Tuesday, December 31, 2013

Selesai sudah orientasi Darjah 1 dan Delizio Pizza Lagi




Alhamdulillah..
Selesai sudah Orientasi, taklimat dan Exam tahun 1 untuk Damia Aleesya.
Bangun jam 6:30 pagi tadi, sarapan siap2 kat rumah terus ke Sekolah..
45 minit-1 jam juga lah dari rumah nak ke sekolah Aleesya..

Aleesya punyalah excited, pagi tadi jam 1 pagi kejutkan ayahnya tanya bila nak gi sekolah..
Hahaha, ayahnya cakap..tidur dulu..lambat lagi nak ke sekolah..
Jam 6 pagi sebelum alarm HP bunyi lagi Aleesya dah bangun..
Memang excited sungguh ni..

Perghhh...tak pernah2 Aleesya tidur tengahari tau..
Penat macam mana pun memang jarang2 sangat dia akan tidur nak2 pula dalam kereta..
Kecuali kalau long journey..
Tapi harini penat sampai tertidur hah!!
Gaya tidur dah macam penat jalan kaki ke sekolah jer kekdahnya..
Hihi...tak pe..esok dah start kelas petang..
Hari ini je orientasi start pagi..


Balik jer dari sekolah, tanya Aleesya nak makan apa?
Dia jawab Pizza Macam Haritu..
Means Delizio Pizza lah tu..entry semalam yang saya buat tu..
Tengahari boleh tahan ramai orangnya..
Aritu pergi lepas maghrib tak ramai sangat..
Alhamdulillah, harini ambil set besar punya pizza.
Ater kata pizzanya lembut dan sedap kan..
Hihi



Monday, December 30, 2013

Delizio Pizza Siapa Punya???


Jom cuba makan kat Restoran Baru..
Restoran Delizio Pizza..
Mula2 ingatkan Deliziq Pizza..
Sebab nampak kat buku Menu huruf Q..rupanya huruf O lah..

Not bad harganya..
Rasanya pun sedap..
Pizza rotinya sangat lembut..
Kalau ditanya mana sedap Pizza Hut dengan Delizio Pizza..
Dah setanding rasanya..
Siapa kata produk bumiputera tidak boleh berdaya saing kan?
Belum cuba belum tahu..


Aneka pizza yang ada..
Harga pun lebih kurang Pizza Hut dah..
Ada juga banyak side dishes..
Semalam saya order set pizza siap mushroom soup dan garlic bread.
Lepas tu add on tempura nuggets dan tempura prawn..
Memang best makan panas2..rangup!


Yang paling saya tak sangka sekali tu hah, rupa2nya yang buka restoran tu adalah ibu kepada students form 5 saya tahun ni..haha..patutlah saya macam kenal jer akak yang duduk baca Harian Metro tu...tapi sebab akak tu tak daftar ngan saya masa tuisyen anaknya haritu...tu yang saya cam tak cam jer..Alhamdulillah bertambah lagi usahawan Bumiputera yang mampu berdaya saing dengan produk yang terkenal...kepada sesiapa yang nak cuba makan Delizio Pizza ni, bolehlah ke Dangan Bay ya. Restoran ni dekat betul dengan Tune Hotel tu.

p/s: Saya ke sini pun sebab Dr. Azizan Osman yang promote Restoran ni masa Seminar Usahawan 2014 semalam. Kalau tak memang tak perasan. Hujung minggu kalau tak join mana2 events atau karnival, memang padat dengan seminar dan kursus pula.

p/s: Owner Restoran Sekinchan Ikan Bakar yang betul2 depan Tune Hotel tu pula adalah kepunyaan Bapa students saya juga. Tahniah Faris dapat 5A UPSR haritu. 

Sunday, December 29, 2013

How I Plan to Spend my Life with You!


This is my life story!

