Friday, August 31, 2012

When both DAMIAs say "Happy Birthday Malaysia"

Balik dari sekolah, Aleesya dan Ayyunie tak henti2 nyanyi " bendera berkibar, bendera berkibar....." sambil menunjukkan hasil bendera yang diwarnakan oleh mereka berdua..

Pastu mereka cakap "tomorrow no school"...
Saya tanya kenapa tomorrow no school???
Aleesya jawab " tomorrow kan happy birthday Malaysia, sebab tu no school"..

At least budak berusia 3 tahun dan 5 tahun masih tahu yang Malaysia juga ada "harijadinya" walaupun mungkin mereka masih belum mengerti apa itu MERDEKA!!!




Salam kemerdekaan yang ke 55 tahun. Semoga Malaysia terus aman dan maju di persada dunia.

P/s: Esok nak ke KL ada meeting dan attend wedding.. Ada sesiapa yang duduk KL buat open house tak?? Jangan lupa jemput saya!!!!

- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

Thursday, August 30, 2012

Terima kasih David Teo

... Kerana LIKE gambar saya di Instagram..




Hehe.. Tu bukti David Teo LIKE gambar saya.. Sangat cool kan pabila ada penerbit filem yang LIKE gambar kita..:)




Ni gambar yang David Teo.. Opss suka gambar Ayyunie yer..:)




Yang ni pun sama, suka gambar yang ada Ayyunie yer..;)

Apa2 pun Tqvm kepada David Teo dan saya sangat hargainya.. Nampaknya David Teo seorang yang peramaha dan selalu reply komen2 kat gambar2 instagramnya..:)

P/s: Psttt, artis banyak upload gambar sendiri kat Instagram lah..:)


- Posted using BlogPress from
zarina ayu my iPhone

Nak ?? Tak nak?? Nak ??? Tak nak???

Dalam dilema ni..
Apa yang nak tak nak nak tak nak tu??
Btw hari ni hari ke 5 dah puasa 6 syawal.. Direct puasa dari hari ahad lepas.. So maksudnya esok lah last dan boleh beraya sekali lagi..
Masalahnya esok pulak banyak betul jemputan raya.. Dari pagi sampai malam ada jemputan. Tak pergi nanti org yang menjemput tu cakap apa pulakkan..
Tapi kalau tak puasa, bila nak habiskan 1 hari lagi tu?? Hujung minggu ni dah ke KL.. Next week pulak period.. Ni pun dah rasa tanda2 ketibaan period ni.. Hopefully cik P sabar yer.. Biar selamat puasa saya harini.. Hujung minggu depan pulak ada sport day school both Damias lah, pastu ada marhaban lah, pastu diri sendiri pun nak buat makan2 lah, pastu ada jamuan raya office lah, pastu nak celebrated anniversary lah... Haishhh macam program.. Kang ada yang termiss puasa lagi satu hari ni jer..Sayang weiiiii, puasa direct 5 hari non stop, alih2 miss pulak 1 hari lagi..
Tapi ikutkan kata ayah damia, tak baik pulak kalau tak pergi jemputan yang dah diajak.. Nanti kita buat open house rumah sendiri, tak ada pulak yang datang..

Ada sesiapa boleh bagi advices??? Nak puasa atau tak nak esok?? Please please please.. Dalam dilema ni..

P/s: Ramai betul yg buat open house dan kenduri kahwin hujung minggu ni.. btw kalau ikut perancangan awal pun, saya dan suami pun pilih esok juga utk buat open house.. Hurmmm






- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

Wednesday, August 29, 2012

Antara Apple, Samsung dan Nokia....




Siapa lagi hebat??

Nokia saya pernah guna..since zaman belajar lagi..
Samsung pun pernah guna, dibuat hantaran kahwin lagi..
Apple pun memang tengah guna sekarang....


Hahaha...siapa faham apa maksud tersirat dalam gambar di atas???
Kesian Nokia..
Samsung pula disaman..
Dan Apple?? Apa kesudahannya??


