Tuesday, April 11, 2017

Berpeluang diinterview oleh YAB Menteri Besar Johor


Alhamdulillah..
Selesai dah saya diinterview oleh Menteri Besar Johor, Dato' Khaled Nordin semalam sempena perasmian Dewan Muafakat di Pontian. 

Saya antara yang dipanggil untuk diinterview mewakili usahawan Johor, dan 3 lagi adalah mewakili kategori pendidikan, pengangkutan dan juga RMMJ.

Haruslah saya berbangga kerana terpilih dapat peluang sebegini. Bukan itu sahaja, lepas selesai interview di sini, bergegas balik ke kilang pula kerana ada sambungan shooting di kilang GO-JB CHOCOLATE.. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, semestinya peluang sebegini dari Kerajaan Negeri tidak akan saya sia-siakan. 

Terima kasih Allah..


Sebelum kena interview tu, kejap nervous kejap tak masuk dalam bilik ni. Tapi alhamdulillah, jejak je kaki ke bilik ni, i am so natural & relax. Itu kata2 team produksi kepada saya. Alhamdulillah.. Semua dengan izin Allah..


Touch up dulu sebelum shooting & interview..


Sesekali jadi VIP.. 
Handbag org bawakan, hp org pegangkan, gambar orang ambilkan, air makanan orang hulurkan, muka berminyak orang lapkan, ke destinasi ada lady driver.. Tq Daya dari Permodalan Darul Takzim yang jadi temporary PA akak semalam..😁


Team produksi yang happening dan awesome!


Selfie sikit...

Pastu kami bersambung shooting di GO-JB CHOCOLATE PULA..


Post a Comment