Fasa 1- Mula2 kenal di UTM
Fasa 2- Kemudian sama2 Grad
Fasa 3- Hampir 1 tahun buat business bersama, kami membina masjid
Fasa 4- Kami dikurniakan cahayamata yang comel dan sempurna daripadaNya
Fasa 5- Anak-anak makin besar. 2 hari lagi yang sulung dah nak masuk darjah 1 dah
Fasa 6- Semestinya suatu hari nanti anak2 makin dewasa dan akan memilih hala tuju masing2. Walaupun sukar menerima hakikat, itu yang pasti.
Fasa 7- Belum sampai fasa ni lagi. Tapi setiap kali dalam doa, sentiasa minta dengan Allah supaya kasih sayang kami suami isteri kekal ke Jannah. Dan masa fasa inilah hidup kita akan kembali sunyi tanpa anak-anak.

Dan semestinya fasa paling terakhir adalah fasa yang setiap daripada kita pasti akan alaminya mengikut perhitungan masing-masing. Semoga kita semua nenjadi ahli Syurga. Terima kasih Ya Allah.

P/s: Ada orang alami sampai fasa ke 2 sahaja, ada yang alami sampai fasa ke 3 sahaja dan ada yang alami sampai fasa ke 5 sahaja. Semua itu adalah Qada' dan Qadar daripadaNya. Bersyukurlah..

Saturday, December 28, 2013

Kirim orang belikan buku sekolah Aleesya..

Ahad lepas (22/12) adalah hari sepatutnya pembelian buku darjah 1 di Sekolah Aleesya. Memandangkan kami berada di Shah Alam, terpaksalah kami meminta tolong daripada orang untuk membeli buku2 Aleesya. 

Kenapa terpaksa? Sebab 2 hari sebelum kami bertolak ke Shah Alam, dah try call pihak sekolah Aleesya kalau tak boleh datang hari ahad tu beli buku, bila pula kami boleh datang beli buku? Kerani sekolah jawab naik sekolah nanti baru boleh beli buku balik. Alamak, lamanya.. Takut buku tak cukup, baju pendidikan jasmani tak ada saiz dan macam2 lagi persoalan yang terpacul di fikiran kami.

So punya lah fikir punya lah fikir nak minta tolong siapa ya belikan buku, finally Allah bagi petunjuk minta tolong ibu rakan sekelas Aleesya masa tadika tolong belikan. Ya lah.. Ramai2 kawan Aleesya masa tadika, tak ramai budak melayu. Ada budak melayu pula, darjah 1 bukannya sama sekolah dengan Aleesya. Nasib baik teringat kat ibu kawan Aleesya ni. Kebetulan dia juga duduk sama kawasan perumahan dengan kami tapi jalan lain.


Hah nasib baik suruh orang tolong belikan buku, kalau tak memang tak tahulah ada pertukaran tarikh sesi suaikenal kat sekolah Aleesya nanti. Patutnya 1/1/2004. Tapi diawalkan sehari pula.


Alhamdulillah, dah siap balut semua buku2 kerja Aleesya. Alaa.. Guna instant punya pembalut. Tak macam saya dulu2.. Siap gunting dan seletip bagai buat pembalut buku sendiri. Senget benget pulak tu.. Hihi..


Nama sekolah Aleesya..


Siap ada buku peringatan murid!


Isi kandungan buku peringatan murid.


Buku rekod bacaan pun ada.


Isi kandungan buku rekod bacaan.


Siap dapat whiteboard kecil, marker pen dan duster lagi. Adalah tu aktiviti dia kan. 

Semoga Damia Aleesya menjadi anak yang rajin berusaha, tidak takut bertanya dan mudah mengingat dan menghafal ilmu2 semasa disekolah rendah nanti. Ibu tahu sekolah cina ni amatlah struggle. Tapi ibu percaya, dengan doa, usaha dan istiqamah, tiada apa yang mustahil utk mencapai kejayaan. Amin..