Gambar amik kat FB..:)

p/s: Uolss lebih suka guna HP jenama apa yer??





 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Xtvt sesudah sahur dan subuh..:)

Godek2 handphone.. Install benda baru.. Terpengaruh dengan Fasha Sanda punya instagram.. Sebelum ni memang dah install yang collage2 dan edit2 punya apps, tapi yang ni lagi stylo dan best sebab tak skema sangat.. Hehe.. So bila dah install, haruslah tangan ni gatal2 nak edit itu ini kan.. Hehe.. Dan ni lah hasilnya..:)













Kalau yang suka edit2 gambar tu dan tak tahu nak guna apps apa yang cool lagi stylo, boleh cuba apps Instacollage... Sharing is caring...:)

P/s: Kalau sesiapa perasaan, saya sekarang dah jarangggggggg sangat updated blog guna lappy.. Semuanya di hujung jari guna HP jer.. Sebab tu gambar kecik2 dan ada yang blur berbanding updated guna lappy.. Boleh kira ngan jari berapa kali saya updated blog guna lappy..:)

P/s: Uolss suka updated blog guna lappy atau HP atau tab/ipad??

- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

Tuesday, August 28, 2012

Raya 2012 ~ Yang WAJIB dibuat di Pagi Raya~

 Jujurnya Raya tahun 2012 tak banyak gambar yang snap2 menggunakan DSLR..
Walhal ke hulu hilir dah jadi handbag DSLR tu...
Dah pegang pun DSLR tu, tapi mood tak ada lah pulak nak snap..
Lebih rela snap2 guna Iphone sebab senang nak upload dalam Instagram atau pun blog agaknya..
Sudahnya??? Hurmmm tak banyak pun gambar2 Raya 2012 yang cun2....

Tapi walaupun gambar tak banyak, Anugerah Kemeriahan Raya tetap dirasai dan dihayati..
Bermula dengan mandi sunat aidilfitri, kemudian sarapan bersama2 dan akhirnya ke Masjid utk Solat Sunat Aidilfitri bersama2 dengan ribuan umat islam yang lain..
Aleesya dan Ayyunie turut serta merasai kemeriahan tersebut dan sama2 melakukan apa yang termampu oleh mereka berdua..

Ok lah jom kita tgk gambar2 yang sempat diambil sebelum kami semua ke Masjid..


Testing testing kamera dulu..
Ni ayah Damia amik, sharp kan gambar..
Eh, apalah yang ibu tunjuk kat Ayyunie tu yer..


Ni pula tripod yang tolong amikkan..
Ok lah not bad jugaklah kan gambar ni...
Sharp dan jelas walaupun pengcahayaan tak berapa bagus..
Oh yer, tema raya tahun ni kuning lagi macam tahun lepas..
Ayah Damia kata senang, jimat duit tak payah beli baju melayu dia..
Hahaha..sabo jer lah...
Apa2 pun ibu dan both Damias wajib ler berhari raya dengan Pakaian baru kan..


Dan bermulalah episod gambar blurr-blurr..
Maksudnya org lain lah tu yang tolong amikkan..huhu
Tu pun SALAH SATU sebab kenapa mood nak bergambar kurenggg...
Kalau bukan ayah Damia yang snap memang gambar tu ada jer yang tak kena...
Tapi tak pe lah...yang penting kemaafan antara satu sama lain adalah agenda penting..
Setiap tahun, wajib meminta maaf dengan ibu bapa hatta mertua sekalipun kan..


Dah selesai bersalam-salaman antara satu sama lain, maka sesi pembahagian duit raya pula adalah agenda wajib jugak tu..
Setiap pasangan yang berkahwin akan duduk dan anak2 kecil akan ikut turn pusing amik duit raya..
Wowww...meriah sangatkan..
See, gambar blur blur lagi..


