Tuesday, August 31, 2010

Blog terpilih....


Hati sangat teruja ..
Dan begitu gembira..
Pabila dapat tahu yg blog damia aleesya + damia ayyunie..
Terpilih antara blog yang wajib dibaca..
Oleh sesetengah rakan blogger..
Alhamdulillah...

Ibu sangat-sangat berterima kasih..
Kepada mereka2 yang sudi membaca..
Walaupun gaya penulisan tidak lah sehebat mana..
Tapi sekurang-kurangnya apa yang lahir di sini adalah tinta di hati..
Sekadar untuk berkongsi...
Mana yang perlu sahaja..


Terima kasih kepada mama rifqy..
Kerana telah menyenaraikan blog ini sebagai blog pilihan...
Tak sangka...jujur ibu katakan bahawa sebelum ni ibu jarang ke blog mama rifqy ni...
Sebab ibu tak follow dia...
Tapi sekali tu ntah cam mana...disebabkan mama rifqy selalu tinggalkan komen..
Tergerak hati nak gi melawat blog beliau..
Tgk2 ader entry pasal ni..
Owhhhh what can I say....sangat terharu...
Terus ibu jadi follower beliau..


Lagi satu...ingatkan golongan mommies atau rakan2 minat DSLR jer baca blog ibu..
Rupa2nya budak sekolah pun baca blog ibu ni hah..
Itulah nama meimei diberi..
Ni bukan students ibu tau...tapi anak kepada kenalan ayah damia..
Well...Jangan stop baca blog aunty yer...hehe..

So, ader sapa2 lagi tak yg mesti hari2 baca blog ibu ni???
Nanti bagitau erkk..boleh ibu jengok2 selalu rumah korang...
Kalau silents reader (yg tak der blog) pun jangan segan silu tinggalkan komen kat shout box tu..
Sekurang-kurangnya anda dihargai dan diingati....
(Echot!!!..I know you will read this..hahaha)


p/s: Dah berzaman diaorg ni pubish entry ni....baru terhegeh2 nak buat....


Bendera Malaysia pun ada orang nak curi ke??

Sedikit info berkenaan Bendera Malaysia:

bendera_malaysia
1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI
Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.


SAYA amat berbangga menjadi rakyat MALAYSIA...
Kerana MALAYSIA adalah Tanah tumpah darahku...
Semalam saya dah beli BENDERA MALAYSIA...
Untuk diletak pada kereta...
Menunjukkan saya CINTA akan MALAYSIa
Tapi malangnya, bendera itu telah hilang semasa saya nak balik kerja kul 10 malam tadi..
Tak mudah bendera MALAYSIA tu nak tercabut sebab saya beli yg jenis pelekat kat wind screen kereta..
Tapi kemanakah BENDERA MALAYSIA itu hilang...
Tak pe saya berfikiran positif..
Mungkin orang yang amik BENDERA MALAYSIA tu just nak pinjam..
Nanti dia pulangkan balik lah tu (baik kan saya)..
Ataupun mungkin juga BENDERA MALAYSIA itu telah tercabut,
Akibat membawa kereta dengan kelajuan 200 km/j (giler...gi office pun nak pecut ke?)
Apa2 pun saya tak kisah, saya boleh beli lagi satu....
Semoga minda kita tidak DIJAJAH oleh nafsu yang bukan-bukan...
Oh yer....Hari ini saya kerja..
Demi untuk anak2 merdeka....
Balik kerja kul 12.30 pm...nanti kul 1:00pm kena cepat2 bersiap..(aishhhh...penat lagi)
Sebab saya ader program CHARITY seperti dibawah:
semoga niat kita untuk menolong mereka yng memerlukan diberkati...


p/s: ntah naper tiba2 mood ber SAYA-SAYA timbul...kata guna bahasa baku sempena MERDEKA .

Monday, August 30, 2010

Disebalik tabir...


Gambar2 kat bawah ni ehsan daripada Nikon coolpix ..
Masa model tak berbayar tak der keje..sempatlah snap2 mana yg patut..
So jom tgk usaha gigih para peserta utk dapatkan shoot yg terbaekkkkk..