Friday, December 27, 2013

Boleh ke bercuti atas Kapal Persiaran?



Soalan: 
Saya ingin bertanya. Bolehkah kita umat islam melancong dalam kapal persiaran walaupun di dalam kapal tersebut ada kasino, bar dan juga disko?

Jawapan:
Jika anda tidak menghadiri tempat-tempat maksiat ini, maka tidak haram anda berada di kapal persiaran tersebut. Hukum ini sama dengan menaiki kapal terbang yang didalamnya terdapat hidangan arak bagi penumpang bukan islam. Selagi mana saudara tidak meminun arak itu, maka tiada larangan untuk menaiki kapal tersebut.

Sumber: Majalah Al-Ustaz, Isu no 20.


Wahhh best juga kan sambil honeymoon sambil menghadiri seminar atas kapal ni. Stail melancong bersyariat gitu kan! 

P/s: Jumaat terakhir dalam tahun 2013. Dan juga jumaat terakhir bagi orang kerajaan bekerja di Johor. Lepas ni hujung minggu bagi warga Johor adalah hari jumaat dan sabtu!









Thursday, December 26, 2013

Cupcakes comel!!!


Terima kasih kepada ex-jiran saya..
Sanggup ting tong ting tong rumah utk bertanya khabar dan bagi cupcake comel ni..

Btw ex-jiran saya ni dah berpindah semula ke Perak sejak dia dah habis belajar PHD kat UTM..
Kebetulan dia datang nak hantar thesis yang telah dibuat correction utk lecturer dia, tu alang2 dia singgah ke Taman Perumahan saya berjumpa dengan jiran2 lama..

Bukan setakat comel cupcakes tu, malah sedap sebab kek dalamnya tu ada 2 perasa. Yang paling best yang blueberries tu lah.. Yummy.. Dah lama tak makan cupcake.. Hihi

P/s: Nak gi Larkin hantar stok utk dealer dan sekaligus ada kelas coaching cocodamia. Alhamdulillah.. syukur atas rezeki  Allah kepada CocoDamia.. Hari-hari bersyukur kepadaNya tanda kita berkomunikasi dengan Allah..:)

Wednesday, December 25, 2013

Dulu dia mengajar kami.....


.....Dan beberapa tahun yang lepas, kami pula mengajar anak-anaknya.. Alhamdulillah.. Kini semua dah berjaya di alam universiti masing-masing.

Tahniah Dr. Latif dan isteri dapat menantu baru. Menantu yang ke tiga. Dr seorang yang sangat humble. Sanggup datang ke office kami menjemput sendiri (lama tak datang office kami setelah anak2nya semua masuk U). Dari zaman belajar lagi Dr memang seorang yang sangat2 humble. Terima kasih juga Dr. Sebab support CocoDamia.


Ngam-ngam sampai Dewan alumni UTM tadi lepas habis kelas, kami disambut dengan paluan kompang.


Katering dari Mak Jah Cafe.. Hihi.. Katering pilihan kami sekeluarga tu.
Sebab tu kalau makan2 utk event kami selalunya katering dari Mak Jah Cafe..:))


Terima kasih Ayyunie sebab rajin betul snap gambar2 ibu, ayah dan kakak. Dia sibuk snap sana snap sini.


Bergambar kenangan dengan pengantin. 
Next tunggu ex-student saya yang berdiri tu pula ya. Dah last semester kan.. Hihi.. Cikgu tunggu tau!

P/s: Tetiba terbayangkan pabila both Damias dah besar esok2, dah kahwin, dah ada family sendiri.. Tinggallah kami suami isteri jer kat rumah kan... Begitulah lumrah kehidupan..




Tips nak kurus paling mudah!