Taraaaa...ni budak2 beratur amik duit raya dengan Cik Ngah dan Ayah Ngah..
Amboiii Ayyunie, tgk apa tu???
Sesungguhnya Raya ni kan utk kanak2 jer lebih...:)


Dan agenda WAJIB yang mesti ada di pagi raya adalah
~Bergambar ramai-ramai 1 family sebelum solat sunat Aidilfitri di Masjid~
Tapi tahun ni ada kelainan sikit..
Selalunya latar belakang tempat amik gambar ramai2 adalah kat tingkap yang ada langsir tu..
Kalini first time ubah angle berlatar belakangkan dinding bilik pula...
Cukup lengkap ni semua...dari Ibu ayah, 8 org adik beradik, menantu dan juga cucu2 semua..


Dan yang pastinya lepas gambar control cun dan macho, wajib ler ada gambar giler2 sekeping buat kenangan kan...hehe




 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Monday, August 27, 2012

Ada apa setelah 10 hari bercuti????

Assalamualaikum.. Rasa macam
Lama je tak updated blog kan.. cam mana raya anda semua??? Pasti happy dan meriah bersama keluarga tersayang dikampung kan..:)

Saya selamat tiba di JB hari jumaat lepas. Bertolak jam 8 pagi dari P. Mas, dan tiba rumah jam 6.30 ptg.. Alhamdulillah.. Traffic lancar sangat2.. Cuma masa kat Endau hujan lebat seketika...





Luggage yang separuh dah unpacking dan basuh mana yg kotor.. Lagi 2 beg masih tak buka lagi..hujung minggu sabtu dan ahad misi wajib ler mengemas rumah kan..:)





Oh yer semalam saya dan suami dah start puasa 6.. Insyallah.. Kami berdua akan direct puasa start semalam.. Kalau tak ada aral melintang, jumaat ni RAYA lagi kami..

Semalan kami berbuka di Restoran Singgah Selalu Danga Bay...alhamdulillah..nikmat berbukan bersama keluarga kecil kami..





Walaupun pagi tadi bangun sahur, tapi tak ada idea pulak nak masak apa utk both Damias pagi ni.. So pagi ni bawak both Damias beli Mc'D sarapan kat office ibu jer lah yer.. Banyak benda kena buat ni selepas seminggu bercuti...

P/s: Ok lah sampai sini dulu.. Nanti kita sambung lagi yer..

P/s: Eh, malam tadi saya terkejut sebab tgk iklan Jacobs saya keluar lagi masa siaran mentor raya.. Walhal saya ingat dah tak ada sebab dah lebih sebulan kan.. Haishh masa org kampung tanya aritu, saya cakap iklan tu dah habis..hurmmm

- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

Thursday, August 23, 2012

Naik motor berdua beli nasi berlauk... eh berempat lah pulak!!!

Pagi2 lepas subuh ajak ayah damia naik motor pergi beli nasi berlauk.. pada mulanya ingat nak dating berdua jer.. sekali dah siap2 pakai tudung, aleesya bangun.. pastu ayyunie pulak bangun.. hurmmm nak tak nak bawak jugak lah diaorg walaupun tak mandi lagi..



Ingat nak beli kat KB.. tapi disebabkan dua org ni bangun.. beli kat depan rumah mertua jer lah.. ramai betul pelanggan ni.. sorang2 beli sampai 10 hingga 15 bungkus...





Dah beli nasi, ayah damia bawa round2 pusing kg dia.. pastu siap imbas kembali lagi kenangan zaman dia kecik2 dulu..




See, suka betul both Damias naik
motor.. selalu bangun kul 9 pagi.. ni bangun kul 7 pagi semata2 nak naik motor..




Aleesya lah paling best, hari2 cik Jah dia bawak naik
motor beli ais krim... Ayyunie ikut mood.. kadang2 takut kadang2 tak...:)

p/s: Time2 balik kg cam ni lah boleh naik motor..:)

p/s: Bila kali terakhir uolss naik motor??

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, August 20, 2012

Live from KFC Pasir Mas




Fuhh.. ingatkan jalan raya jer jammed, dalam KFC pun jammed jugak.. sabo jer lah.. dah 1 jam tunggu.. kalau tak gara2 aleesya yang demam tu demand nak makan KFC, tak kuasa nak beratur dan tunggu lama2 kat sini. Kesian pulak Aleesya 1 harini tak makan apa2.. tu yg sanggup sabar menunggu tu..

p/s: Kalau uolss sanggup tak tunggu lama2 ni??

