Sunday, August 30, 2015

Resepi Tauhu Lembut Kukus Bersos Kicap Mahsuri


Menu masa Ramadan lepas.

Bahan-bahannya:

- 1 pack tauhu lembut yang berukuran empat segi
- Sebiji bawang besar holland dipotong dadu
- 3 ulas bawang putih dipotong dadu
- 1 inci halia dipotong dadu
- 4 sudu besar isi ayam yang dikisar halus ( saya guna chopper)
- 1/2 sudu kecil lada sulah
2 sudu besar sos tiram mahsuri
- 2 sudu besar kicap manis mahsuri
- 1sudu besar kicap pedas mahsuri
3 sudu besar air
- daun bawang, daun sup, bawang goreng dan cili merah dipotong halus untuk hiasan.

Cara-cara membuatnya:

1. Kukuskan tauhu dalam pinggan yang tahan panas selama 10 minit. Hati-hati takut tauhu pecah.
2. Dalam masa yang sama pada kuali yang lain, tumiskan bawang putih, bawang besar holland dan halia yang dipotong dadu sehingga naik bau.
3. Masukkan isi ayam yang telah dikisar halus. Goreng sehingga separa garing.
4. Masukkan sos tiram mahsuri, kicap manis mahsuri dan kicap pedas mahsuri beserta sedikit air. 
5. Masak sehingga mendidih. Kemudian masukan lada sulah dan tuangkan ke atas tauhu yang telah dikukus tadi.
6. Hiaskan bersama bawang goreng, daun bawang, daun sup dan cili yang dihiris tadi.
7. Siap! Boleh dimakan begitu sahaja atau bersama nasi panas-panas.

* Menu ini tidak perlukan garam dan perasa lagi kerana kombinasi sos dan kicap mahsuri sudah secukup rasa.

p/s: Menu ini telah menang dalam Peraduan MyMahsuri dan memenangi wang tunai RM500 dan 5 pas berbuka puasa bersama Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari Shah Alam.


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Friday, August 28, 2015

Menang Perodua Myvi?


Pagi-pagi semalam, dapat call.
Angkat je call, dengar suara manis seorang perempuan berbangsa cina menyahut panggilan.
Fasih berbahasa Melayu.

Bila dia cakap " Saya xxxx dari Southern Lion", terus berdebar jantung ni kot-kot lah menang kereta Perodua Myvi kan. Rupa2nya menang hadiah kedua katanya. Menang handphone Samsung Galaxy A7. Sipi-sipi lagi nak menang Myvi. Hihi.. Perasan!

Apa-apa pun Syukur, sebab saya percaya kalau hadiah besar seperti ni, pasti banyak persaingan dan penyertaan. Alhamdulillah rezeki anak-anak-anak tak pernah putus daripada Allah.

Nak menang pun bukannya senang. Lepas photoshoot di JB, tak puas hati photoshoot di Kampung pula. Kebetulan balik raya kan aritu. Jadi siapa kata nak menang senang? Mujurlah hobi saya ni bergambar dan sekaligus boleh join peraduan macam ni. 

Alhamdulillah, dah ada buyer nak beli Samsung Galaxy A7 tu. Barang tak sampai lagi. So saya tak berani nak jual atas angin tanpa tgk sendiri barangnya depan mata dan tak boleh lagi nak buka harga berapa nak jual. Nanti handphonenya sampai saya update ya :-)

P/s: Jangan marah ya dengan tajuk entry diatas. Sekali sekala tajuk entry kita provoke.. Hihi..

Thursday, August 27, 2015

Menang bekalan sabun basuh TOP setahun


Alhamdulillah..

Kelmarin saya dapat notification dari pihak TV3 dalam IG saya yang saya menang untuk contest #TopGayaRaya. Bertuah sangat menang sebab penyertaan beratus2. Tapi hanya beberapa orang pemenang sahaja yang dipilih.

Hadiahnya pula berupa wang tunai RM500 dan juga bekalan sabun TOP selama setahun.
Wahhh jimat banyak tu kan. Kebetulan kat rumah pun saya memang guna sabun basuh TOP.
Sebab walaupun baju kita dah kering, tapi baju tetap berbau wangi. Dalam almari pun berbau wangi lagi.
Ni review ikhlas, bukan bodek ya.
Jadi kalau menang bekalan selama setahun ni memang dan bertuah dan jimat sangat2 kan.

Alhamdulillah.
Rezeki anak-anak ni.
Sebab gambar mereka yang menang.
Terima kasih Ya Allah.

p/s: Harini saya dapat satu lagi panggilan kemenangan dan satu lagi KEMENANGAN SEJATI untuk saya dan ayah damia.Nanti saya sharing ya. Syukur dengan rezekiMU Ya Allah.

