Thursday, January 31, 2013

Minta 2, dapat 10

Alhamdulillah.. Rezeki lagi..
Btw Ayah damia ada minta no prepaid arab saudi dengan adik dia yg bekerja di Tabung Haji. Minta 2 nombor jer, sekali dapat 10.. Memang Rezeki lah kan..

So saya memang niat nak sedekah jer sesiapa yg memerlukan no prepaid arab saudi ni.. Dah beberapa rakan FB pm alamat.. Insyallah esok saya pos ya..

Ada lagi balance 2 prepaid arab ni.. Sesiapa yg betul2 nak boleh lah pm saya atau email saya zamzarina99@yahoo.com. Esok sahaja last penghantaran no prepaid ni via pos biasa.

Alhamdulillah, rezeki yang lebih harus lah dikongsi bersama kan.. Credit to my adik ipar, Fadillah Muhammad sebab sudi carikan no prepaid ni kat tabung haji..:))



Flight KB-JB delay

Currently kat Senai Airport.. Menunggu ketibaan tok ma dan tok ayah serta cousin both Damias, Wawa...

Dalam tiket tulis dijangka tiba jam 8:30 pagi.... Pastu tadi delay 9:30 pagi pula... The latest delay sampai 10 pagi pulak.. Aiyakkk...

Dah lah Aleesya kena tinggal ngan Cik Jah dia kat rumah sebab 2-2 tak bangun lagi.. Hopefully Aleesya ok...

Ok lah keluar dulu cari sarapan lah camtu sementara tunggu tok ma ngan tok ayah sampai...





Wednesday, January 30, 2013

Honeymoon & Babymoon di Tanjung Sutera Resort

Cuti Maulidur Rasul pada 24hb Jan yang lepas, saya dan keluarga sempat bercuti ke Tanjung Sutera Resort. Ni memang perancangan awal nak bawa anak-anak bercuti disini sebab kalau boleh seminggu sebelum saya berlepas menunaikan umrah, saya dan suami betul2 nak habiskan masa yang berharga dengan anak-anak supaya mereka akan sentiasa ingat pada kami walaupun berjauhan dari mata.

Hurmmm, ramai pula yang bertanya kepada saya dimanakah tempat yang cantik ini ya. Ada yang meneka2 di Terengganu kerana nama "Sutera" tu, ada yang meneka2 di pulau kerana suasana yang amat tenang dan saya sendiri menganggap yang percutian disini umpama bercuti di Bali..:))
Sebab tu lah masa saya otw ke sini saya buat entry "Bali aku datang"...hihi

Btw saya tahu tempat ni masa saya tgh survey tempat2 nak bercuti kat Johor via Google... sekali ntah macam mana pula tetiba saya nampak dalam google image swimming pool yang sangat cantik dan atas bukit..terus saya klik link tu dan terjumpalah website Tanjung Sutera Resort ni...begitulah ceritanya bagaimana saya boleh bercuti ke tempat yang tak ramai orang tahu ni...

Tanjung Sutera Resort ni terletak di Sedili Besar. Kalau Sedili Kecil saya dah biasa pergi dan stay resort kat situ..Tapi Sedili Besar ni last sekali saya pergi masa tahun 2004 kot sebelum kahwin ngan ayah damia. Pergi sana ngan kawan-kawan semata2 nak memancing. Dan kini tak sangka dah maju dah Sedili Besar ni. Dulu2 sebelum jambatan siap, kami pergi naik bot tau!!! Ni dah ada jambatan senang ler nak ke sini.

Sehari sebelum saya pergi, saya call Resort...bizi jer linenya... So saya call owner dia terus.. wahhh baik sungguh layanannya dalam telefon. Masa tu owner resort bagitau yang semua bilik PENUH sebab ada team building dari sekolah Singapore seramai 420 orang. Yang tinggal hanyalah bilik atas pond sahaja. Bilik hillview pun dah ada org duduk. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, saya terus ON bilik atas pond tu...sebab target saya memang nak bilik tu atau bilik Hillview...oh ya Harga bilik semata2 tak ada breakfast bagai atau macam hotel lain adalah RM200...ok lah utk bawa anak2 bersantai kan...:))

Ok, check it out the photos!!!!


Swimming pool ni best betullll..
Sebab betul2 atas bukit..
Bawah tu pantai..
Betul2 depan receiptionist counter..
Teruja memula tgk swimming pool ni..


Yang paling teruja tgk biliknya...
Taraaaaa...
Memang suasana honeymoon lah senang cakap..
Bilik unik diperbuat dari mengkuang..
Pastu katil pula diperbuat dari buluh..
Siap ada kelambu youuu..
Bak kata ayah damia..
Macam suasana malam pertama kat kampung2...muahahaha..
Kata honeymoon kan..:)))


Toilet pun macam kampung-kampung..
Simple tapi cukuplah semua..