Walaupun ayah damia sedar dirinya i tidak lah sehebat otai-otai diluar, namun ia cukup bermakna apabila ilmu yg ada dikongsikan bersama-sama....masih banyak yg perlu belajar lagi...ilmu memang takkan habis dibelajar


mari berkenalan dengan kamera anda...aishhh...agak cabarn jugak sebab ader peserta yang guna SONY, ader yang guna NIKON, walhal ayah damia guna CANON...so memang banyak ilmu yg perlu di godek dan dikongsi bersama


Sungguh serius menimba ilmu...masing2 gembira apabila dapat snap2 gambar yg memuaskan hati.


Tak berat ke???


Gaya ayah damia 


Fiza kata rumah ni macam rumah hantu..hehehe..sungguh artistik ini rumah


Gatal pun gatal lah....asalkan dapat snap yg terbaeeekkkkk

Ader lagi satu part ....snap2 kat Danga Bay....yang tu kena tunggu kamera peserta

p/s: dari pagi lagi hubby dok sibuk....contact rtm, tv3, utusan, sinar harian utk program esok....tu tgh buat speech lagi utk org2 berkenaan....itu lah nasib jadi S/U kan....sentiasa sibuk di belakang tabir....nak pinjam guna laptop dia pun tak bg tu....aishhhh...ni dia dah baring jap....sempat lah nak curi2 guna....laptop ibu services tak siap2 lagi...adoilahhh...desktop lak malas nak on....so, hari ni tak sempat nak gi blogwalking rumah kawan2 lagi tau...jap gi ibu singgah rumah korang

p/s: Esok merdeka kena keje kes ganti kelas punya pasal....balik kul 12.30...pastu siap2 berkumpul utk program Charity esok kul 1...alahai...pack lagi waktu cuti..


Siapa modelnya untuk Outing Asas Fotografi?

Hujung minggu????
Memang banyak ler citer yg nak kita kongsikan bersama tak...
Cuma sempat tak sempat jer kita nak share citer2 tersebut...

Antara xtvt yg paling menarik atau lebih tepat ialah first experienced kami ialah...
Kisah "Outing Asas Fotografi" yg dikelolakan oleh "khai mohd fotografi"
Tercetusnya idea nak buat kelas fotografi ni adalah requested by his(ayah damia) students..

Actually ramai students yg berminat nak join...
Cuma disebabkan hari sabtu aritu ader SEKOLAH GANTI kat sekolah masing2...
Then TUISYEN pula diforwardkan  ke hari ahad...
So hanya beberapa kerat students jer yg boleh join outing ni..
Aishhhh....kenapalah sekolah2 ni lambat keluar pekeliling sekolah ganti..
Kan dah menyebabkan banyak pihak yang susah..

Walau cam mana pun..
Ader gak blogger dan kawan ibu yg nak join kelas ni...
So, boleh jer sebab kelas ni memang utk basic class kan...
The more the merrier..

Cuma last minute lynn hamzah terpaksa tarik diri sebab ikut husband gi melaka,
Rasyiqah Hanina(alamak, i ader FB you jer) lak tak dapat hadir atas sebab 2 tertentu..
Oraittt...no hal...sebab insyallah lepas raya ader lagi kelas untuk "MOMMIES" lak...
Kali ni tempat yg lagi best dan cantik..

Ok jom kita tgk sedikit sedutan dari kelas tersebut..
Actually tak banyak gambar disebalik tabir ni..
Kena tunggu gambar dari kamera peserta dulu lah yer...




Eh eh bear + flower ni jadi model utk outing kali ni rupanya..



Tapi apa2 pun memang terpaksalah khai mohd fotografi guna model tak berbayar :) ni jugak...
Katanya benda hidup senang nak berinteraksi dengan photographer....ekekek



Macam2 angle dan sudut para peserta belajar semalam..



Dari satu tempat, ke satu tempat peserta cuba praktikkan apa teori yang diajar..


Tak sabar nak tunggu para peserta upload gambar masing....
Mesti penuh kamera diaorg dengan muka model tak berbayar ni kan...