LENOVO A369i For Sale!

MAAF!
DAH SOLD OUT!
TERIMA KASIH BUYER!
TERIMA KASIH ALLAH!


Last week saya dapat notification dari Digi Telco dalam IG saya yang saya menang contest mereka.
Alhamdulillah...
2 hari lepas hadiahnya pun dah sampai.


Ni lah hadiahnya.
Dapat sebuah handphone Lenovo A369i warna hitam.

Memandangkan ahli dalam rumah saya pun dah ada handphone masing, keperluan pejabat pun dah cukup dengan handphone yang ada, maka saya nak let go handphone ni. Mana-mana yang nak beli handphone ni untuk kegunaan anak masing2 atau minimize penggunaannya (untuk dijadikan 2nd handphone), amatlah dialu-alukan untuk membeli.

Berikut adalah specifikasinya:

- 4" WVGA 800* 480 Display
- 1.3 GHz Dual Core Processor
- Android Jelly Bean
 - 512 MB RAM + 4GB ROM


Yang bestnya, percuma internet selama 1 TAHUN bernilai RM180.
Memang berbaloi sangat!

Harga yang saya nak jual memang murah dari pasaran. Below than RM350 handphone termasuk internet percuma tu.  Sesiapa yang berminat boleh whatapps (only) saya di talian 012-7560895.

Terima kasih.


Monday, August 24, 2015

Penceramah Jemputan lagi


Terima kasih kepada pihak Matrade (Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia) kerana memberi kepercayaan kepada CocoDamia sebagai Penceramah Jemputan semalam.

Antara skop yang dikongsi semalam adalah:
- Bagaimana CocoDamia bermula
- Pengalaman mendapatkan Sijil Halal
- Pengalaman mendapatkan sijil MESTI dari KKM
- Kesan sijil2 tersebut terhadap produk CocoDamia untuk tujuan eksport.


Syukur Alhamdulillah..
Dengan Izin Allah, semalam saya dapat berkongsi pengalaman bersama 108 peserta/usahawan2 lain bagaimana CocoDamia yang hanya bermula dari rumah, kemudian berjaya dieskport ke Luar Negara.
Tanpa Mentor, tanpa bantuan pinjaman, tanpa ilmu secukupnya, tanpa menjadi ahli dalam group2 usahawan,  tapi dengan berbekalkan semangat jati ingin menjadi seorang usahawan yang berjaya dalam diri kami suami isteri, siapa sangka, apa yang kita impikan, ia pasti menjadi kenyataan.



Kalau saya boleh! Kalian pasti boleh! 
Dengan adanya pelbagai pihak agensi yang dapat membantu, dengan adanya pelbagai kelas2 menimba ilmu keusahawan, dengan adanya group2 usahawan, dengan adanya mentor2 yang berjaya kini, saya yakin kalian semua lagi cepat/mudah berjaya berbanding masa saya starting 3 tahun yang lepas.


Ingat! Walaupun kita proses secara kecil atau sederhana, tidak mustahil kita juga adalah BIG PLAYER. Janji berniaga dengan cara yang betul dan ikut peraturannya.


Kita semua tidak gagal, cuma kejayaan yang masih tertangguh. Sampai masanya, akan datang kejayaan itu mencari kita sendiri.


Bersama Setiausaha MOA, Puan Norison Ramli dari Putrajaya.


Terima kasih juga kepada Dato' Noraini Ahmad yang sudi memberi peluang kepada CocoDamia berkongsi sedikit sebanyak pengalaman.


Sorang lagi penceramah jemputan adalah Pak Lah.


Bersama En Raphy selaku pengarah Matrade Wilayah Selatan.


Acara wajib ni, saya dah macam artis, sana sini semua nak bergambar, kata mereka ambil aura.
Jangan diambil aura saya banyak2 sangat ya. Kesian nanti saya.
Hihihi...gurau je.
Apa2 pun happy kerana dapat juga saya memberi pandangan dan idea kepada usahawan2 yang bertanya pelbagai soalan kepada saya tentang business masing2.


Bersama Ketua Pengarah MARA, Dato' Ibrahim dari Putrajaya.


Yang bestnya tu ayah damia pula jadi VVIP. 
Siap makan bersama dengan pengarah2 dari pelbagai agensi dan dapat pula bersama2 bergambar ramai2 termasuk usahawan UmmiRiaz. 
Untungla...


Sporting lah semua..
Tak kira Dato', tak kira pengarah, tak kira pangkat..
Semua sporting bila bab bergambar kan..