Wahhhh dah macam dalam filem ombak rindu rasanya suasana dalam bilik ni..
Sekeliling bilik penuh tingkap kaca..
No worries, org luar takkan nampak kita sebab cermin tinted..
Tapi malam2 hati2...hihi


Kami sampai dalam jam 2 petang..
So bunga teratai semua malu2 nak mengembang...
Best2 sebab dari dalam bilik boleh nampak suasana tasik..


Serius sangat best..chalet ni atas tasik jadi kadang2 boleh nampak gak burung2 terbang menangkap ikan2 kecil dalam tasik ni..


Pastu kami makan tengahari sementara si ayah memancing kat Gazebo sebelah chalet kami..
Waaa...kalau nak tahu kebetulan memang tak ada org lain yang bercuti kat situ..
Hanya kami dan pelajar2 yang datang team building sahaja..
Tapi diaorg punya aktiviti dan khemah kat depan..
Langsung tak datang belakang ni..
So, resort ni dah macam kami yang punya...hihi


Parking kereta pun depan bilik..
So sangat senanglah nak ambil apa2..


Unik kan chaletnya..
Dibuat dari batu bata tanpa finishing..tapi yang tu toilet..
Bumbung pula dibuat dari tikar mengkuang..


Dinding2 lain semua dibuat dari tikar mengkuang..


Ada chalet-chalet2 lain juga kat depan chalet yang kami duduk tu..


Lepas asar kami keluar kejap ke jeti cari minum petang..
Wahhh ramai betul yang jual kepok lekor dan pisang goreng..
Kami beli sedikit utk buat bekalan minum petang..
Lepas tu terus ke pool ni utk bermain air..


Suasana depan bilik chalet saya lagi..


Memanng puas lah kami anak-beranak main air..
Sebab tak ada org lain kat chalet tu..
Students2 tu semua sibuk ikuti program diaorg..
So memang abaikan..
Ini swimming pool aku yg punya...muahahahah


Pemandangan dari atas kat swimming pool tu..
Tu ada hillview punya chalet..


Zoom in hillview punya chalet..


Tapi hati2 tau main pool kat sini..
Sebab kedalamannya bermula 3ft..
So Aleesya berdiri ngam2 sampai lehernya..
Ayyunie kena jinjing sikit baru tak kena hidungnya..
Paling dalam 7ft..
Huhuhu...hampir2 lemas saya dibuatnya..
Betulll!!! tak tipu...saya senagaja cari nahas main kat situ..
Lepas tu tetiba saya asyik dok tenggelam..
Baru tahu rupa2nya kaki saya tak sampai nak jejak lantai pool tu..
Nasib baik ayah damia perasan yang saya terkapai2 kat situ..


Ada gazebo tinggi yang boleh kita tgk suasana sekeliling kat situ..


Zoom dari atas gazebo tu..


Zoom bilik saya dari atas gazebo yg tinggi tu..
Nampak tak yg saya buat anak panah tu?? Tu lah chalet saya..


Selftimer amik gambar ni..
Ayah damia setting siap2 smart camera tu 10 saat, pastu cepat2 terjun ke dalam pool..
Hahaha...dapatlah kenangan dalam pool seisi keluarga....:))


Ni zoom 18x dari smart camera saya..
Dari angle yang sama atas gazebo yang gambar tunjuk anak panah tu..
Wahhh, berbaloi2 beli smart camera..
Dapat zoom in gambar jauh2..


Opsss nak tunjuk kasut baru...:))


Malamnya lepas isyak, temankan ayah damia pergi memancing kat jeti Sedili Besar..
Adalah beberapa org pakcik memancing juga..


Tak lama pun kat sini..dalam sejam setengah jer..
Dapatlah ikan gelama seekor...hihi..
Pastu saya pula dapat MULONG...
Huaaa, menjerit2 saya lepaskan kail kat situ juga..
Sebab MULONG tu macam ular, tapi belitnya ligat betul..
Last2 MULONG tu terlepas sendiri..


Ni keesokkan paginya...
Hohohoho...sejuk bangat weiii..
Aleesya yang tidur sorang2 pun bangun berjalan datang menyelit tidur kat katil ibu dan ayah..
Mana tak sejuk??? Suasana kampung...pastu dinding mengkuang...angin sepoi2 senang jer masuk dalam bilik..Ayyunie memang biasa tidur tak berselimut walaupun dalam air-cond..


Bunga teratai kembang segar di waktu pagi..