Buat julung2 kalinya...ayah damia telah mendera para peserta perempuan untuk baring, guling-guling, meniarap, mencangkung, bertinggung semata2 nak para peserta berpuas hati dgn gambar masing2...
Dan yg bestnya...uols semua sporting lah...you ROCK babe..
Ibu tak pernah lagi tgk peserta pompuan buat style ekstrem cam tu...


Yg jadi juru sampai: Khai mohd
Anjuran : Khai mohd photography
Yang jadi model tak berbayar: Ibu damia
Yang sudi guling2 dan baring atas tanah: 
1. Sall Amran
2. Syana
3. Aza Shafiza
4. Zurika maya
5. Shukri Shahran


Terima kasih  kepada para peserta yg join kelas ni..
Tu pun dah ader yg request lepas raya cepat2 buat kelas lagi...
Hehehe...insyallah..


Dan yang pasti kami berdua memang selesa bekerjasama..
Dari dulu, kini dan mungkin selamanya..
Memang kami senantiasa bekerjasama...
Tanpa salah seorang daripada kami,
Terasa tidak cukup lengkapnya ..

To ayah damia!!!! Bravo!!!!..
Sayang akan sentiasa menyokong abang dari belakang...
Dan yg penting I ilke your style to teach and share your experinced with them...


p/s: Balik kelas terus tido tak henggat dunia...solat zohor pun kul 4 lebih dah...bangun2 terus gi Singapore lagi amik last stok kebaya kanak2...so semalam kami berbuka puasa di OVERSEA lah...

p/s: Tak sabar nak tgk muka sendiri dalam kamera peserta...agak2 cam mana lah rupa ibu tu yer..

p/s; Ayah damia kata, ibu kaku sikit jadi model....hehehe...kena belajar ngan aleesya ni..

Saturday, August 28, 2010

Moments with newborn baby contest


Nak join..nak join...dah lama nak join tapi asyik tertangguh jer...hehe...selagi tak dekat nak tarikh tutup selagi tu lah dok tangguh2...ok lah...sapa2 yang nak join contest alyyani yang bertajuk Moments with newborn contest ni, boleh klik sini.

Gambar yang dipertaruhkan:

Welcome to the world baby...It’s so priceless when I can captured her in a photograph.

Nama bayi: Damia Ayyunie bt Khairuddin
Tarikh lahir: 30 Mac 2009
Berat: 3.45kg
Umur masa gambar diatas diambil: Beberapa saat keluar dari rahim ibu...masa ni tali pusat pun baru nak potong
Nama ibu: Ayu/ Ibu damia
Email: zamzarina99@ yahoo.com

Detik di atas adalah detik yang paling mengembirakan buat seorang insan yg bergelar ibu. Walaupun kelahiran ke-2, namun banyak perbezaan antara kelahiran puteri sulung kami. Contohnya utk kelahiran ini, ibu terpaksa INDUCE utk mempercepatkan proses kelahiran akibat lewat 2 minggu dari tarikh jangkaan Dr. Masa utk push pun adalah lebih lama dan memerlukan tenaga yang berbeza dengan yg pertama. Bayangkan akibat menahan kesakitan (kata org sakit normal ngan sakit induce berbeza) yg teramat sangat, butang baju kameja suami turut tercabut dari kedudukan asalnya. Hanya ayat-ayat dan bacaan doa sahaja yg dapat menenangkan ibu utk melihat bakal wajah puteri ke-2 kami ini...Alhamdulillah...setelah beberapa kali push, akhirnya lahirlah DAMIA AYYUNIE BT KHAIRUDDIN...terasa segala kesakitan yg ditanggung sebentar tadi hilang serta merta..

Oh yer detik diatas juga pasti tidak akan dilupakan oleh suami tercinta. Kerana benih-benih cinta kami, telah menghasilkan zuriat yang sempurna olehNYA.....Jika pada kelahiran puteri sulung kami dahulu hanya berbekalkan video record, namun kelahiran kali ini penuh dengan gambar2 dari saat2 ibu dimasukkan dalam labour room, hinggalah Ayyunie didakapkan semula oleh ibu untuk menyusu badan....apa lagi yang boleh diceritakan oleh seorang ibu yg pasti berbangga kerana telah melahirkan zuriat kepada suami tersayang...SYUKUR ALHAMDULILLAH..


