Monday, October 31, 2011

Menang Baucar Jusco Bernilai RM5000

Woww.....betul2 terkejut ni..
Bukan RM50, bukan RM500 tapi RM 5 ribu tuuuuuuuuuuuuuuuu
Banyak yang boleh shopping kat Jusco dengan RM 5 ribu ni...
Memang setahun punya groceries rumah punya perbelanjaan ni...hehe


Tapi tak sure lah boleh percaya ke tidak ni..
Tadi masa nak download something dari 4shared ni..
Tiba2 ada message macam kat atas tu..
Mula2 ingat kan iklan yang biasa2 pop up tu..
Tapi hati terdetik kalau betul cam mana???
Huhuhu...terus tekan link yang diberi tu..


Lepas tu keluar pulak screen macam ni..
Apa lagi..pilih lah nak menang Jusco baucar RM5000 tu kan...
Yang lain2 macam tak best jer...hehe
Lagipun dah offer dapat Jusco Baucar, pilih jer lah yang tu senang...
Pastu kena pulak isi maklumat diri bagai kat situ..
Then macam ada kena jawab survey2..
Senang jer survey tu..klik2 button jer..



Last sekali keluar screen macam ni..
Hurmmm dah check email...tapi tak ada apa2 email pun lagi..
Ntahlah....macam tak percaya pun yer..
Tapi kalau yakin rezeki Allah utk kita..insyallah YAKIN kan ajer...
Kot2 kalau betul ke kan...siapa tahu??? hehe

p/s: Ada tak siapa pernah dapat notification cam ni??? Atau menang betuL2 baucar yang dijanjikan?? Lepas tu kan, ibu try refresh semula web 4shared tu...sekali tgk dapat offer dari AIRASIA lah pulak...haishhh..nak cayer ke tak ni???Tak pe lah..janji cuba...jangan ada FRAUD pasal nak tipu2 kita sudah!!!!


 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!

Rumah dan kereta baru saya!!!


"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar"..
Amin amin amin...


Kejayaan tidak akan datang tanpa cita-cita..
Dan cita-cita tak akan hadir tanpa mimpi dan angan-angan..
Jadi bagilah saya peluang untuk berangan-angan dengan kereta idaman saya...:)


Susah payah kita dalam apa jua urusan mencari rezeki bukanlah utk orang lain..
Tetapi utk kesenangan anak2 kita pada hari esok kelak..
Dan juga untuk bekalan kita pada hari tua nanti..
Apa2 pun seimbangkanlah urusan dunia & akhirat...
Agar tidak termasuk dalam golongan orang2 yang rugi..
Amin amin amin..

p/s: Tajuk entry sengaja bagi gempak...sebab dah lama tak beramah mesra dengan blog kesayangan ni...:)




Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!

Sunday, October 30, 2011

Ayyunie pun dah pandai posing sana sini!!

Gambar2 kat bawah ni diambil masa rehearsal fashion show jumaat lepas..


Wah wah...bukan main lentok lagi Ayyunie yer..
Manis senyuman tu..
Membuatkan ramai orang geram betul dengan pipi bam bam tu..


Fuhhh dasyat sekarang..
Dah pandai buat mata jeling sana jeling sini...hehe


Ramah pulak tu berkomunikasi dengan penonton..
Siap lambai2 lagi..

p/s: Alhamdulillah..this time ayyunie catwalk baekkkkkkkkkkkkkk punya..
Dapat tepukan gemuruh lagi tu!!!
Gambar atas stage nantilah buat full story yer..:)


 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Saturday, October 29, 2011

Saya orang Negeri Sembilan..



Saya dilahirkan di N.Sembilan..
Dibesarkan di N.Sembilan..
Mendapat pendidikan awal di N.Sembilan..
Dan kehidupan saya bermula di N.Sembilan..

Tapi utk piala MALAYSIA pada malam ni..
Saya tak pasti nak sokong yang mana..
N.Sembilan atau Terengganu??
Sebab saya tak minat bolaaaaaaa pun..
Sekadar menonton menyokong Malaysia sahaja..
Heheh..boleh gitu??

Apa2 pun selamat menonton Piala Malaysia malam ni..
Tak kira siapa menang, yang pasti semangat kepasukanan tu ada..

p/s: Owhhhh...Terengganu dah 1 gol!!!

Updated: hahahaha...N.Sembilan menang 2 gollllllllllllllll...tahniah....
(Tiba2 bangga jadi orang N.Sembilan)


 


 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!! 
 

