan lunch dan dinner sekaligus. Sebab tu jam 4 lebih dah tercongok kami kat kedai steambot ni. Tapi kul 5 petang juga baru boleh start ambil makanan.

Oh ya kedai steamboat ni asalnya di Taman Pulai Perdana 2. Kalau sesiapa perasan, kedai steamboat ni memang selalu penuh dengan orang. Kebetulan pula terletak di tepi jalan. Memang mudah nampak kedai ni. Sekarang ni kedai ni dah berpindah ke Taman TerataI. Hari yang kami pergi ni pun baru hari ke 4 kedai ni beroperasi di tempat baru ni. Nampak lebih selesa dan juga lebih variety pilihan makanan.


Ni lah syarat-syaratnya.
Bagus juga ada macam ni, boleh elakkan pembaziran.


Section yang paling saya suka.
Saya kalau makan seafood, memang suka makan kambing dan kepak ayam.


Yumm...yumm...yummm...


Section sayur-sayuran dan aneka bebola..


Aneka mee ada..


Macam-macam sos ada..


Section shells out..
Ikan bakar pun ada juga..


Section makanan siap seperti nasi beriani, nasi goreng dan macam2 lagi..


Section buah-buahan..
Segar-segar uolss buahnya..


Jom buat ABC sendiri..
Budak2 suka lah ni..


Macam2 air ada. Panas, sejuk, bergas dan lain2..


See, banyaknya kambing saya ambil..
Ni baru first round...hihi..


Yumm...yumm...Selamat menjamu selera..