Monday, October 26, 2009

Ibu damia akan bercuti selama seminggu







DENGAN INI AYAH DAMIA MEMAKLUMKAN BAHAWA IBU DAMIA AKAN BERCUTI DARI MENULIS ENTRY DAN MEMBACA SERTA MEMBALAS KOMEN,  SELAMA SEMINGGU BERMULA DARI 26/10/2009 (ISNIN) HINGGA 31/10/2009 (SABTU) KERANA IBU DAMIA TELAH DIBERIKAN TUGAS2 KHAS YG PERLU DISELESAIKAN DALAM MINGGU INI....NAK TAU APA TUGAS2 KHAS TERSEBUT....TUNGGU SELEPAS IBU DAMIA MENYIAPKAN TUGAS2 KHASNYA....

HARAP RAKAN2 BLOGGER SEMUA FAHAM.....TQ...

PERINGATAN KEPADA IBU DAMIA!!!INGAT IBU DILARANG MEMBUKA BLOG SELAMA TEMPOH BERPANTANG INI...JANGAN NAK CURI2 BUKA....CCTV DAN HIDDEN CAMERA ADER DI MANA2....HARAP MAKLUM!!!!
(walaubagaimanapun, kalau tugasan tu cepat siap, cepatlah boleh bermesra semula dengan blog kesayangan ni...)



ENTRY INI DITULIS OLEH:


AYAH DAMIA
25/10/2009


Sunday, October 25, 2009

::BABY IN GOWN CONTEST::

Kali ni ibu nak masuk contest lagi......huhuhu tgh kemaruk nak masuk contest ni.....cuba2 jer, manalah tahu kot2 tersangkut kan.... contest kali ni dianjurkan oleh oleh mamaalieya.....jom tgk apa syarat2nya....


Syarat Penyertaan

1. Contest ini terbuka kpd semua bloggers..Bermula pada hari ini 1 October - 28 October 2009..


2. Diwajibkan menjadi FOLLOWER blog mamaalieya..and ADD link blog mamaalieya dalam bloglist anda..

3. Diwajibkan untuk letakkan banner di side bar blog anda.. Banner tersebut mestilah di link dengan link ini

4. Sila upload sekeping sahaja gambar anak anda & buat entry tentang contest ini pada blog anda. Pada gambar tersebut, nyatakan nama baby & tarikh lahir baby..

5. CONTEST nie terbuka untuk baby girl shaja, gambar tersebut mestilah gambar baby yang berpakaian baju GOWN. Baby korang mesti berumur 1 Bulan hingga 2 tahun ja..
-
-
-
-
-
-

Disebabkan ibu mempunyai 2 puteri yg layak untuk masuk contest ni, maka ibu akan hantar 2 penyertaan sekaligus kepada penganjur...


CALON PERTAMA: DAMIA ALEESYA BT KHAIRUDDIN
D.O.B: 17/10/07






CALON KEDUA: DAMIA AYYUNIE BT KHAIRUDDIN
D.O.B: 30/03/09





Kepada sesiapa yg ader anak perempuan + pakai gaun tu..jom lah join contest ni..
Nak tahu tentang contest ni dan hadiah2nya???
Klik disini..........


Saturday, October 24, 2009

::ONLINE CONTEST - SENYUMAN CERIA SI COMEL::


Waduh..waduh.....masuk contest lagi ya buk......(eh eh ni pa hal lak slang indon ni)....Sana sini orang asyik citer post pasal contest. So ibu pun tak nak ketinggalan juga. Sekadar memeriahkan suasana disamping mencuba nasib....kalau menang alhamdulilah, kalau x menang pun tak pe....rezeki ada kat mana2..


Kali ni ibu damia nak join contest yg dianjurkan oleh SMILEYKIDZ.

Memang menarik contest ni kerana secara tak langsung kita boleh imbas semula saat2 si comel kita senyum sambil bersukaria.


Jom kita tgk syarat2nya....





Terbuka kepada si comel berusia 1 hari - 4 thn sahaja.


  • Jadi Follower SMILEYKIDZ dan Add SMILEYKIDZ di dalam bloglist anda
  • Letak banner contest ini di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
  • Buat entri mengenai Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel ini di dalam blog anda
  • Kemudian, upload gambar si comel di dalam entry tersebut dengan senyuman yang paling ceria/happy/sweet. TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di nilai.
  • Jangan lupa nyatakan nama si comel dan umurnya.
  • Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke SMILEYKIDZ .
  • AMARAN: no link back will be disqualified 
Disebabkan ibu ada 2 orang puteri yang layak masuk contest ni maka ibu akan hantar 2 penyertaan sekaligus,,,

