Friday, July 31, 2009

::TEMA ALA2 KENDURI:

Seperti biasa, khamis mlm jumaat adalah Hari tema bagi students kelas ibu. Semalam temanya adalah "ala2 pergi kenduri". That means boys kena pakai baju melayu lengkap n girls lak pakai baju kurung/ kebaya. Amboi bergaya sakan students2 ibu.......majoriti pakai baju raya tahun lepas............ibu pun x ketinggalan pakai baju raya tahun lepas. Actually baju tu ibu pernah pakai masa pergi 'wedding teacher Mai".

Tgklah kakak2 n abang2 kat bawah ni.......semua bergaya sakan dengan baju masing2. Ader 3 orang students absent dan sorang student x ikut tema......so x leh lah enterframe kat sini.........


Ader girls siap pakai selendang tu...... ni 'tema ala2 nk gi kenduri' atau 'tema pengantin'???
Yang boys lak maintain macho.....
Yg baju hitam kat tepi sekali tu teacher Norita. Wahhh.....cikgu pun vouge jugak semalam....tudung siap lip lap lip lap lagi



fewiitttt.....ayunya kakak2 semua.......
tunggu org datang meminang ker????


Pics kat bawah ni lak tema minggu lepas..... blue & white........

tenang jer nampak semua pakai blue & white....baru semangat nak belajar



Thursday, July 30, 2009

::DAMIA ALEESYA IS THE WINNER FOR............

Alhamdulillah.................Damia Aleesya telah menang contest 'SHARE YOUR STORY & THIS MIGHTS BE YOURS"anjuran Ibu Addin n Nasa.............kalau sesiapa yg berminat nak baca sila klik di sini.




Ibu dapat tahu kemenangan ni pun daripada ayah... ini antara perbualan ibu n ayah dalam tepon....

Ayah: Sayang, Damia Aleesya menang kan?

Ibu : Menang apa?

Ayah: Menang pasal karangan Share the story tu.........


Ibu : Ya ke? Mana abang tahu?

Ayah: Tgklah dalam bloglist tu.........

Ibu : Ntah2 Damia Aleesya lain kot.....

Ayah: Ntah....nanti awak confirm kan...


Lepas jer letak tepon, ibu pun cepat2 buka blog. Memang betul ader nama Damia Aleesya. Lepas tu ibu hantar komen untuk kepastian. Ibu juga telah menerima satu comment from Ibu Addin n Nasa...............memang sah Damia Aleesya menang...................


Kemenangan ibu ini adalah dari pengalaman dan bukannya tulisan. Ibu cuma sampaikan dalam bentuk tulisan agar ia dapat dikongsi dengan org2 lain. Dan yang paling penting, ayah lah yang bersungguh2 menyuruh ibu hantar story untuk contest ni. Ayah juga yang telah mengeditkan dan memberi perasa tambahan pada karangan ibu ini. Ayah juga sebak semasa membaca karangan ini. Ayah lah tunjang dan sokongan kepada ibu semasa menyertai contest ini.

.......................YOU ARE THE HERO IN OUR LIFE, AYAH.........................................

Terima kasih juga kepada penganjur kerana telah memilih Damia Aleesya sebagai pemenang......Tak sabar rasanya hendak menggunakan barangan Crabtree & Evelyn. Nanti kalau ibu dah gunakan barangan yang dihadiahkan oleh Ibu Addin n Nasa ni, insyaallah ibu akan kongsi cerita lagi dengan semua................

Tahniah juga untuk pemenang lain
Nur Aleesya Mohd Adzhar, Muhammad Uwais dan pemenang hadiah saguhati.

Wassalam............








Wednesday, July 29, 2009

My first mandarin class


Pagi tadi for the 1st time Aleesya ikut ibu gi Smart Reader. Nak tahu kenapa???? Coz ibu nak ajar students ibu mandarin song...........so ibu ajak Aleesya join sekali kerana kalau nyanyi2 ni Aleesya memang suka. Tak kira lah lagu apa yang penting Aleesya boleh dancing sekali. Lagipun ibu dah start nak exposekan Aleesya ngan Mandarin......biar pandai cakap Mandarin cam ibu gak........

