Semalam sebelum hantar anak-anak ke sekolah, saya hantar ayah damia ke Senai Airport dahulu. Sebab boarding pass jam 12:10 tengahari maka jam 11 pagi dah keluar dari rumah, tapi sempat juga singgah 1 kedai muslim shop restok Coklat IQ, CocoDamia, dan terus menuju ke aiport.
Tak jauh dari rumah kan. Tu yang boleh singgah sana singgah sini. Lagipun ayah damia dah check in via online awal-awal.
Sampai jam 11:30 pagi di airport. Terus ayah damia ke kaunter check-in untuk pengesahan pintu gate yang ke berapa. Memang lenggang kangkung betul ayah damia. Berbekalkan sebuah laptop dan duit dalam poket sahaja pergi meeting. Lagipun balik hari kan. No need to messy-messy bawa itu ini.
Anak-anak juga sempat paw ayah diaorg minta belikan itu ini sebelum ayahnya berlepas dan sebelum mereka ke sekolah.
Semalam ayah damia ke KL atas sebab ada meeting eksport bersama FAMA. Ayyunie siap cakap lagi "caiyok caiyok ayah".. Dan Ayyunie pun hairan juga kenapa ayah pergi KL tak bawa beg baju pun. Bila saya cakap, malam nanti ayah balik JB, barulah dia faham.
Dan ada satu berita tak best berlaku semalam. Masa saya lepas ambil Ayyunie balik sekolah dari tadikanya, tiba-tiba ayah damia call dari bilik meeting, mengatakan bahawa cikgu Aleesya call suruh ambil Aleesya sebab demam disekolah. Allah.. Runsing saya dan Ayyunie memikirkan Aleesya. Cepat2 kami ke sekolahnya untuk ambil Aleesya bawa balik.
Sampai2 sahaja disekolah, Aleesya terus menitiskan airmatanya bila nampak saya. Kawan2 cinanya pun sangat caring dengannya.
Masuk2 sahaja kereta Aleesya pula dah start muntah. Mujur ada Ayyunie yang tolong jaga kakaknya. Saya pun hairan cam mana Aleesya boleh demam. Walhal pagitu elok je. Takkan demam rindu kat ayahnya kot.
Lepas dah bayar untuk ubat dan konsultansi, Aleesya dapat surat MC pula dari Doktor. Tapi Aleesya pagi ni dah sihat sikit dan dia nekad nak ke sekolah harini. Sebab harini dia masuk pertandingan membaca Poem di sekolahnya. Dah sebulan Aleesya praktis bersungguh-sungguh. Kesian pula kalau dia tak pergi. Semoga Aleesya present dengan penuh yakin dan bersemangat.
Malam tadi, lepas habis kelas saya mengajar, terus saya ke Senai Airport lagi untuk ambil ayah damia pula. Ngam-ngam saya sampai tempat parking ambil penumpang, ayah damia pun keluar dari airport. Maka happylah Aleesya yang demam dapat berjumpa dengan ayahnya.
Masalah utama kalau naik flight adalah susah nak bergerak dalam sesuatu kawasan bandar kan. So ayah damia sampai je arriving hall, dah ada ejen kereta sewa yang tunggu ayah damia nak bagi kunci kereta. Ayah damia tempah melalui online dan ada whatapps juga untuk kesahihan. Senang gitu kan. Barulah dapat bergerak dari KLIA2 ke Selayang. Nak singgah mana2 pun senang. Harga sewa adalah mengikut kadar harian. Berbanding naik teksi ke Selayang, RM150 hokeyy untuk one way. Memang parah!
Walau bagaimanapun, ayah damia lebih selesa drive sendiri dari JB-KL-JB. Jimat banyak masa katanya. Naik fligh ni penat menunggu je. Tapi semalam terpaksa juga naik flight sebab pagi semalam sepatutnya ada audit dari Jabatan Pertanian. Sehari sebelumnya cancel pula. Tu ingat tak sempat nak drive kalau ada audit. Tapi apa-apa pun, semuanya dah selesai dan berakhir.
Semoga Allah memberkati usaha kami untuk perniagaan-perniagaa kami.
P/S: Sobs! Tengah kalut dengan RP RBC ni. Sampaikan mood memasak pun hilang jauh kemana.