Terima kasih MOA atas sijil dan token yang diberi ;-)
Syukur Alhamdulillah..


Cenderahati dari Dato'..
Saya ingatkan botol air apa lah tu..
Rupa2nya payung...haha jakun kejap saya..


Beg cenderahati dari Lembaga Nenas.

Terima kasih juga kepada semua agensi2 yang terlibat seperti MARA, SME Corp, TEKUN, Lembaga Nenas dan agensi2 lain.

Yang paling best, terima kasih juga kepada para2 peserta dan usahawan2 lain yang tak putus2 bagi macam2 kat saya (semestinya produk masing2 lah kan). Tak cukup 2 tangan saya ni. Mujur Aleesya dan Ayyunie ikut. Boleh jadi pembantu saya. Insyallah ada masa, akan saya review produk masing2 ya. Tapi saya tak janji.

Yang baik itu dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri.
Wassalam..


















Thursday, August 20, 2015

Majlis solat hajat, marhaban dan Jamuan Hari raya Pusat Bahasa Pelangi

Tarikh: 10 Ogos 2015
Masa: Bermula 8 malam
Tempat: Pusat Bahasa Pelangi, Taman Universiti

Alhamdulillah..
Syukur atas nikmat Allah..
Terima kasih atas rezeki yang tak pernah putus-putus.

Semoga semua pelajar-pelajar Pusat Bahasa Pelangi berjaya dunia dan akhirat. Begitu jua semoga para guru-guru dan staffs Pusat Bahasa Pelangi dilimpahi rahmat dan keberkatan.

Terima kasih jua atas kepercayaan ibu bapa kepada Pusat Bahasa Pelangi sejak tahun 2003 lagi. Terima kasih semua atas komitmen yang diberi selama ini.

Aaami..

Selamat Hari Raya.
Jom ceria bersama gambar-gambar dibawah ini.


Mewah makanan kami pada haritu..


Puding pelangi tu memang terbaik!


Cream Puff yang sangat2 lembut..


Kebetulan pagi tu saya baru balik dari Langkawi, so tempah satay je lah senang.


Laksa Johor yang sangat marvelous.


Pizza yang sekejap jer licin..


Buah-buahan yang melimpah ruah..


Koktail dan dadih menjadi kegemaran kanak2..


Staffs Pusat Bahasa Pelangi dan pelajar2 SPM..


Jemaah perempuan PT3


Jemaah lelaki SPM dan PT3


Jemaah lelaki UPSR


Handsome uolsss...;-)


Tengok apa tu?


Jemaah perempuan UPSR


Kebetulan sama pula warna baju both Damias dengan kakak Puteri ni..


Yang tak leh solat snap gambar ni..


Jemaah yang tak boleh solat...;-)


Owhhh pandai selfie kamu berdua ya..


Lepas solat isyak, solat hajat dan Marhaban ramai2..
Maka sesi makan pun bermula..


Confirmlah masing2 bertambah2 kan..


Yang paling cepat habis sate lah..:-)


Makan elok2 dik!


Sorang senyum, sorang terkejut..


Pilih2 mana yang nak ambil dulu..


Geng2 PT3..

Dan banyak lagi gambar2 lain..
Ada sesi photoshoot juga bersama guru2 yang lain..
Tapi handphone lain..


Last but no least..
Taraaaa...
The Master Mind of Pusat Bahasa Pelangi..


p/s: Sorry lambat updated (untuk yang berkenaan)


























Wednesday, August 19, 2015

Kaunter Pos Laju di Giant, U Mall Skudai


Kaunter Pos laju paling tenang di Malaysia saya rasa. Saya pun baru tahu tempat ni.
Kat Giant U Mall Skudai. 


Buka setiap hari dari jam 10 pagi sampai 8 malam. Kecuali waktu solat jumaat dan sabtu minggu pertama sahaja tutup. Kalau nak barang yang kita pos tu jalan haritu juga, sila pos parcel sebelum jam 6 petang setiap hari.

Bagus sangat ada kaunter pos laju yang tak berapa sibuk ni kat Giant U Mall.
Jimat masa, sambil boleh cuci2 mata.

Sekian info dari online seller CocoDamia.

p/s: Tapi rasanya lepas entry ni, tak tenang dah adik yang jaga kaunter pos laju tu. Hihi..tak pe sharing is caring kan. Kita memudahkan urusan orang lain, insyallah suatu hari nanti orang lain pula memudahkan urusan kita mahupun anak2 dan keluarga kita. Selamat pos parcel dengan tenang ya...;-)