Sunday, August 19, 2012

Terbangun sahur pulak... Oh, harini dah RAYA!!!

Seawal 4 pagi dah tersedar sendiri. Agaknya dah biasa bangun sahur kot jam-jam sebegini. Nak sahur apanya harini. Bukan ke dah raya. Nak tido balik pun dah tak boleh ni..so sempat hantar ucapan raya via sms dan juga buat entry ni..:)

Di kesempatan ini juga, saya Zarina Ayu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat islam khususnya pembaca2 blog saya yg dikasihi semua. Ampun maaf dipinta andai ada yg terasa hati atau kekurangan drpd pihak saya.




Tema saya dan keluarga tahun ni kuning. Sama macam tema tahun lepas. Bersederhana jer tahun ni dalam menyambut lebaran. Elakkan pembaziran, tingkatkan ibadah. Itu nawaitu saya tahun ni.

Opss baju anak lebih vouge da vass dari baju raya ibu dan ayah. Raya kan utk kanak2.. Semoga anak2 kita gembira menyambut lebaran pada tahun ini.

Sekali lagi, Salam Aidilfitri drp Zarina Ayu, Khairuddin, Aleesya dan Ayyunie...


- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

Saturday, August 18, 2012

Live from Kota Bharu

Alhamdulillah.. dah selamat sampai Kota Bharu jam 12 tengahari semalam setelah bertolak dari JB kul 1 pagi. Perjalanan lancar dan langsung tidak sesak!!! Kereta pun tak banyak sangat cuma masa kat terengganu jer lah traffik sibuk sikit..

Semalam dah berbuka ramai2 kat rumah mertua saya.. fuhhh cukup lengkap semua!! Makanan pun best2 seperti sup kaki lembu, ayam dan ikan percik, sayur2an dan macammmmm macammmm lagi ada!!! Yang paling best jemput durian.

Semalam juga dapat bertarawikh kat rumah ramai2 dgn ahli keluarga!! Tenang rasa jiwa. Ingat malam tadi nak jalan2 kat Wakaf Che Yeh sebab budak2 tido awal.. haishh tak larat tak larat..

Oklah.. ni dah otw nak ke rumah mak pulak kat Pasir Mas. Harap2 janganlah jammed walaupun dah tahu sikit banyak pasti jammed!!! Malam nanti balik rumah mertua kota bharu pulak, pastu petang esok balik Pasir Mas lagi.. gitulah rutin Raya saya!!




- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, August 16, 2012

Episod Akhir 7 Ramadan

Laa.. Tadi nampak iklan kat TV3 yang drama bersiri 7 Ramadan akan berakhir malam ni.. Saya memang layan cerita ni sebab memang banyak pengajaran
dalam cerita ni.. Antaranya sanggup jadi derhaka tipu sana sini tak mengaku mak sebab maknya miskin.. Haishh macam kisah si Tanggang moden pulak..




Ni lah tunjang utama dalam cerita 7 ramadan ni.. Setiap kali tgk cerita ni episod demi episod, hati saya mesti sayu dan sedih.. Sob sob sob..

Oklah, nak siap2 nak berbuka di Singgah Selalu. Nasib baik dah booked awal2 tadi..:)

P/s: Uollss layan 7 Ramadan tak??

- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

Hamper raya





Selalunya company2 mesti bagi hamper raya utk staff2 mereka kan. Saya juga tidak ketinggalan. Hamper raya ni bukan saya yg dapat, tapi utk staffs saya yang berdedikasi dan yang lama berkhidmat.

P/s:Agak2 sapalah nak bagi saya hamper yer???Ada yg sudi nak kirim hamper utk saya tak???

- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

Wednesday, August 15, 2012

Niat nak belanja org makan, sekali org pulak belanja kita!!!