Pagi2 ayah damia keluar cari sarapan kat jeti..
Majotiri org kelantan yang jual makanan..
Makanan pun makanan kelantan macam nasi kerabu, nasi dagang, nasi minyak dan lain2..
Tu Ayyunie baru lepas mandi makan nasi dagang sambil layan DVD..
DVD Player tu baru beli hari yg sama ngan saya beli smart camera..
Nak layan Ipad coverage internet slow sangat..
Lagipun saya beli DVD tu hadiah utk Aleesya..


Sebelum balik singgah amik2 gambar dan posing2 dulu..
Tu ramai pula group students yang ambil gambar kat port ni..
So, saya cancel amik gambar kat sini..


Ambil gambar kat port lain..
Bolehlah buat kenangan kan..:))


Guna apps dalam smart camera..
Masa ni singgah kedai car wash basuh kereta..
Sambil2 tu minum kat kedai kopi bersebelahan..


Me and myself..
Guna apps dalam smart camera juga...
Berbaloi2 beli smart camera sebab kecil, ringan dan senang upload via FB..
Kalau senang upload direct terus ke blog pun lagi saya suka...hihi

Ok, sampai disini sahaja kisah percutian saya dan keluarga ke Tanjung Sutera Resort..
Alhamdulillah, Syukur dengan nikmat ALLAH bagi kesihatan serta rezeki utk bersama2 keluarga saya disini.
Ada masa dan rezeki, kami datang lagi...:))

p/s: Terima kasih sudi baca kisah percutian saya yang panjang lebar ni...kalau tak, basilah gambar2 dalam draft tu..ok nak hantar both Damias pergi school dulu...pastu nak ke hulu hilir lagi...




NOTA KAKI:
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Tuesday, January 29, 2013

Member lama request makan ikan siakap

Phewww, penat....
Baru balik dari ambil salinan passport. Pastu gi Services Centre U Mobile nun jauh disana utk roaming no phone. Pastu gi tempah catering utk solat hajat pula. Pastu gi ambil gambar pula. Pastu gi hantar adik2 ipar nak tgk wayang pulak. Dan pastu tup tap tup tap...baru masuk office ni...

Ok lah back to topic...kebetulan satu member lama zaman sekolah menengah nak datang rumah nak borong produk Johnsons..Dah 5 tahun dia duduk kat JB ni...tapi setiap kali dia nak datang rumah atau nak jumpa mana2, ada jer kesulitan nak berjumpa. 

Kalau nak kirakan, ahad lepas kul 2 ada kursus Umrah...tapi sebab asyik delay2 jer nak jumpa, so suruh jer lah dia datang makan tengahari kat rumah cuma awal sikit dalam kul 11 gitu. Sekali kul 12 tengahari jugak sampainya member ni..

Yang tak tahan tu siap request makan siakap stim lagi...haha..sabar je lah mung che brahim weiii...ok lah ok lah...since dah lama giler tak jumpa member lama ni, gigihkan diri gi pasar mini naik motor ngan ayah damia kat depan perumahan tu. Kebetulan adik2 ipar pun baru sampai pagi tu. Eh sejak bila saya ada moto?? Moto tu baru ambil sabtu malam lepas. Ayah damia sewa ngan kawan dia sepanjang kami gi Umrah nanti sebab senang Ayah mertua nak gi surau kat depan tu dan gi beli barang2 runcit. Tak pun adik2 ipar leh bawa both Damias ronda2 kat taman petang2 kan...



Ikan siakap yang dah siap siang dan belah belakang..
Balik rumah just cuci jer bersih2..


Lepas lumur tepung, garam dan kunyit..
Apa lagi rendam ah dalam kuali kan...


Menu hari tu, sup ayam, siakap 3 rasa dan udang goreng bersama sayur..
Simple jer sebab lepas Zohor nak gi kursus lagi..
Kesian member lama saya ni..
Duduk kat JB ni sorang2 sebab isterinya sambung belajar kat Kelantan.
Anak2 pun sama tinggal ngan atuk nenek kat Kelantan..
Nasib PJJ kan..
Tak pe che brahim weeeiii...ada hikmah semua tu berlaku...
Tq for coming ngan borong produk Johnsons tu deh!!!

p/s: Last sekali kami jumpa masa saya kahwin tahun 2004. Masa tu tak ramai lagi member2 sekolah saya yang berkahwin. So best2 masa tu gather ramai2 kat perkahwinan saya..

