Thursday, March 31, 2011

Sneak Peak || Ayyunie turns 2


Memang sangat2 best dan seronok..
Ayyunie sporting giler-giler..
Good job Ayyunie

The cake!!!

Details later ok..



 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!! 
 

Wednesday, March 30, 2011

Kalau pakai legging haram..habis tu pakai inner haram tak???



Semalam ternampak link pasal 


Dalam FB Fiza Naman

Antara intipati yang boleh dikongsi bersama pasal pemakaian legging ni:
Beautiful Sunset







Kalau nak tahu lebih lanjut, bolehlah singgah khttp://leggingseksi.blogspot.com/

PERSOALANNYA SEKARANG??
Legging diharamkan sebab menampakkan bentuk kaki kita...
Macam mana pula dengan pemakaian inner yer??
Sebab ia juga menampakkan bentuk tangan kita...
Sekadar bertanya..
Sebab tak semua ilmu kita tahu kan..
Nak nak pulak kalau nampak ramai jer pakai cam tu..
So, kita ingatkan macam tak ada apa2 lah kan..
Kalau siapa2 tahu sila share yer..

p/s: Habis tu cam mana nak pakai diving suit ni??
Ada cadangan tak utk pakaian diving suit???
Please share ok!!!

p/s: Malam ni ada birthday party ayyunie...



 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!! 
 

Eksklusif!!! Untuk DAMIA AYYUNIE yang ke 2 TAHUN!!!



Subhanallah.
Allah Maha Besar..
Agaknya beginilah proses kelahiran DAMIA AYYUNIE BT KHAIRUDDIN pada 2 tahun lalu..
2 tahun lalu pada 30 March 2009, tepat jam 8:33 malam di Pakar Perbidanan Khor & Loh


Walaupun sudah 2 tahun berlalu,
Namun pabila ibu tengok video kelahiran diatas..
Masih terasa ngeri dan ngilunya ibu..
Seolah2 terasa yg proses kelahiran tu baru berlaku sebentar tadi..


Tapi hakikatnya, kesakitan itu, debaran itu, pertarungan itu..
Hanyalah sementara..
Kerana selepas melihat seorang bayi kecil lahir ke dunia di depan mata..
Dengan penuh tangisan dan kegembiraan..
Semua kesakitan itu dilupakan..
Kerana kehadiran bayi itu membuaatkan ibu merasakan..
Inilah nikmatnya dunia...
Kerana Anugarah Illahi yg sangat sempurna..


Tak terucap kata2 teirma kasih dan syukur..
Kepada Illahi..
Kerana mengurniakan seorang bayi yang sangat comel utk ibu..


SELAMAT HARI JADI SAYANG..
DAMIA AYYUNIE BT KHAIRUDDIN..
UNTUK TAHUN YANG KE-2



SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEHAH
SEMOGA MENJADI ANAK YANG CERDIK PANDAI
SEMOGA MENJADI ANAK YANG DAPAT MEMBEZAKAN BAIK BURUK
SEMOGA MENJADI ANAK YANG SIHAT
SEMOGA MENJADI ANAK YANG TAAT KEPADA KATA2 IBU DAN AYAH
SEMOGA MENJADI KEBANGGAAN KAMI SEKELUARGA..


Opppsss!! Ni bukan kek tahun ni..
Ni kek tahun lepas yer..
Hasil dari titik peluh dan jari jemari ibu sendiri...
Tahun ni tak sempat buat kek lah...
Perancangan utk sambut nun jauh disanaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa pun tak jadi..
Walhal dah lama tu booked tiket..
Almost 1 year 2 month ok..


Ni pun kek hasil titik peluh ibu sendiri...
Buat masa birthday party ayyunie yg celebrated kat restoran ubi kayu..

Tahun ni punya kek??
Ready made jer lah jawabnya...



Tahun lepas weols cuti2 kat Tioman Island sempena birthday ayyunie + ayah damia..
Supposely tahun ni pun cuti2 di pulau jugak..
Tapi apakan daya....planning berubah di saat2 akhir...
Tapi ibu + ayah damia tetap pergi yer...ngeh ngeh ngeh


p/s: Tgh ligat berfikir cam mana nak celebrated ni...tapi rasanya dah ader idea kot...:>)




Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!

Tuesday, March 29, 2011

Pencarian Gadis Johor...