Btw kelmarin my student ALI dari Yaman ajak makan kat restoran arab tu. Ali pekerja jer, bukan owner tapi dia ajak juga sebab rasa bersalah masa aritu pergi tak ada kabshah chicken. Aleesya pun kempunan nak makan chicken kebab sebab dah habis. Sebab tu dia ajak juga pergi restoran arab tu sebab nak tebus kesalahan. Tapi kelmarin tak pergi sebab segan laa.. Asyik dia jer belanja..



So semalam saya ajak students saya pergi makan sama2 kat situ. Memang saya dah cakap yg saya akan belanja sebelum cuti raya. Kebetulan pulak memang ALI bersungguh2 lagi ajak kami selepas kelas pagi semalam. Menu utama kami semalam adalah kabshah chicken dan air semestinya juice.. Sebab kat sini juice kaw kaw!!!



Kempunan Aleesya nak makan kebab chicken tercapai!! Wahh puas hati betul Aleesya yer..



Ayyunie diet, makan 2 mulut jer.. Betullah, dia dah kurang makan nasi sekarang.

Ok back to topic, sekali time saya bangun nak bayar, Ali cepat2 datang cakap kat saya "no no teacher".. Hah?? Dalam hati saya siap terdetik " takkan Ali belanja semua kot"?? Saya tak sedap hati, pergi ke depan kaunter then keluarkan duit... Ali cepat2 datang dan cakap apa ntah kat cashier tu, then cashier tu cakap " no need to pay".. Students saya semua dah takut2.. Betulke dia belanja semua?? Sebab kalau kirakan kos makan tu agak banyal jugak tu!!! Students saya siap cakap " cikgu ada share ke kat restoran ni"??? Haha

Apa2 pun terima kasih ALI.. murah rezeki awak belanja kami semua makan. Saya doakan awak lulus dan terang hati masa nak jawab soalan exam communication nanti.. Hehe..

Oh yer... Saya pun ada bagi beberapa balang kuih utk students saya dari luar negara. Kesian mereka tak dapat balik negara masing2 demi sesuap nasi.. Huhu

Apa2 pun betullah org kata, kita sedekah RM5 jer, tapi ALLAH gandakan 10 kali nilai RM5 tu kat kita..semoga kita menjadi insan yang lebih prihatin dalam menolong insan yang dalam kesusahan..




- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

Travel insurance dan PA policy jangan diabaikan!!

Di saat keterujaan masing2 balik kampung, jangan lupa amik travel insurance dan check balik PA policy masih valid atau tak?? Bukan apa, beringat sebelum kena, sediakan payung sebelum hujan!!





Alhamdulillah, kami punya dah siap!!! Harapnya permudahkanlah perjalanan kami balik kg nanti.. Ecehh lambat lagi nak baliknya.. Esok both DAMIAS masih sekolah, siap exam math lagi tau..

So yang nak balik kampung tu, bawa kereta hati2 yer.. Biar lambat asal selamat!!!

- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

Kuih raya kuih raya!!!





Malam tadi dah dapat kuih raya.. Order dgn staff saya jer senang..kalau kita tak support sesama kita sapa lagi kan.. Hehe





Ni kuih yang saya order. Banyak conflakes kan.. Dah both DAMIAs suka makan yg tu, order jer lah.. Janji ada org makan. Ni pun dah setengah balang habis cornflakes coklat tu dimakan oleh saya dan anak2.. Hehe

Saya kurang gemar order kuih yg warna warni sebab rasa takut jer nak makan.. Lebih suka kuih yg warna pastel atau coklat..

P/s: teringat masa remaja dulu, gigih buat kuih raya sorang2 ikut resepi.. Tapi sekarang?? Hurmmm order jer lah..

P/s: Memang respek org yg buat kuih sendiri...uolsss buat sendiri atau tunjuk2 jer??


- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

Tuesday, August 14, 2012

Iftar bersama staffs, tapi dah macam pergi kenduri 3 pengantin suasananya..