Tuesday, October 25, 2011

Kebaya Zarina Ayu News on UTUSAN MALAYSIA

Pagi2 lagi dapat sms dari my students dengan ucapan TAHNIAH..
Kemudian disusuli dengan rakan2 pula..
Jiran2 pun tak lupa mengucapkan tahniah juga..
Alhamdulillah...
Bukan senang nak senang..
Langkah untuk mengorak lebih jauh dengan produk sendiri..
Hanya Allah dan diri ini sahaja yang tahu pahit getir, ribut taufan serta penat lelah dalam menghasilkan produk sendiri ni..
Apa2 pun dorongan dari keluarga, rakan2 serta jiran2 dan peminat2 FB kebaya zarina ayu collections amatlah dihargai..


Untuk artikel penuh..
Boleh klik link bawah:

Dan yang paling penting, doa, sokongan serta nasihat daripada suami tersayang adalah penguat semangat ini..
Kami sama2 menangis, sama2 bertegang urat, sama2 ketawa, sama2 tabah menghadapi segalanya utk berada pada tahap ini.
Setelah 8 tahun kami sama2 membangunkan perniagaan kami sendiri, kini kami mula mengorak langkah yang lebih berani dengan membuka rangkaian perniagaan baru...Semoga segala urusan kami dipermudahkan dan diperbanyakkan rezeki utk kami sama2 membantu yang memerlukan...amin amin Ya Rabbana Alamin...

p/s: psttttt...modal sebenar yang dikeluarkan adalah LEBIH dari RM40K....




Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

5 Fakta untuk anda percaya atau tidak...

1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.

5. BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.






 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!

Monday, October 24, 2011

Pengaruh Warna terhadap anak-anak...


 Warna mana yang menjadi pilihan untuk anak-anak anda??
Kerana setiap warna mempunyai elemen tersendiri yang dapat mempengaruhi jiwa anak-anak anda..





Kalau berkenan di hati...
Jemput singgah di FB KEBAYA ZARINA AYU COLLECTIONS yer..
Sebab sekarang ada harga promosi utk RAYA AIDILADHA...:)



 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Saturday, October 22, 2011

Model kanak-kanak utk Fashion Show diperlukan!!!


Anak anda berbakat??
Suka berposing??
Mesra kamera???
Berpenampilan menarik???
Kami sedang mencari kanak-kanak perempuan yang berusia 3 tahun hingga 7 tahun untuk fashion show pada 28/10/2011 akan datang. Kepada yang berminat, sila emailkan gambar anak-anak anda dalam keadaan jelas dan terang beserta dengan butiran seperti nama anak, nama ibu/bapa, alamat, no tel, tarikh lahir anak serta FB (jika ada). Hantarkan email anda kepada ayuzarinacollection@yahoo.com. Sila email sebelum 26hb ni.Terima kasih..:)


Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Friday, October 21, 2011

Suka beli benda bukan-bukan

Ntahlah...dulu2 masa belum kawen, mak saya cakap, saya suka membazir beli benda bukan2..
Beli bukan sebab ada kegunaan, tapi beli sebab cantik atau memang nafsu membeli datang tiba2..

Pastu masa dah kawen, suami saya pun cakap yang saya ni suka beli benda bukan2.
Katanya, buat menyemak kat rumah jer...bukannya guna pun..

Pastu last week MIL saya datang seminggu kat rumah saya pun cakap benda yang sama.
Kenapa beli kalau tak guna?? Huhuhu..

Agaknya tu memang peel saya yang suka beli benda bukan2 kot...

Contoh barang macam kat bawah ni..


Saya beli sebab teruja nak tgk ais dalam gelas saya bentuk love..
Suami saya cakap "bekas ais tak bentuk love pun sejuk jugak"
MIL saya cakap " berapa ketul jer boleh buat air batu ni?? baik buat dalam bekas besar"...huhu


Saya beli ni sebab senduk ni nampak unik kalau nak letak dalam salad bowl..
Suami saya cakap " Macam mainan jer ni, sekali senduk dah patah"
MIL saya cakap " Apa benda ni?? ingat ke mainan ayyunie dalam ni"..huhu


Saya beli straw ni sebab cantik dan warna warni..
Al-kisahnya baru hari ahad aritu guna setelah 2 bulan beli kat IKEA SINGAPORE..
Pastu masa suami saya sedut, katanya.."aikkk?? straw apa benda ni?? nak sedut air pun bercinta"...huhu
Sebab straw ni dia kecik sikit luas bukaannya..
Alahai...ada ajer komen2 yang bukan2 kan..
Nasib bail MIL saya tak jumpa straw ni masa dia datang minggu lepas...huhu

p/s: So, uols cam mana?? Suka jugak ke beli benda bukan-bukan...
Tu baru benda kecik2...benda2 besar yang dianggap bukan2 oleh suami saya pun ada jugak tau..tapi tak pe lah..nanti2 ada masa saya cerita...:)







Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!! 
 