Ingat lagi tak masa saya pakai cantik2 ni..(perasan)
Alaaaa..masa saya bergambar dengan Juliana Banos, bergambar ngan Adam AF 
(gambarnya belum ditag lagi)
Rupa2nya saya ke events ni lah..
Events ni tertutup..
Tak der penjualan tiket atau meja...
Ibu pergi atas tiket jemputan ikut ayah damia sebagai penaja (Wish Owner Club) utk events ni..
-
-
-
-
NURULEIN Mohd. Ramli muncul juara pertama Pencarian Gadis Johor bersama naib juara Nurul Atikah Abdul Rashid (lima dari kiri) dan ketiga Dian Zanariah Resty Fauzee Rosli (empat dari kanan) serta tujuh lagi peserta akhir di majlis Malam Gala Perdana Pencarian Gadis Johor di Hotel The Zon Regency, Johor Bahru semalam. - Utusan/RAJA JAAFAR ALI


JOHOR BAHRU 28 Mac - Penolong arkitek, Nurulein Mohd. Ramli, 25, dinobatkan sebagai Ikon Gadis Johor apabila menjuarai pertandingan Pencarian Gadis Johor 2010 anjuran akhbar Utusan Malaysia malam tadi.
Kemenangan anak kelahiran Johor Bahru itu diumumkan pada Malam Gala Perdana yang berlangsung di Hotel The Zon Regency di sini.
Gadis genit beraksi ayu di pentas akhir dengan mengenakan busana berwarna ungu itu menerima wang tunai RM2,000, barangan kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM2,500 dan tajaan pakej fotografi daripada Wafin Studio.
Naib johan pertandingan yang mendapat kerjasama daripada Majlis Kebudayaan Negeri Johor, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara negeri Johor serta Yayasan Warisan Johor menjadi milik Nurul Atikah Abdul Rashid, 18, manakala tempat ketiga dimenangi Dian Zanariah Resty Fauzee Rosli, 24.
Turut beraksi pada pentas akhir berkenaan ialah Saidatunal Natrah Khalid, 18; Nor Azila Tukiran, 27; Ayshah Abdul Rahman, 19; Nur Atikah Md. Nor, 20; Irna Suriani Zainal Abidin, 25; Nuranassuhada Mahzam, 22; dan Intan Nur Suhailly Rosli, 23.
Hadiah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor, Asiah Md. Ariff yang mewakili Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.
Turut hadir, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak; Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Johor, Abdul Hamid Mohamad; Pengarah Yayasan Warisan Johor, Jama Johan dan Pengarang Utusan Malaysia, Hassan Mohd. Nor.
Program yang bermula 9 Januari lalu bertujuan menghargai pembaca setia akhbar Utusan Malaysia khususnya golongan wanita selain mencari gadis yang boleh dijadikan ikon dan mewakili Johor dalam memperkenalkan adat, budaya dan warisan negeri ini.
Nurulein ketika ditemui selepas majlis itu mengakui, kemenangan tersebut sungguh bermakna dalam hidupnya biarpun ia tidak dapat dikongsi dengan ibu dan ayahnya yang tidak dapat hadir ekoran masalah kesihatan.
"Biarpun begitu, Alhamdulillah ini adalah kemenangan yang di luar jangkaan dan ia benar-benar menambah variasi kenangan terindah dalam hidup saya.
"Terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang tidak putus-putus mendoakan kejayaan saya,'' katanya.
Hanya mengetahui hebahan mengenai program ini di laman sosial, Facebook, Nurulein nekad hadir pada sesi temuduga di hotel yang sama untuk mencuba nasib.
-
-
-
-
-
-
-
p/s:Peserta bukan sahaja diuji dengan gaya, penampilan serta catwalk...malah diuji juga dengan kepintaran menjawab soalan secara spontan dan sejarah2 johor..







Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!! 
 

Hotel Seri Malaysia Genting Highland

 Last minute punya planning...
Esok nak pergi arini lah baru terhegeh2 nak cari hotel..
Call semua penuh..
Check online pun full booked..
Last2 pergi gamble jer lah..
Kalau betul2 tak der hotel kat Genting, kiranya kami akan turun KL utk cari hotel lah jawabnya..

Actually nak kata last minute pun tak jugak..
Sebab utk 4 org staff ayah damia, dia dah booked awal2 lagi..
Melalui agen pelancongan...termasuk tiket bas JB-GENTING-JB dan stay 2d1n kat hotel..
Tu adalah rewards/bonus tahun lepas utk staff ayah damia yg telah bekhidmat dgn cemerlang..

Tapi utk keluarga kami teragak2 pulak nak booked awal2..
Sebab staff ayah damia pergi jumaat, check out hari sabtu..
Walhal kami kan ader program FAREEDA hari sabtu tu.
Tu yg nak tak nak booked hotel tu..
Last2 kami pergi hari khamis...
Sebab dah janji nak bagi rewards kat aleesya di GENTING..