Mana-mana perempuan pun takut kalau orang cakap dia gemuk kan? Tak ketinggalan juga saya. Sabtu lepas saya gi scan keseimbangan badan saya masa di Halal Fest 2013 Selangor oleh Herbalife..scan ni best sebab kita boleh tahu secara kasar kondisi dalaman badan kita. Contohnya peratusan air dalam badan kita. Huhu.. Peratus air dalam badan saya hanya 40% sahaja. Tapi memang tak dinafikan bahawa saya memang susah sangat nak minum air masak.

Dan seperti yang dijangka, berat badan saya turut menghampiri ke tahap gemuk!!! Kalau BMI tu tinggal 1 angka lagi nak mencapai tahap gemuk. Huhu.. Ideal memang ideal tapi ideal yang dah hujung2. Walaupun hari-hari asyik ingat nak diet, diet, diet.. Tapi kalau time makan, dah tak ingat semua tu!!!

Sampaikan suami saya turut cakap "sayang dah gemuk lah"! Sob sob sob..


Hari ahad lepas, tiba2 nampak chef zam meluru ke booth CocoDamia. Masa tu staff saya sibuk melayam customer. Suami saya pula kesian, dia mana kenal sangat artis2 dan celebriti. Buat Donno jer dia nampak Chef Zam tau. Saya pula bila nampak Chef Zam, terus say hi kepadanya dan bertanyakan tip-tip nak kurus macam dia. Haha.. Dan dan kan tanya..

Dia jawab senang jer nak kurus.. 
JANGAN MAKAN APA-APA!!!
Haha.. Bertuah punya jawapan kan..


Kesempatan yang ada, apa lagi bergambar beramai-ramai lah kan. Hamboi-hamboi Ayyunie.. Bukan main lagi posing kan. Mengalahkan Chef Zam tau posing ni. Tapi serius lah, Chef Zam sangat happening dan peramah. Tak sombong pun. Borak2 macam kawan je.


Ayyunie panggil Chef Zam "orang putih" youuu...tapi memang putih melepak tau! Bukan main manja lagi Ayyunie dengan Chef Zam. Siap pegang2 tangan lagi. Eh tapi sekali tgk cara senyum Chef Zam san Ayyunie nak samalah.. Hihihi..


Ok lah ni ada sedikit tips cara nak kurus dengan mudah. Sharing is caring..
Dream big, start small..
Janji kita mulakan..
Biar sikit, asalkan istiqamah kan..
Peringatan utk saya ni..
Go go go girls!!! Kita semua boleh kurus!!!

p/s: Tadi on the way nak gi office jalan lenggang jer..Patutlah...cuti rupanya harini..hihi..Staff-staff saya semua tak cuti harini. Office buka macam biasa ya..Selamat Hari Natal kepada semua yang menyambutnya..

Tuesday, December 24, 2013

Dapat cek kemenangan contest!


Hampir terlupa last week ada sampai cek dari Johnson's Baby Cooling Gel Lotion..Alhamdulillah.. Contest yang betul2 saya send and forget ni. Hantar form bersama POP. Ada 100 winners kalau tak silap. Tapi andainya ada rezeki utk kita, menang jua ya tak? Alhamdulillah.. Dapatlah cash RM100. Bolehlah top up buat beli abaya idaman. Hihi.. Terima kasih Ya Allah..

Menang Dettol Star Mum!!!

 ALHAMDULILLAH..
Tahun ni kurang aktif join contest sebab kekangan masa..
Tak macam tahun 2012, yang mana rezeki join contest yang sangat memberangsangkan..
Apa pun semua tu daripadaNya kan, kita cuma berusaha sahaja..
Aturannya dah cantik. Tahun ni sibuk dengan CocoDamia pula..
Tapi sekali sekala join contest, lepas tu menang pula dengan IzinNYA, memang sangat teruja kan!!!