Ahad lepas sempat berbuka bersama staffs.. Bayangkan hujung minggu bulan Ramadan berturut turut ke KL, nasib baik hujung minggu lepas masih ada masa nak berbuka bersama staffs. Tu pun sepatutnya kena naik KL lagi utk tgk sampel projek terbaru saya. Tapi saya postponed lepas raya lah..bagi chance berbuka utk staffs office saya.



Pilihan tempat kalini adalah JB Katering. Dulu pergi yang kat Taman Merdeka tu, ni dah pindah kat tempat yg besarr lagi. Besar2 pun padat juga orgnya. Mula2 sampai dah nampak ada org tengah bakar kambing golek ni. 2 ekor lagi tu!! Ni kat section B... Semua sekali ada 4 section yang berbeza2 makanannya..




Ni org beratur nak amik makanan. Serius cakap, rupa makanan dah tak nampak, yang nampak rupa manusia yang ramai tgh beratur amik makanan.




Phewww, tak lah sanggup berebut2 amik makanan. Kami biarkan dulu org amik makanan, dah azan baru kami amik
Makanan, tapi makanan pula ada yang tak refiil pulak.. Haishh.. Makan jer lah apa yang ada..




Beratur nak amik air ni weiii.. Sabo jer lah... Tu section D, bahagian air, roti jala, rojak ayam, sotong dan udang.. Serius tak merasa pun semua tu..



Ni ler saya bersama dgn staffs. Ada tu siap sesat sebab GPS bagi alamay kat Taman Merdeka tu.. Haha nasib baik sempat berbuka..penuh meja.. Oh yer kat sini tak ada meja panjang.. Semua meja bulat2.. Nak makan ramai2 pun kurang selesa ..



Tgk tu, walaupun dah berbuka tetap ramai yang beratur nak amik kambing golek tu.. Nasib baik utk saya dan family Ain kerani saya amikkan.. Haha malas nak beratur rupanya.. Walhal saya tak puasa pun.. Tq sekali lagi Ain.. Sanggup susah payah beratur..




Nak tahu tak apa makanan first2 sekali saya amik?? Petai, pucuk pegaga, nangka celur dan juga ulaman lain bersama sambal belacan, cencalok dan sambal ikan bilis.. Memang marbelesss.. Yang lain2 saya tak pandang dah..




Penuh meja weiii.. Dah lah tak ada org kutip pinggan, nasib baik staffs majoriti pompuan, pandai2 lah susun hehe..

Apa2 pun makanan kat sini memang banyak pilihan.. Cuma rasa ada yang biasa2 ada yang super marbelesss... Paling suka kat section dessert dan kuih muih..

Harga per pax RM 28, kanak2 berapa yer.. Lupa pulak nak tgk sebab both DAMIAS tak kena bayar pun..

Surau disediakan tapi telekung kena bawa sendiri yer.. Better solat dulu baru makan sebab surau kecik jer tapi manusia ya ampunnnn penuh betul..

So apa lagi?? Try lah berbuka di JB katering pula.. Semalam saya buat entry berbuka di Heaven Steambot, dah ada yang terpengaruh terus berbuka kat situ... Hehe you know who you are!!! Pengaruh blog memang kuat..


- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

Tahun ni tak tukar duit pun kerana....

.... Saya guna duit hasil kedai runcit kat office ni jer..




Selama ni duit kecik saya selalu kena tukar dengan Restoran kat bawah office ni.. Hari2 datang tukar tau.. Tapi sejak2 dah tutup restoran tu, berlambak2 pulak duit kecik singgit2 dan duit syiling ni..tu semua total RM600 budget duit raya tahun ni.. Duit baru2 dan nilai besar sikit bagi kat anak2 buah dan saudara terdekat.. Yang lain2 tu semestinya utk budak2 yang datang beraya kat kampung atau kat JB ni kan.. Jimat masa tak yah beratur lama2 tukar duit..




Dah selamat kerani saya masukkan duit semua tu dalam sampul ikut nilai wang.. Kalau dah time bizi2 cam ni.. Nak masukkan duit raya dalam sampul pun tak sempat.. Ni bila org tolong buat, siap gam bagai lagi sampul duit raya tu.. Hehe.. Tq Ain....