First sekali aim kami ialah hotel tu mesti ader SWIMMING POOL..
So decide pergi tanya AWANA hotel dulu..
Hurmmm..cuti sekolah lah katakan..
Mana tak penuh kan..
Nak2 pulak walk in...memang gamble betul..

Last2 gi tanya kat HOTEL SERI MALAYSIA..
Alhamdulillah...ader kosong...
Tapi sedih tak der SWIMMING POOL...
Nasib baik GOH TONG SPORT CENTRE belakang Hotel Seri Malaysia TU JER..
So kira deal lah stay kat situ...

Kami amik family room..
Luas macam kat atas tu lah..
Alhamdulillah...semuanya ok kecuali air cond kureng sikit...
Rasanya kalau stay kat hotel2 puncak genting tu tak der air cond kan..


Kat atas puncak bukit tu lah terletaknya GENTING HIGHLAND...
Malam2 amik gambar lawa tau...sebab kat atas tu penuh berkilauan lampu2..
Ni snap2 dari dalam bilik..
Yg bestnya kalau duduk kat sini...area sini macam2 ada..
Kedai makan?? tak yah cakap lah kan..penuh keliling hotel..
Kedai runcit ada, klinik ada..macam2 adaaaaaaaaaa..



Lepas dah check in dan rehat2 sekejap..
Kami jalan kaki jer ke SWIMMING POOL ni..
Actually swimming pool ni area2 apartment sebenarnya..
Bestlah aleesya + ayyunie main2 pool...
Memang tak der budak lain..
Eksklusif aleesya + ayyunie jer main2 kat situ...hehe..
Dah lah hujan renyai2..huhu


 Aleesya + ayyunie ni takut nak main slide ni...huhuhu


Keesokan paginya..
Turun breakfast kat cafe..
Haihhhh..penuh ngan org gomen jer kat sini tau..
Masing2 datang kursus induksi dan seminar..
Jarang2 nampak breakfast nasi impit kan..



Ayyunie biasalah...
Bubur menjadi pilihan utama..
Dah nak makan sendiri ni..
Dah tak nak org suap2 tau..



Lepas makan, kami terus check out..
Walaupun masih awal utk check out, tapi takut tak sempat pulak kami turun ke hotel semula kalau dah naik puncak GENTING nanti...
Lepas check out, kami pun ke SKYWAY GENTING utk naik kabel car...
Tu wajah aleesya dalam kabel car..
Mula2 jer kejong...lama2 dah ok dah..
Posing bagai lagi,....hehehe



Hurmm...macam2 kaler cabel car ni..
Menarik perhatian aleesya sunguh..
Sambil naik cabel car ni..
Aleesya siap belajar kira2 + mengenal warna..
So far..alhamdulillah...semuanya selamat..

p/s: to be continue citer2 di atas puncak genting pulak..

Monday, March 28, 2011

Bagilah chance!!!!




Alaaaaa...sekali sekala bagilah chance kami berdua posing sakan..:)
Sebab dah tau tak nak bawak DSLR lah...siap2 snap2 kat rumah..hehe
Tukang amik?? semestinya korang tau sapa kan..hehe


Suami isteri yg get ready nak ke event "Pencarian Gadis Johor" di The Zon Regency Hotel..
Simple jer make up...tak der fake eyelash..tak der warna2 terang di mata..


Oh yer...semestinya koleksi FAREEDA selendang 4 layers menjadi pilihan..
Inilah tudung yang sepatutnya dipakai masa SEMI FINAL FAREEDA pada 19 Mac aritu..
Tapi apa nak buat...bibik boleh pulak tertinggal tudung ni kat atas meja dapur...huh..


p/s: Hunting for RED + BLACK dress...ader lagi event ni...

p/s: From Dec 2010 sampai lah June 2011...tak habis2 cuti2 Malaysia..Tiap tiap bulan cuti2 ni.....lepas June tak nak cuti2 lah...tapi boleh cayer ke?? hehehe




Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Pabila Juliana Banos menegur suamiku!!!

 Yer yer..
Malam tadi saya berjumpa, bersalam, bersembang dan bergambar dengan Juliana Banos..
Buktinya ada dibawah!!!


Ini jer lah satu2nya gambar yg paling ok diambil oleh suami saya..
Terukkan...org tak ready dia dah amik..
Gambar dua tiga keping sebelum tu tak menjadi sgt...
Sebab suami saya tu tak off kan flash..
Menyebabkan saya terpaksa memaksa suami saya mengambilnya sekali lagi...
Al-maklum ler..dah biasa guna DSLR..menyebabkan suami saya lupa lak cam mana nak snap2 guna HP yer..

Tapi walau cam mana pun saya tetap nak letak gambar blur blur saya itu!!!