Cantik Itu Kamu Contest 4 You



 click HERE! kalau nak join...

Gambar yang terpilih:


Kenapa gambar ni dipilih???
Sebab tgk tajuk tu ader kena mengena dengan CANTIK
So, terus teringat masa join BEAUTY CONTEST ni...
Actually kalau hari2 biasa, jangan harap lah nak make over cam ni..
Nasib baik ler ader BEAUTY CONTEST ni....boleh jugak tgk rupa sendiri lepas di make over..
Alhamdulillah...mungkin rezeki...kemenangan di tempat pertama..
Sejak dari tu, mula menghargai diri sendiri...sebab kalau public dan judges boleh appreciate kecantikan kita..
Mengapa diri sendiri tidak boleh lebih menghargainya???

Cantik itu subjektif....tiada kayu pengukur utk mengesannya..
Jadi hargailah diri anda semua..
BEAUTY IS IN THE EYES OF BEHOLDER

hadiah ditaja oleh:


Powered by BannerFans.com



SENYUMAN MANIS SI COMEL GIVEAWAY

anjuran MamaZarith

Nak join??? sila klik sini ye :



Gambar pilihan adalah :



Nama: Damia Aleesya Bt Khairuddin
Umur : 2 tahun 10 bulan
Status : Anak sendiri
Nama Pengirim : Ibu damia/ ayu

Gambar kat atas tu baru jer snap2 semalam....saja bawak aleesya pi hirup udara segar pagi2....alhamdulillah...komitmen yg diberi memang baik...may be sebab masih pagi lagi kan...tu yg senyum seindah suria tu...hehe

Btw adik aleesya pun sepatutnya ibu nak snap2 jugak....tapi boleh pulak dia muntah2 masa sampai kat sini sebab baru perasan pagi tu demam...so terpaksalah rehatkan dia dulu...walau cam mana pun ibu tetap nak masukkan dia dalam contest ni jugak....gambar pilihan:


Nama: Damia Ayyunie Bt Khairuddin
Umur : 1 tahun 5 bulan
Status : Anak sendiri
Nama Pengirim : Ibu damia/ ayu


Good luck to both my Damias

Friday, August 27, 2010

"Penat ni bu jadi model"


Pagi tadi kul 8:30  - 9:30 pagi...
Ayah damia bawa ALEESYA + AYYUNIE pi photoshoot...
Tapi disebabkan ayyunie kurang sihat, sampai muntah2..
Maka talent hanya damia aleesya jer lah...
Ibu lak jadi PA jer....hehe

Tapi yang curiuos tu kan...
Tak sempat ibu nak ajar posing pun..
Aleesya dah buat macam2 pose dah..
Siap baring, terlentang, bersimpuh bagai...
Rasa sgt senang bekerja ngan Aleesya..
Agak2 mewarisi genetik mana yg suka posing ni yer???

Ok jom tgk gambar...tgk 3 dulu yer...ader ratus2 ni...
Sebarang kritikan, komen dan teguran dialu-alukan...






Tapi kan...tapikan...
Yang paling buat ibu + ayah damia impressed kan..
Boleh aleesya cakap
"Penat ni bu jadi model"
Ya Allah...terpaku jap pabila aleesya cakap macam tu...
Boleh dia pk sampai cam tu erkkk...hehehe...tak sangka langsung..
2 kali lak tu dia cakap cam tu...

p/s: Semalam masa aleesya tgk koleksi2 gambar2 ibu, dia cakap 
"nak jadi model cam ibu"
...erkkkk..


My Sony dah sampai.....4 lapis balutan lagi tau..

Semalam dapat hadiah....
Tima kasih yer awak....

Tapikan yang paling best sekali...
Sampai 4 balutan tu hah...
Nak protect punya pasal kan...



Ni balutan yg pertama


Balutan kedua


Balutan ketiga


Dan yang last sekali, balutan keempat..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Tapi apa hadiahnya yer???
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Tadaaa.....Sony MP3...
Alhamdulillah.....


Tima kasih sekali lai yer Mas sebab sertakan sekali kad raya.....kad raya yang kedua selepas preudential...hehe

Oh yer...hadiah tu kemenangan utk contest ini...

p/s: out...nak gi photoshoot...