Sunday, April 23, 2017

Impiana Hotel KLCC


Otw nak ke KL, singgah breakfast di Kari kambing 40 hari dulu..

Daim tengok je tau kari kambing tu... Makan steamed potato + cheese sauce yang ibu bekalkan aje.. Ayah, ibu & kakak2 memang pantang lalu sini, mesti nak singgah.. Haha..


Sampai Impiana Hotel jam 1 tengahari.. Sementara tunggu ayah check-in, Daim melawat kawasan dulu.. Aktifnya lahai..


Sebelum ibu tinggalkan Daim kepada helper dan kakak2... Bagi minum susu dan makan siap2.. 

Lepas tu jam 2 pm, ibu dan ayah pun ke Kuala Lumpur Convention Centre yang jaraknya tak sampai 5 minit pun depan Impiana Hotel ni. Memang sengaja cari hotel yang dekat accessnya dengan Convention Centre kot2 Daim nangis tak biasa dengan helper ke kan, senang nak balik. Kereta pula parking valet RM24 sehari. Senang depan mata.


View dari bilik tingkat 6 kami. Betul2 depan swimming pool hah! 


Bilik pun just nice.


Macam2 ada untuk basahkan tekak samada cold atau hot drink. 


Bathroom pun best. Ada bathtub. So both Damias sempat juga berendam.


Habis sesi penganugerahan di Convention Centre, jam 5 dah sampai bilik. Tak sampai 10 minit melabuhkan pungguh, eh eh ting tong ting tong ada complimentary lah. Sebiji2 buah mangga, pisang, naga, oren, epal hijau dan epal merah diberinya. Selalu complimentary  buah yang dah siap dipotong.

Mujur ada jari jemari lentik helper yang tolong kupaskan dan potong buah-buah ni.


Jam 6 petang, saya dan helper bawa anak2 ke swimming pool pula. Sementara ayah damia berehat dalam bilik.


The swimming pool. Cantik dan cool!  Complementary green apple kat sini. Ambillah berapa banyak pun yang nak. Janji jangan membazir ya.


Dan taraaa.. Inilah my helper a.k.a babysitter Daim dan Both Damias. Dulu dia bekas student saya, pastu jadi staff aka PA saya juga. Lepas tu sambung belajar kat UPM sekarang. So both Damias memang dah serasi dengan dia. Alhamdulillah. Daim pun ok ngan kakak Diana ni. Kalau tak, takkan lah ibu bagi kebenaran diaorg semua jalan2 dan makan2 kat KLCC sementara saya dan ayah damia dating tengok movie kan. Hihi..


Bertolak dari Impiana Hotel KLCC jam 3 pagi, ngam2 sampai depan office azan subuh untuk mandi dan tukar baju sekolah.

6:30 pagi sarapan pula. Dengan pakej Daim sekali bangun sarapan. Aleesya sampai sekolah macam biasa sebelum jam 7 pagi.

Setiap saat kemanisan ada pengorbanan yang perlu ditempuhi. Terutama MASA. 

Btw masa ni babysitter Daim & both Damias masih lena diulit mimpi kat hotel.

Sekian..


Post a Comment