Thursday, October 20, 2011

Konsert Pertama Aleesya @ Dewan MPJBT

Ahad lepas..
Pagi2 sebelum jam 7 pagi lagi dah kejutkan aleesya bangun tido..
Sebab aleesya kena daftarkan diri kat dewan MPJBT sebelum jam 7:30 pagi..
Dah lah malam tu aleesya kepenatan sebab sibuk dengan perasmian Galeri ZARINA AYU sehari sebelum tu..
Kebetulan pulak Tok Ma, Tok Ayah dan ayah saudara dan mak saudara aleesya pun nak balik pagi tu juga ke KL...so memang agak kelam kelibut lah sikit..
Nak kejutkan ayyunie bangun pagi pun satu hal..liat sungguh nak bangun..


Kesudahannya, aleesya ke konsert tanpa make up..
Walhal teacher dia dah pesan make-up siap2 kat rumah..
Nasib sampai sana lebih sikit dari jam 7:30..
Parents dan budak2 kecik penuh kat ruang legar dewan tu..
Ibu pun ambil kesempatan pinjam make-up teacher utk make-up kan aleesya..


Yang budak2 lelaki, teacher diaorg sendiri yang make up kan..


Geram tgk budak2 pompuan pakai gaun2 cam ni..semua nampak cute jer..
Kenapa lah teacher aleesya tak suruh budak2 kelas aleesya pakai gaun cute2 cam ni..
Mesti comell kan..


Aleesya yang kena retouch up semula oleh teachernya..


haha...cute jer tgk boboys ni semua kena make up kan..


Bergambar 1 kelas...kelas A3
9 peserta jer yang join utk konsert kali ni..
Lagipun ni bukan wajib, sapa nak join kena bayar RM50..
Aleesya wajib ler suka join aktiviti cam ni...


Yeayyy aleesya dah siap touch up..
Ibu sangat kagum ngan aleesya sebab dia yang jadi LEADER utk tarian ni..
Hehe...cam tak percaya anak ibu ada bakat menari...:)


Dah bersiap2 naik utk menunggu di ruang atas sementara budak2 ni tunggu giliran nak buat konsert


Hah tu budak2 kelas aleesya naik...


Madam Tan...Guru Besar tadika Indah Ria sedang memberi ucapan..
Indah Ria ni ada 3 cawangan kat JB ni..


Cute2 semuanya menunggu giliran masing2..


Pengerusi pada majlis tu adalah budak2 yang berumur 6 tahun ni..
Cutenya budak2 ni jadi MC...
Petah bercakap dan pandai menghafal skrip..


Giliran kelas aleesya buat persembahan adalah yang ke 10..
Nasib baik tak lama sangat menunggu...
Sebab kalau tak silap ada 30 kelas yang akan buat persembahan hari tu...
Tu pun jenuh gak menunggu giliran ke 10...
Sebab mata kami sangatlah mengantuk...


See, bersungguh aleesya menyanyi...
Lagu SHAKIRA -WAKA WAKA ni tarian dia..
Agaknya sebab tu ler tak sesuai pakai gaun kot..


Confident betul aleesya ni...:)


Suara dia paling kuat sekali dengar..


Aleesya paling depan..


Wahhh..LEADER dah tunjuk taring!!
Gaya apa ni aleesya???


Opsss!!! Ni saja try test kemahiran amik gambar yer....hehe


Bersungguh2 aleeysa buka mulut..


Dah nak last2 tarian..


Akhirnya habis jugak konsert yang dipraktikkan oleh kelas aleesya ni selama 6 bulan...
Phewww...lega semuanya berjalan lancar...
Tu ibu pakai tudung pink..sempat rakam tarian aleesya ni..kalau sempat nanti ibu upload..
Lepas jer tamat konsert aleesya ni kami semua terus balik..
Tak sempat nak tunggu konsert2 budak2 lain dan tgk budak2 umur 6 tahun GRADUATION..
Balik nak qada tido zzzzzz ler...ngantuk sangat2 ler...

p/s: Suka dengan bait2 kata sahabat ni
"You're only 4, but you have experienced a lot of things!!"
Betullah...kadang tak sangka yang rupa2nya aleesya ni baru 4 tahun, malam2 nak tido masih lagi cakap "ibu....nak milk"...tapi kadang2 layanan kita terhadap dia macam dah besar umur 7 tahun jer...





 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!