Monday, January 28, 2013

Rezeki hadir tepat waktunya || Allah Maha Mengetahui




Alhamdulillah..
Hasil dari tulis blog entry daripada client "True Harmony"
Jujurnya saya tak berapa ingat dah pasal payment utk client ni..
Walaupun bayaran yang dijanjikan cecah ratusan ringgit juga...
Sebab banyak lagi perkara2 penting yang nak fikir kan..

Tapi harini tiba2 dapat email dari person incharge aritu..
Minta details akaun bank..
Rezeki hadir tepat masanya.
Sebab lately saya banyak sungguh nak guna duit..
Hari2 macam air jer keluar duit...so boleh lah ganti balik duit2 yang telah dikeluarkan..:))

Terima kasih ALLAH.. Sesungguhnya aku begitu YAKIN dengan rezekiMU Ya Allah!!!

p/s: Beberapa hari jer lagi nak ke SANA...so masa utk buat persiapan akhir...semestinya WANG juga merupakan salah satu persiapan UTAMA utk ditinggalkan kepada ahli keluarga di sini...






NOTA KAKI:
::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Weekends yang sibuk || first time makan Sup Ekor Goreng kaw kaw pedas

Sabtu dan ahad yang bizi. Bermula pagi sabtu, helper datang mengemas rumah dan baju2 semua dari jam 9 pagi hingga 7 malam. Btw kalau org tempatan saya lebih selesa panggil helper atau pembantu. Helper indonesia baru saya panggil bibik.. Hihi.. Btw kadang si kecik Ayyunie tu terlepas jua panggil my helper 'bibik'!!! :))

Dah jam 7 malam hantar my helper balik. Lepas tu terus singgah Giant Umall solat dan shopping sedikit barang2 keperluan. Lebih kurang jam 9 malam lebih, kami makan kat Restoran Singgah selalu kat situ juga. Senang sekaliharung semua kat situ.

Both Damias macam biasa kalau datang sini tak habis2 ngan chicken chopnya. Kami suami isteri pula makan Sup ekor goreng dan sotong goreng butter.. Wowww memang betul2 menyelerakan dan sedap..

Ok lah layan gambar2 di bawah ya..:))

P/s: Ahad pun sama bizi ke hulu hilir berdua. Sempat lagi kami dating makan berdua sebab lepas kursus sebab yeayyyy pakcik ngan makcik both Damias dah datang!!!













Saturday, January 26, 2013

Makanan eksotik || Restoran Haji Daud Kota Tinggi

Masa otw kami bercuti ke Tanjung Sutera Resort khamis aritu, singgah kejap di Kota Tinggi utk lunch. Ayah damia sempat lagi tu driving sambil google kat mana makan lunch best area kota tinggi ni. Rata2 yang buat entry tulis Restoran Haji Daud (RHD) ni best.

RHD ni betul2 depan KFC Kota Tinggi. Ok lah kami pun singgah. Kebetulan makan waktu lunch, ramai betul orang. Rata2 pakai baju melayu sebab may be baru balik dari sambutan Maulidur Rasul.

Oh ya, kenapa ramai yang tulis sini banyak makanan eksotik??? Memang betul pun sini banyak pilihan makanan2 tengahari yg jarang saya jumpa. Antaranya belangkas, siput gonggong, pepahat, ikan air tawar dan udang galah yang besar2 saiznya. Agaknya saiz XXXXL kot.. Hihi..

Saya memang susah nak makan makanan eksotik ni sebab takut perut meragam dan tekak tak leh terima. Tapi tak cuba tak tahu kan..

Ok lah ni 2 gambar yang sempat saya snap masa tgh org2 ramai tu. Sesiapa yg nak cuba makanan eksotik ni bolehlah singgah kat RHD Kota Tinggi ya..:))





Friday, January 25, 2013

PreLoved Fareeda to let go ||

Saya dah lama nak buat preloved selendang-selendang Fareeda ni..
Since saya pun sekarang kurang pakai selendang Fareeda ni, daripada dok tergantung kat bilik laundry, rasanya baik saya jual murah2 kan..Condition still ok..Lagipun saya pun cerewet juga orgnya bab2 penjagaan pakaian ni..So no worries..sesiapa yang betul2 berminat, bolehlah sms atau whatapps saya tudung mana yang berkenan...nanti saya akan bagi details pasal tudung tu. Dan harga no worries, memang bawah RM100 pun..kecuali yang hijau tu...kan saya kata nak jual murah2 jer..hihi..apa2 just sms/whatapps atau pm ke FB saya jer ya...tq in advanced..


Available


Available


Sold with thanks..


Sold with thanks..


Sold with thanks..


Available


Available..


Available..


Dah ada orang bayar deposit!!!



SMS/WHATAPPS KE 012-7560896

TQ IN ADVANCE..:))




NOTA KAKI:
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::