CALON PERTAMA : DAMIA ALEESYA BT KHAIRUDDIN
UMUR: 2 TAHUN


7 MONTH

 
11 MONTH

 
11 MONTH ++

 
1 YEAR 11 MONTH

 
2 YEARS


CALON KEDUA : DAMIA AYYUNIE  BT KHAIRUDDIN
UMUR: 6 BULAN




 3 MONTH

 
 4 MONTH

 
 5 MONTH

 
 6 MONTH

 
6 MONTH 



NAK TAHU APA HADIAH UNTUK PEMENANG CONTEST NI....YEEEHAAA...HADIAH YG DIIMPIKAN OLEH IBU DAN AYAH KERANA  KAMI NAK SANGAT2 BUAT OUTDOOR FOTOGRAFI NI....TU PUN KALAU MENANG LAH YER.....


Pemenang Utama x 1 org:

Outdoor fotografi selama 1 jam
~unlimited shots~
~1 sticky album dengan 20kpg gambar terbaik~

******************

Pemenang sampingan x 2 org:
Voucher fotografi SMILEYKIDZ bernilai RM50



Friday, October 23, 2009

::2ND BIRTHDAY PARTY CELEBRATION::

Sabtu malam lepas (sama hari dengan Deepavali), selamat sudah majlis birthday DAMIA ALEESYA yg ke -2. Walaupun majlis tidaklah sehavoc + segempak mana, tapi alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar. Dimulakan dengan sambutan birthday DAMIA ALEESYA yg mana semua tetamu terutamanya kanak2 menyanyikan lagu " Happy Birthday", kemudian diteruskan lagi dengan alunan merdu bacaan ayat2 suci oleh Kumpulan Marhaban dan sekaligus meraikan open house utk tetamu2 yg dijemput.....Memang meriah....tak menang tangan dibuat oleh ibu + ayah utk melayan tetamu.....

Actually setiap tahun sejak berkahwin, ibu memang tak pernah miss buat open house...kiranya ni kali ke 5 dah buat open house ....ditambah pula sejak mendapat DAMIA ALEESYA yg kebetulan setiap kali nak buat open house, mesti tarikh birthday tu sama......tu yg sekali arung buat tu.....leh save budget + tenaga + masa sikit.....kalau tak haru nak buat satu2 untuk birthday, marhaban dan open house.....confirm pengsan lah ibu dan ayah...


Walaupun majlis bermula 8 malam..... tapi jam 7.40 dah ader ramai dtg....sedangkan ibu baru naik atas nak mandi dan siap2....huhuhu...haruslah ayah layan tetamu dulu yer....dan yg paling penting birthday girl????? Haruslah bertempek jer kat ayah dia.......tepat kul 8 ibu turun, tgk2 pergghhhh...semua kerusi dah dipenuhi tetamu....buaian kat garden tu pulak dipenuhi dengan kanak2 yg comey2 semuanya.....tahun2 sebelumnya jemputan lebih kurang 200 org....tahun ni bertambah sikit bilangannya coz kenalan dah semakin ramai.....rakan2 blogger yg baru pun ader dtg......


Banyak pulak pendahuluan yer...kite terus masuk isi kandungan jer lah....jom layan pics...


 Pemandangan luar
 Tahun ni khemah tema purple, tahun lepas merah, tahun sebelum tu gold.....
Next year warna apa pulak erkkkk????

 
 Some goodies for kiddies

 
 Goodies some more

 
 Birthday girl is eating ice-cream
(Nasib baik tak comot)

k
Antara guest yg terawal sampai
(konvoi dr WISHCLUBM7)

 
 Some of the guests
(Oppps....ader tong ice-cream lah....actually tu memang ibu upah dia duduk kat situ and bagi ie-cream kat budak2....tapi mak bapak budak pun layan.....)

 
The cake

 
Prepare for singging "birthday song"
(Pics blur2)


 
Damia Aleesya yg takut nak pakai topi bithday tu....

 
Here we go for the song

 
Ayah damia lak bersungguh2 nak tiup
(Actually Aleesya pandai blow the candle, tapi ntah nape ari tu tak nak)

 
We are in white
(Ibu dan Aleesya pakai baju sedondon, majoriti guest yg dtg semua tegur....siap ader yg cakap
" Ni mak dia punya party atau anak nya?".....ahaks.....)

 
Neighbour yg jadi tukang potong kek utk kidies

 
Ibu + Damia Ayyunie

 
Ayah + Damia Aleesya
(Aleesya macam biasa lah.....bertempek jer kat ayah)

 
Marhaban group

 
With my staff

 
Dah tak ramai guest barulah Aleesya nak main2

 
Akhirnya tepat jam 11 malam, semua guest dah pulang...
(Tapi ader lagi sorang guest (neighbour sebelah jer) yg baru balik dr kg datang....kiranya last guest la tu...)