Alhamdulillah..Menang!!! Yeayy..
Last minute join..
Ingat lagi sehari sebelum ke Karnival kat Kluang dan SDSI Melaka, sempat lagi melontarkan pendapat yang bertajuk " memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan anak-anak". Kemudian dapat email mengatakan yang saya terpilih sebagai finalis dan kemudian kena buat slogan pula. Dan finally pihak Dettol call mengesahkan bahawa saya adalah pemenang mingguan. Dan saya juga dikehendaki menghantar gambar bersama anak-anak kepada pihak Dettol. Hah tu lah gambar kat atas tu. Btw saya hantar 3 keping gambar kalau tak silap. Tapi gambar kat USS juga menjadi pilihan. 

Tunggu Prize Giving Ceremony yang akan diadakan pada January 2014 kalau tak silap.
Haishhhh, kena save the date awal-awal.
Al-maklum ler sebab bermula tahun depan, cuti Mingguan Johor adalah hari jumaat dan sabtu. Sure banyak yang kena adjustkan.
Semoga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga. Aminnn




Nota Kaki:
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, December 23, 2013

Restoran Upin Ipin, Seksyen 7 Shah Alam


Dah lama tahu kewujudan Restoran Upin Ipin ni, tapi tak pernah singgah. So kesempatan alang-alang berada di Shah Alam selama 3 hari, saya ambil kesempatan bawa anak-anak makan di Restoran kegemaran budak-budak ni.


Menu Upin Ipin. Nama menu pun macam dalam cerita upin ipin. Kopi tok dalang, nasi goreng atok, ayam goreng upin ipin dan lain-lain. Banyak jugalah menu pilihan. Yang western pun ada.


Nama pun restoran Upin Ipin. Semestinya dekorasi dinding penuh dengan watak-watak upin ipin.


Karakter-karakter dalam cerita Upin Ipin.


Hah ni lagi satu, saya perhati budak-budak yang datang makan kat sini macam patung dah rasanya. Masing-masing ralit dengan cerita upin ipin yang ntah berapa kali dah ulang tayang samada kat TV atau DVD. Haha.. Suap apa pun kat anak masing2 semua buka mulut je. Ni kalau makan kat disini sampai 3-4 jam pun boleh kan..:)


Menu saya share dengan ayah damia. Meehoon Soto. Alhamdulillah, sedap. Portion dan lauk2 dalam tu pun bukan main banyak lagi.


Bubur nasi. Both Damias kongsi. Sedap juga. Ada rasa lah kata orang.


Mmmmmm.. Yeayy ayam goreng dah sampai. Sedap sedap sedap. 


Tu dia, bukan main teruja lagi makan ayam goreng upin ipin. Alhamdulillah.. Habis sampai ke tulang budak2 ni makan. Siap tapaukan ayam goreng upin ipin lagi utk staffs yang jaga booth CocoDamia. Diaorg pun teruja juga!! Haha..

P/s: Harga bagi saya sangat berbaloi. Tak mahal tak murah. Makanan pun sedap2. Ada rasa, portion pun banyak boleh share. Tapi satu yang tak berapa suka.. Kena tunggu lama sangat. Tapi oklah sebab makanan tidak menghampakan.











Saturday, December 21, 2013

Addicted to Abaya!


Cer bagi suggestion, warna mana satu lagi cantik?

Warna jeans tu atau warna peach tu?

Yang bestnya kat "Halal Fest 2013 Selangor" ni, ramai usahawan yang jual jubah, baju muslimah dan tudung yang menepati syariat. Alhamdulillah.. Bertambah2 koleksi abaya dan shawl saya..:). Saya kadang2 memang addicted pakai abaya. But sometimes still pakai yang biasa2 kalau keluar outing. Hopefully lepas ni berkekalan pakai abaya je walaupun sometimes tahu ia mungkin tak proper attire utk casual atau outing.

Nanti bagi suggestion ya yang mana cun!! Tq for uols punya sugestion!


Yang free2 boleh lah datang ke sini ya. Banyak acara2 yang menarik ni. Sambil bekerja sambil menambah ilmu didada gitu berkampung disini. Kadang2 terbayang2 suasana kat Mekah dan Madinah. Allahuakbar..