Let's enjoy the pics
Pic 1 - tengah pakai kasut ngan bibik
pic 2 - tgh posing dalam keta
pic 3 - Aleesya dah teruja nak gi school ni
Pic 4 - Bye2 Ayyunie.........

Ni lak masa mula2 sampai kat smart reader sementara ibu dok setting dvd

Pic 1 - Apalah yg ditgk oleh Aleesya tu? Control.................
Pic 2 - Still control cun....langsung x gerak2 dari kerusi
Pic 3 - Walaupun ramai students dok main slide tu, Aleesya still control
Pic 4 - Dah start panas enjin, siap borak2 lagi ngan kaka2k n abang2 kat situ...


Ni lak masa sesi pembelajaran dan nyanyi2

Alhamdulillah........Aleesya langsung x susahkan ibu. Pandai jer control diri (walhal ibu tahu la sebenarnya Aleesya pun nak main2 ngan diorg gak). Aleesya siap ikut apa yang ibu ajar tu. Ibu duduk Aleesya duduk, ibu berdiri, Aleesya berdiri, ibu buat gaya, Aleesya buat gaya..........good girl. Tapi yang tak tahan tu leh lak time ader sorang students 3years++ ni crying, Aleesya cepat peluk ibu n cakap"takut, takut.......nak milk" . Tu yg gambar kat atas siap pegang botol milk lagi. Yang kelakar tu siap ader students usap2, pegang2 pipi, pin kan rambut, ikat reben Aleesya........dilayan cam princess lak

Ni pics waktu nak balik, students lain x balik lg


pic 1 - ewahhhh, ewahhhh......dah pandai x nak balik tu.....siap merajuk duk atas tangga lagi
pic 2 - lepas dipujuk oleh ibu, barulah Aleesya nak balik....tu pun pujuk beli air ngan kek kat kedai season bawah tu..........

p/s: Anak ibu memang good girl............pandai bawa diri..........next time ibu bawak lagi ok.....yang heran tu awat lah teacher2 kat situ semua kata Aleesya x supa muka ibu..............dah banyak kali dah dengar ni.....sampai x larat nak dengar ni......ahhhhhhhh, ibu x kira.... ALEESYA ADER RUPA IBU .........................


SUSULAN KISAH BIBIK TADI.............


Disebabkan sabtu ni ayah nak install CCTV kat rumah, maka ayah ader survey nak pakai broadband apa ngan kawan2 ayah, ader gak survey internet. Broadband ni actually adalah untuk memantau segala pergerakan di dalam rumah jer.So kalau boleh nak yg biasa2 jer, x de lah yg speed sangat........bukan apa sekarang ni ayah dah guna maxis broadband, ibu pun guna maxis broadband. So takkan lah nak guna maxis broadband lagi.....kopaklah ayah macam ni..........

Hasil survey dgn kawan2 ayah terutama uncle faris ngan Mr. Husband mama3h dan juga replied question dalam forum wish club, akhirnya ramai yang mengesyorkan amik streamyx wi-fi........

So pagi ni pagi2 lagi ayah dah jelajah TM nak tanya lebih lanjut pasal package Streamyx wi-fi ni.........dan finally.............................

ayah dah register nak amik streamyx ni.......so esok kena gi TM tukar tel rumah yg sedia ada ni jer lah coz ayah amik package sekali ngan tel umah.................



BIBIK KU TERKETIP ISI ...........................

Sob...sob.....tak tahulah nak cakap apa ngan bibik Aleesya ni.........

Kisahnya semalam lepas Aleesya & Ayyunie bersiram, we all pun tidur lah.........ibu n ayah lak siap2 dalam bilik nak gi office.....................