 
Kendarat2 yg sedang bizi tgh tapau....
(tq yer akak2 semua.....tahun depan jadi kendarat lagi..hiks...)

 
Tepat jam 11:10 malam, Aleesya lena diulit mimpi...
(tak sampai 5 minit pun minum susu, terus zzzzzzzz)
Sian Aleesya , penat sangat lah tu...

 
My sweet lil princess.....muahhhhh....


 
Keesokan harinya, time for open the gift & present......

p/s 1: Jangan tak cayer, lepas jer last guest tu balik dalam kul 12:30 malam, ibu & ayah terus keluar gi restoran makan nasi + minum air....penat oooo... tambah2 semua makanan dah habis...

p/s 2: Kalau tahun lepas birthday present banyak dapat baju (dekat 13 pasang), tahun ni banyak dapat bear + pillow yg ader character.....tq guys kepada sesiapa yg bagi present for Aleesya....hope rezeki uolls bertambah...

p/s 3: Aleesya sebenarnya memang tak pernah tidur lewat...selalunya 8 malam tido, then time ibu + ayah balik keje around 10.30 malam, bangun balik....

p/s 4: Kesian Ayyunie, disebabkan ibu dengan ayah sibuk layan tetamu, bibik lak sibuk kat dapur...last2 tertido kat tangan my staff, Siti. Huhuhuhu....

p/s 5: Majlis tahun ni agak kurang complete sikit coz, tahun lepas staff ibu yg jadi MC, yg deco2 balloon, yg amik2 gambar dan lain2....tahun ni semuanya ibu + ayah kena buat sendiri coz kebanyakan staff ibu balik kg + ader program sendiri dan kebetulan lak cuti deepavali

THANKS TO ALL YG SUDI LUANGKAN MASA HADIR KE MAJLIS INI......
MINTA MAAF KALAU ADER YG TERKURANG ATAU TAK KENA........
HARAP JANGAN SERIKLAH YER......















Wednesday, October 21, 2009

::MENU FOR THE DAMIA ALEESYA'S BIRTHDAY PARTY::


Fuhhh......akhirnya ada juga masa yg dicuri untuk meng'update' entry pasal " 2nd Birthday Party Damia Aleesya' yg diadakan sabtu malam lepas......Kalau x curi masa, memang tak update lah jawabnya....last2 terkubur begitu sajer sesebuah cerita......

Sebelum ibu Damia cerita tentang celebration birthday party tu, jom kita tgk menu yg 100% disediakan  oleh tangan ibu sendiri. Anggaran tetamu 200 org. Langsung tak de catering atau tempah2....Tiap2 tahun memang masak sendiri jer coz lebih puas hati macam2 ada walaupun kepenatan yg melanda boleh dirasai hingga 2 hari.

Majlis tak de lah grand @ gempak sangat pun...tak de tema dan deco yg bagai....besederhanalah katakan...Cuma setiap kali kalau buat program makan2 kat rumah ni, lebih suka buat style BBQ....(dah 4 tahun dah buat BBQ ni, sampai dah ader org aim dah....harus tahun depan ubah style lain).

Oraitt.....jom kita layan gambar...layanzzzzzzzzzz...


THE PRESENTATION OF FOOD


 Buat kat car porch.....tema ala2 garden (yo yo or jer..hiks)
Nak dijadikan citer ader lah deco2 reben beberapa hari b4 celebration tu...tapi lupa lak nak gantung kat belon tu, last2 tergantung kat dalam rumah....




 Simple je kan....

THE STYLE

 
 BBQ style....
Dari dulu lagi org asyik tanya jer, tong BBQ tu amik kat mana? coz macam hotel punya jer...
BTW tong tu tempah khas kat kelate.....(bayangkan dari kelate balik JB bawak tong tu)...



MAIN COURSE

 
 POTATO WEDGES
(ader yg ingat ibu beli siap potato wedges tu, lepas goreng hias dgn mayo + sos + mustard)
Soryy yer, wedges tu home made by ibu....potato tu potong wedges, the rebus, pastu golek2 atas rempah yg dibuat khas olehibu pas tu baru goreng ok....



  SANDWICH
Mmmm, ni makanan kegemaran ayah, kiranya special request drp ayah lah buat menu ni...
Penat ooo buat sandwich ni coz org kelate kata " ceretek" (buat2 paham je lah yer)
Mula2 kena masak sardin, pas tu sapu mayo + sardin, pastu kena siat2 salad (bukan saladnasi ayam yer)...huhuhu


BBQ MENU


 
KERANG BAKAR
 Gambar kerang ni je yg sempat diambil....yg lain masa ibu sibuk2 snaps pic ni masih tak siap lagi...
Yg tak de dalam pics:
* ayam bbq berempah
* udang
* hotdog


DESSERT TABLE

  
ROJAK BUAH
 Menu yg wajib ader setiap tahun .....Cuma tahun ni buat julung2 kalinya tak guna kuah rojak petis...guna perasa yg ibu buat sendiri.....