P/s: Berapa pula budget duit raya anda tahun ni?? Dah masuk sampul lum??

P/s: Sapa nak tukar duit lagi dengan saya?? Saya ada banyak ikat lagi duit singgit2 ni...


- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

Monday, August 13, 2012

Iftar di Heaven Steambot, memang HEAVEN bersama mereka!!!

 Siapa mereka??
Merekalah peminat saya!!! Sekaligus adalah students saya juga..:)

Actually ni idea daripada pelajar2 form 5 lah..
Kami sebagai guru hanya merealisasikan impain mereka jer...hehe.
Suka betul mereka yer mereka dapat makan ramai2 cam ni..
Selalu makan kat restoran depan tu jer..pastu tak leh pakai vouge2.
So kalini lain sikit sebab masing2 melaram habis..

Kami jer tak melaram sebab dari pagi ke hulu hilir..
Mula2 kat galeri kebaya, pastu hantar Aleesya ke kelas music, pastu ke Giant pulak..
So pakai jer lah apa yang dipakai sejak pagi tadi..
Walhal yo yo or jer cakap kat students kena pakai baju TEMA RAYA...hehe


Tempah 20 pax, tapi yang datang 22 pax...nasib baik ada lagi kerusi...:)
Dah lah salah eja nama ayah damia tu...


Aleesya...


Bergambar ramai2 dengan pelajar perempuan dulu..masa ni ada lagi yang tak sampai..


Lelaki pun nak posing jugak kan...


Makanan pun sgt heaven...macam2 ada...tak larat nak makan semua..
Ni bahagian Ice cream..ada 8 perasa semua..
pilih pilih..


Kat sini bahagian topping ice cream dan dessert2 lain..


Tak larat nak makan semua ni weiii..
Tgk jer yang mampu..


Kat bahagian lagi satu pun larat tgk jer..banyak giler balls nya ni..


Ni bahagian nasi goreng, meehoon goreng, mee goreng dan nasi putih..


Lauk pauk basah...sesuai utk di grill...


Macam2 ada...memang tak larat juga nak makan semua ni..
Amik yang perlu jer..


Aneka sos..


Bahagian mee/ meehoon kering..


Waaaa...padat2 dengan geng2 kami jer..


Masa utk standby berbuka..
(Ehem..saya tak puasa pun ...:()


Aleesya sepesen ngan ibu..
Kalau steambot suka makan seafood dan lauk basah jer..
Grill Grill!!


Aleesya duduk sebelah ibu, so amik gambar ngan Aleesya jer lah..
Ayyunie duduk sebelah ayah kan..


Fuhhh!!! Marbelessss..


Tadah tangan dah nak berbuka ni..


Dan weols pun makan sampai kenyang...
Lepas makan, rehat jap pi solat..
Then sambung lagi makan dan makan sampai kul 9 malam hokey...haha..
Actually ada jer yang makan lebih lama dari kami hokeyy..


Anugerah pelajar lelaki utk siapa yang paling ikut TEMA RAYA..


Semestinya kebaya menjadi pilihan saya sebagai pemenang utk kategori perempuan..
Hehehe...rata2 pun dah agak yang dia ni akan menang...

Apa2 pun memang best lah pabila bersantai ngan pelajar2 ni semua..
Cikgu2 pun terpaksa jadi budak2 gak ni..
Memang sangat happening..
Insyallah hujung tahun kita buat lagi yer uolss!!!!!


p/s: Tiada jurang antara saya dan pelajar2 saya...as long mereka masih menghormati saya dan mendengar nasihat saya, itu pun cukup bermakna, kerana secara tak langsung dari situ, saya akan serapkan nilai2 motivasi kepada diri mereka..

p/s: Nak handle students ni tak sama yer..dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, pelajar dewasa dan pelajar korporat...saya lemah bab handle pelajar tadika ni...sebab tu saya pun upah cikgu tuisyen semata2 mengajar aleesya dan ayyunie dalam bilik berasingan...hehe...uols agak2 suka handle yang cam mana??



 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!