Nampak macam Juliana Banos ni tinggi sgt...
Rupa2nya ibu lagi tinggi sikit daripada dia tau..
Tak pakai higheel 4-5 inci tu pun..
Pakai yg biasa2 bawak gi keje tu jer..


Memang kami rancak berbual...
Ibu tanya Juliana dah berapa org anak??
Katanya dah dua..
Sorang girl, dan 1 FEB aritu baru jer dapat baby boy..
Laaaaa..patutlah nampak tubuh Juliana macam berisi pun..
Baru habis pantang rupanya...ngeh ngeh ngeh..
Tapi tetap maintain cun gitu..
Ibu memang minat kat Juliana Banos ni..
Mengenali dia melalui Majalah REMAJA masa ibu sekolah2 dulu..
Pernah jumpa live 2 kali kalau tak silap..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Pastukan...boleh pulak tiba2 Juliana Banos tu tegur ayah damia..
"Cantik baju!!!"
Hurmmm..ayah damia apa lagi..tersipu2 malu lah dia menjawab..
" Memang cantik!!!Tima kasih"..
Pastu Juliana pun sambung ..
"Tu ada M7 tu..."
Ayah damia pun balas..
"Hehehehehe..sambil tengok baju dia"
(Pastu dah tak dengar apa yg diaorg borak...sebab saya kalut dok cari dinner bag saya yg tertinggal bawah kerusi...huhu)

Mesti uols nak tgkkan baju ayah damia pakai kan...
Taraaaaaaaaaaa


Baju rasmi Wish Owner Club...
Oh yer... ni baju lama..
Sebab tu logo M7 ada...
Sebab dulu2 M7 ni adalah sponsor wish club...
Baju rasmi yg baru coming soon akan siap..

Kalau nak tahu...Juliana Banos ni kan kawen ngan anak tokey kereta import kat Johor ni..
Kiranya M7 tu adalah salah satu brand produk company hubby + FIL Juliana nilah..
Sebab tulah Juliana tegur ayah damia...
Untung ayah damia...artis tegur you!!!!


p/s: Oh yer...Adam AF pun ader...anak didik baru KRU, kumpulan VIP pun ada..

p/s: Menyesal tak bawak KAMERA GAJAH....huaaaa!!!!



 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!! 
 

Saturday, March 26, 2011

Top 10 Hidangan Pelik dari Seluruh Dunia

1. Guinea pig "panggang".Hidangan ini mesti disediakan ketika festival berlansung di Peru.Ini adalah hidangan tradisional. Nampak sedap kan..haha
2. Hidangan dgn darah fresh. Mangkuk ini mengandungi darah beku sangat terbiasa dihidangkan di Asia Tenggara.Area mana tu? saya pun kurang pasti. Darah ini biasanya diambil dari darah itik atau bab1 dan boleh dimakan dimasak dengan isi perut yg berbeza.yulks

3. Kuda laut yg di tusuk lidi sate. Di China mereka goreng kuda laut ini dan kuda itu ditusuk pd daging perut untuk dijual. Kuda kuda ini dianggap sedap  kerana kuda laut jarang dijumpai.

4. Ular doe!! . Kebanyakan penduduk di China  serbuk ular dan ular adalah hidangan umum bg mereka. jgn terkejut. 

5. Labah-labah goreng. Labah-labah rasa dia seperti ayam tau, dan jika anda ingin mencubanya, anda perlu pergi ke Kemboja. Atau pun anda tangkap je sendiri kat rumah .lepas tu goreng. emm rangupnya

6. tawon Digger keropok beras. Dalam keropok beras Jepun,tawon ni begitu popular di campurkan dalam hidgn tu. emm terasa nikmatnya Tawon. keriok keriok!!

7. Mars Bar goreng. Dianggap sebagai salah satu hidangan paling terkenal Scotland, Mars Bar ini digoreng dalam minyak.
8. Haggis.  Kelihatan seperti sayur, tetapi ia sebenarnya hati kambing, paru-paru dicampur dengan rempah-rempah, oatmeal dan bawang.emmm sedap sungguh bila memakannya . nak lagi nak lagi

9.lolipop cacing. Lolipop ini dipenuhi dengan cacing oatmeal dan belalang. Anda hanya perlu  menghisap mereka dan memakannya mcm lolipop biasa. emmmm sedapnya 

10. Lidah Itik . terdapat di Hong Kong, dan sering dihidangkan dengan celery. 

Sumber sini:


p/s: Ya Allah...macam2 betul yer makanan pelik2 kat atas...kalau upah suruh makan pun....memang takan makan sampai ke sudah!!! Tgk pun dah geli!!!!


 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!