 
 PUDING TRIFFLE
Feveret ibu & Aleesya.......tapi rumit jugak lah nak buat coz kena buat satu layer satu layer...
BTW ibu suka sangat dengan hasil kerja ibu ni....look nice (alamak, puji diri sendiri)


 
 COLESLAW
Hohoho....resepi yg paling awal habis.....coleslaw ciptaan ibu...
Yg specialnya coz ibu letak buah pear kuning dalam tu...memang crunchy habis agaknya..
(tak sempat nak rasa pun..huhuhu...next time yg ni kena buat banyak sikit)


KIDDIES CORNER

 
 CRUNCHY + CREAMER MILK
Disebabkan ramai budak2 yg celebrate birthday Aleesya ni, so kena jugak pk menu yg sesuai for kiddies kan...rasanya yg ni dulu kot budak2 terkam...sampaikan ader kes tertumpah2 susu kat buaian kesayanganku itu...huhuhu..tak pe2....aunty dah basuh....

 
 CHICKEN PORRIDGE
Ingat ke sasaran untuk chicken porridge ni untuk babies @ toddler....rupa2nya mak bapak budak pun suka....yummy...yummy....


KUIH RAYA


 
 KEREPEK2 + MARUKU2
Tahun ni ubah style...tak beli banyak pun kuih raya...ader beli kuih sikit2...tapi sampai sekarang pun ader lagi kat atas kabinet kat dapur tu.....banyak beli kerepek + maruku.....leh sambil2 layan tv layan kerepek kan....



 KEK LAPIS ORIGINAL FROM SARAWAK
Ingat lagi tak yg ibu n family gi holiday kat kuching tu.....ha ni lah kek sarawak yang ibu masih setia simpan dalam peti hinggalah saat2 nak buat majlis ni (sayang ooooo nak makan)...ader lagi pattern2 yg menarik..tapi semua dah habis dibeli oleh org..tinggal design ni jer ....btw kek lapis ni memang habis licin....


AIR

* mirinda strawberry
* oren sunquick
(lupa lak nak amik pics)


LAST BUT NOT LEAST.....NAMA PUN SAMBUT BIRTHDAY KAN....SO KEK BIRTHDAY UNTUK DAMIA ALEESYA TAHUN NI IALAH
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
......TARAA....
 
LEBIH KURANG SAMA JER MACAM KEK TAHUN LEPAS...SUKA EDIBLE IMAGE KEK....COZ ALEESYA SUKA TGK MUKA DIA KAT CERMIN...LAGIPUN ADER LAH KENANGAN KAN..BERAT KEK 3 KG.....YG LUCUNYA SEMUA ORG TAK SAMPAI HATI NAK MAKAN KEK YG ADER GAMBAR ALEESYA TU...TAMBAH2 BAHAGIAN MUKA DIA (KEK YG BAHAGIAN MUKA TU ADER LAGI DALAM PETI TU HAAA...SAYANG NAK MAKAN)...


BTW alhamdulilah..menu tak lah sedap sangat, tapi memang habis semua makanan, tak der pun yg membazir..kalau ader lebih2 sikit tu, ok lah buat makan keesokkan harinya....tapi yg sedihnya ibu + ayah + aleesya + bibik langsung tak sempat nak merasa ayam + udang + hotdog BBQ tu....nak tahu apa kitaorg buat keesokan harinya?????
Weolls berBBQ dalam rumah...habis asap satu rumah, habis dapur2 ibu kotor...kempunan sangat weolls nak makan ayam BBQ tu oiii....buktinya?????





p/s: Ayah cakap makanan BBQ tak sempat pun nak refill dalam tray buffet coz ader budak2 Marhaban ni mula2 dia dah makan dgn family dia, pas tu dah balik rumah, alih2 tgk dtg balik tapi beratur kat meja bakar BBQ coz nak TAPAU udang bawak balik rumah... Ayah siap bagi hint lagi"aikkk tadi rasa awak dah balik rumah"....nak tahu apa jawapan budak2 tu " mak yg bagi pinggan suruh kitaorg bawak balik"..hahahaha...ayah siap nak ketawa guling2 lagi kat tanah tu.....adusss....masalahnya siap adi beradik tu beratur tapau...tapi ibu & ayah tak kisah...weolls ikhlas.....cuma cara dia tapau tu yg berbeze sikit....

p/s: sempat ke tak nak buat entry celebration lak???