Tiba-tiba baby Ayyunie nangis dengan kuat dan lantang sungguh suaranya......Aleesya terkejut dari tido..........ibu lak cepat2 keluar dari bilik dan terus gi bilik Ayyunie tido sambil jerit2 "bibik, apa bibik buat?" Ayyunie nangis teresak2 sambil ibu menenangkannya. Ayah lak terhenti solat zohor dan terus cepat2 masuk bilik Ayyunie tido.

Rupa-rupanya jari manis baby Ayyunie telah terkacip isi. Huhuhu sedih ibu n ayah tgk jari manis Ayyunie berdarah..............Bayangkan jari baby 3 bulan++ tak der isi.

Masalah yang timbul kat sini ialah bibik tidak mengaku kesalahannya. Boleh dia kata dia tak buat apa2 pun. Sedangkan ibu sendiri tengok dia yang ketip kuku Ayyunie tu. Bibik asyik cakap "tak, tak, saya x buat apa2 puan, betul"

Huh... ibu dah masak ngan perangai bibik ni........ FYI, ni bibik yang ke - 3 Aleesya. Ibu n ayah sebenarnya memang tak berapa berkenan ngan perangai bibik ni. Nak replace x der orang indon coz sekarang prosedur org indon nak masuk Malaysia agak ketat. Tambahan pula ejen kata orang indon sekarang x nak keje kat Malaysia. Nak hantar balik burn lah duit ibu n ayah. Dah lah nak amik maid mahal. Maid ni kos dia RM7900 (itupun kos yg paling murah lah ibu jumpa kat JB ni kalau amik ngan ejen yg berdaftar).... dah lah gaji bulanan mahal. Keje rumah x berapa pandai nak buat, Aleesya ngan Ayyunie lak memang x suka ngan bibik ni....sebab tu kalau ibu n ayah ader kat rumah we alls memang berkepit ngan ibu ayah jer.

Kenapalah bibik 2 ni suka cakap tipu????? Cubalah berterus terang........benda yang dah jadi kan....nak marah pun x guna..........at least awak tu jujur n ikhlas keje ngan kita.................

Sebenarnya ibu n ayah dah lali dengan sikap bohong bibik ni.... tapi ibu n ayah malas nak marah2 coz takut bibik buat apa2 kat kitaorg kalau ibu n ayah tak de. Paling2 pun ayah n ibu call guna 3G jer utk pantau n buat spotcheck............ibu tak terniat langsung nak burukkan bibik ni walhal sebelum ni pun dah banyak kali bibik buat hal..............tapi kali ni ibu n ayah dah x tahan sangat sampai ibu terpaksa guna kekerasan pada bibik..



jari manis baby Ayyunie yang tiada isi.......berdarah tu........

ibu sebak n ayah nak nangis masa tengok tangan Ayyunie ni
(walaupun x teruk tapi naluri seorang ibu dan bapa melebihi segalanya untuk anak2)



kasihan Damia Ayyunie....

lepas diulik dan ditenangkan oleh ibu, akhirnya baby Ayyunie tertido.........

Dan disebabkan dah x tahan dengan perangai bibik ni, maka ayah buat keputusan utk pasang CCTV kat umah. Actually dah lama sebenarnya planning nak pasang CCTV ni, tapi ibu n ayah asyik tunda coz nak bagi peluang kat bibik perbaiki kesalahannya. Tapi apakan daya, bibik masih tidak berubah. Ayah dah pun tinggal kan deposit kat kedai CCTV ni. Insyaallah, sabtu ni diaorg akan install....huhu bertambah lagi lah gadget keselamatan kat rumah ni selepas ALARM.



Tuesday, July 28, 2009

::HIKAYAT BETA BERSIRAM & AYAHANDA DENGAN PROJEKNYA::


Jam tepat menunjukkan 12 tgh.................cuaca agak redup............angin sepoi2 menghembus pipi. Tatkala ayahanda sibuk dengan projek barunya, ibunda pula dengan kekandaku, Ayyunie dan "dayangku" x der benda nak buat................tiba2 beta memberitahu kepada ibunda "anakanda nakbersiram (maksudnya nak swimming)" sambil tubuh badan beta dok terkuak2 gaya swimming. Lantaran keadaan yg mengizinkan walaupun jam 12 tgh, lalu ibundaku menyuruh "dayangku" membuat segala persediaan ku untuk bersiram..............

hahahahahikhikhik.............sekali sekala pelbagaikan bahasa....................