P/s: Aku yang masih belum sempurna! Banyak yang perlu belajar dan hijrah!

Updated: Dah selamat beli yang warna peach!!! Alhamdulillah.. Tq yang bagi cadangan2 kat FB dan Insatgram.. Hihi



Friday, December 20, 2013

4:45 pagi - 20 Disember 2013 - Halal Fest 2013 Selangor


Doa Dalam Perjalanan:


Temui kami di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz di Shah Alam sempena  "Halal Fest 2013 Selangor". Yang nak jadi agen/pengedar/stokis dialu-alukan. Coaching akan dibuat di Shah Alam. Insyallah jom sama2 kita menambah nilai kepada orang ramai disamping menjana pendapatan sampingan.


Jumpa disana ya!
Sebarang pertanyaan boleh hubungi 0127507659..



Wednesday, December 18, 2013

Petrosains, Playsmart Johor Bahru..

Cerita hujung minggu yang lepas..
Hari Sabtu lepas saya ada kursus seharian di Pontian.. So memang tak kemana lah kan.. 
Seminggu sebelum tu pula ayah damia yang ada kursus di Mardi... 
So pendek kata kalau tak ada event atau karnival pun, tetap mem"busy"kan diri menghadiri kursus2 yang dianjurkan demi memantapkan lagi ilmu didada.

Ok, hari ahad pula kesian juga tgk both Damias kat rumah.. Walaupun mereka tidaklah meminta utk dibawa kemana-mana, (tipuuuu.. Ayyunie asyik tanya bila nak gi hotel.. Hihi) tetapi sebagai ibu dan ayah mana sanggup tgk anak2 tak dibawa ke mana2 kan..

Lepas Zohor kami keluar makan kat Galleria di Plaza Kotaraya.. Then terus ke Petrosains Playsmart yang terletak di jalan Yahya Awal berhadapan dengan menara TNB.


Kami sampai dalam jam 4 petang. Tutup pukul 6 ya kalau hari ahad. Wahhh sampai2 tgk ramai orang dalam petrosains tu.


Both Damias yang teruja tgk macam2 ada dalam tu.


Disebabkan kat sini banyak info2 sains yang both Damias masih tak tahu, maka kerjasama daripada ibu bapa amatlah mengalakkan. Bapa jer bagi kerjasama ni. Ibu sibuk amik gambar.. Kui kui..
Gambar kat atas tu nak test tekanan udara.


Ni kena bina jambatan tergantung. Nak tahu kestabilan dan kekuatan sesuatu struktur.


Ada pertandingan mencipta. Tema Angkasa Lepas kalau tak silap.


Menconteng batik.


Suasana di dalam Playsmart tersebut.


Lepas dah habiskan masa di Palysmart, kami ke perpustakaan kanak2 pula dihadapan playsmart tersebut.


Cantiknya rumah kanak2 ni kan..


Sesuai dengan persekitaran utk kanak2 belajar. Koleksi2 buku dan nota2 sekolah pun banyak.


Si ayah yang mengajar anak2 membaca.


Kemudian kami ke atas pula utk melihat koleksi2 bagi dewasa dan remaja. Semestinya bahagian pengurusan dan perniagaan menjadi tempat lepak kami.


Bahagian atas nampak lebih formal dan luas. Bilik2 perbicangan turut disediakan utk mereka yang study group atau buat assigntment.


Pandangan dari tingkat atas. Ada disediakan cafe dan juga kaunter utk peminjaman buku kepada orang awam.


Setelah selesai kami menghabiskan masa di Petrosains dan juga perpustakaan, kami bergegas pula ke PC Fair yang diadakan di Persada Johor utk solat dan juga survey barang2 yang kami nak beli. Wahhhhh bersesak2 orang di PC Fair tu. Agaknya dah last day, banyak promosi2 dan diskaun giler2, tu yang makin ramai orang ke sana.