Aleesya yg sedang menunjukkan kpd ibu buble2 ditangan



main air time......
(apalah yang ayah dok sibuk ngan projek barunya itu????)



dipantau oleh "dayangku"


banyaknya buih2


Aleesya sedang bercakap ngan ayah



Sementara beta sedang khusyuk dengan siraman beta, ayahanda pula sibuk dengan projek barunya. Projek apa?????? Kata ayahanda, tunggu............................................


bersungguh2 ayah sedang berfikir



inilah rupa projek yg still under progress tu.........

(ader pasu baru yang telah disimen didalamnya, wayar air dan tiub pvc)



Agak2 apalah nak buat yekk....kalau pancutan air, yg sebelum ni pun dah ada.
Air yang keluar ikut cendawan macam air hujan tu......cuba uolls teka????


Sementara ibuanda sedang memerhatikan beta bersiram, kekanda beta, Ayyunie pun turut beria-ia memberi respond terhadap percikan air itu. Kesian pula ibuanda tengok Ayyunie...........lalu ibu pun siramkan sekali beta dengan kekanda beta..................buat pertama kalinya Ayyunie mandi air sejuk (selama ni mandi air suam)........tengoklah reaksinya...


snap from ayah



konon2nya artistik lah tu amik gambar celah pokok...


baby Ayyunie yg x berapa selesa dalam air sejuk ni

(baru perasan, cuba uolls bandingkan badan Aleesya ngan badan Ayyunie.....huhuhu....patutlah org asyik cakap Aleesya ni kurus kering)


baby ayyunie dah siap...x sampai 3 minit pun swimming.....kesejukan....


Aleesya masih meneruskan perjuangan Aleesya untuk bersiram hingga ke titisan akhir
hehehhehehe


Maka, tamat sudah hikayat Puteri Aleesya Bersiram ini..................




FEWITTTTT.....MY NEW BUGGY...............

Last sunday, Ayah ajak ibu pergi Kota Tinggi. Katanya nak Survey Baju Raya. Ibu pun apa lagi on jer la. Tiba2 ibu cadangkan kat ayah supaya beli Buggy otw to Kota Tinggi. Kenapa tiba2 lak ibu nak beli Buggy????????Reasonnya:
  1. Sebab sekarang ni kalau nak outing dah jarang bawak bibik. (Ibu n ayah memang ader masalah sikit ngan bibik ni, nanti2 lah citer). So terpaksalah guna Buggy untuk meringankan beban ibu n ayah.
  2. Kesian kalau Aleesya ngantuk masa gi jalan2. Tak larat de ibu n ayah nak dukung Aleesya. Kalau nak letak dalam stroller, kesian lak kat baby Ayyunie.
  3. Buggy jimatkan space. Kalau stroller yg ader sekarang ni, huhuhu.....keta waja dah penuh bonet. MPV lak dah makan separuh space (tu dah buka seat 3rd row)
  4. SEBAB UTAMA KENAPA KERANA ADA KENA MENGENA DENGAN HADIAH COMING SOON ANNIVESARY IBU N AYAH. Walaupun anniversary ayah n ibu awal bulan 9, tapi ayah dah inform awal2 hadiah kat ibu.Katanya senang nak buat preparation. (nanti2 lah citer pasal hadiah anniversary yang akan dtg ni).
So ni lah gambar2 yang ado.....(snap guna camera HP jer ni)

Align Center
Inilah Buggy pilihan ibu n ayah. Aleesya ikut jer...........

masa tgh test2 nak beli yg mana satu

ader 3 pilihan warna, biru, pink, brown...semestinya pink la pilihan ibu n ayah..... (tapi sebenarnya nak cari yang semua warna pink)


punyalah banyak2 Stroller n Buggy kat sini, satu pun x der warna pink.....hampehhhhhh


yg banyak warna oren, hitam ngan dark blue.......



Yang x tahan tu, time sibuk2 ibu n ayah pilih Buggy, sempat lagi buat muka seposen kat sini.......tercegat jer pegang palang tu tgk bdk2 lain main playground..........ibu n ayah buat x layan...nasib baik lah Aleesya fahammmmmmmmmmmmm

gambar ni tersnap masa Aleesya batuk


bila suruh posing buat muka x layan lak......aikkk, balas dendam kat ibu ayah ker sebab x dapat main playground tu?????

Finally, inilah Buggy baru ku......ayah kata boleh lumba ngan stroller baby Ayyunie..... (hikhikhikhik.................conform lah baby kalah coz ibu yg tolak)
walaupun x sama pink, at least ader gak warna pink sikit kat tgh tu


nEXT, weols pun cari lah tmpt makan coz pagi tadi x breakfast. Ni kiranya BRUNCH teruslah......So ayah decide weols mkn @ cHICKEN rICE sHOP.....................

Ibu ngan baby Ayyunie.............

Ayah ngan Aleesya
(adil lah kan sorang jaga satu)


Dah siap makan, weolls pun gi lah Kota Tinggi.....sampai je sana....mak aiii....panasnyer.....Aleesya x per lah lagi, tapi kesian kat baby Ayyunie.......So jalan2 x sampai pun 1 jam, ayah ajak balik. Gambar kat bawah ni lak diambik masa Aleesya mula2 sampai n ayah tgh parking keta. Banyak tu burung....... memang selamba giler lah burung2 ni. Kalau kita jalan kat tepi2 dia pun, burung ni buat x layan..............



Monday, July 27, 2009

RELAX & RIADAH TIME!!!


Last saturday, ibu n ayah x banyak program......lepas habis meeting kat office, balik rehat2 n tido jap. Lepas asar ibu n ayah pun bawa Aleesya n baby Ayyunie gi Hutan Bandar MPJBT @ Mutiara Rini.........seingat Aleesya lama gak ayah n ibu x bawak gi tmn ni....kebetulan lak Aleesya x berapa sihat, so ayah bawak la Aleesya supaya keluar peluh ckit.

Kali ni ayah bawak basikal Aleesya utk round2 kat tmn tu....ayah kata hari ni kita semua mesti gi semua tempat yg ader kat tmn tu. B4 ni asyik fokus kat depan yg ader playground besar tu jer.............baby Ayyunie lak dalam stroller............so senang lah ibu n ayah nak berpegang-pegangan tangan...ekekkekekekek

Yg best nyer kat tmn ni ader org jual2 mknan n minuman.... pas tu ramai pulak org tu.... tu yg best asyik tgk org jer........Aleesya plg suka tgk org main layang2........

Let enjoys the pics:

masa mula2 sampai kat tmn ...Aleesya warm up ngan slide dulu...gambar minum milk tu dah x tahan sgt panas tu...ibu lak lupa bawa air....tu yg belasah minum milk tu......tapi Aleesya minum sorok2 tau...
gambar kat atas ni lak masa kitaorg tgh ronda2 kat tmn tu..........penat ooooo............luasnyer tmn ni...pas tu berehat jap kat gazebo kat tasik tu......................

meriah sungguh suasana........

Sebelum balik, Aleesya sempat naik Doraemon car.... punya lah ramai yg naik keta ni...... kalu budak kecik cam Aleesya ni dicontrol by remote control.....nampak tak ayah yang tgh contrl keta Aleesya ni??? 10 minit RM3.......ok lah..........tapi yg x tahan tu kena tunggu kat 15 minit gak lah nak nik keta ni......ramai yang waiting...


Baby Ayyunie lak suka sakan dtg sini.....maklumlah ramai org.....dah pandai buat bunyi suara2 besar dah sekarang...pas tu pantang org agah, dah pandai reply balik (tapi dalam bahasa dia lah).....ekekeke.................