Thursday, April 27, 2017

Gold Coast, Australia II Peter's Fish Market

Lepas balik dari Sea World, kami menuju ke Philip's Fresh Market pula.

Jarak dari Sea World ke Fresh Market lebih kurang 1KM. So decided jalan kaki je lah dari Sea World. Tapi sangkaan kami meleset sebab kaki both Damias lenguh dan penat sangat. Masing2 surrerder nak jalan. Sampaikan menangis Aleesya tu lenguh kaki. Tapi nak tahan teksi atau panggil uber lagi tak berbaloi sebab tempatnya dah depan mata. Cuma kena jalan lah sikit. Last2 ayah damia gilir2 mengendong Ayyunie dan Aleesya. Saya pula maintain tolak buggy Daim laju2.

Ya Allah.. Kesian pun ada kat ayah damia. Ya lah Ayyunie tu berat 45kg. Memang separuh nyawa lah dukung dia. Aleesya ok lagi sebab baru 28kg. Apa2 pun terharu dengan pengorbanan seorang ayah sanggup buat apa saja untuk anak2 asalkan kami enjoy percutian kalini.


Ok. Finally dalam kepenatan dan kelenguhan sampai pun kat Gold Coast's Fisherman port.


Ni lah marketnya. Dalamnya semua produk fresh from sea. Ada juga kitchen yang kita boleh terus suruh masak seafood mentah yang kita pilih tu. Kat luar pula disediakan tempat makan dan santai2 menikmati seafood tu.


Saya hairan kenapa udang2 kat sini semuanya warna merah keperangan. Tak macam udang2 kat Malaysia. Siapa boleh tolong jawab.


Beli seafood & fish @ Philips Fresh Market.. Konon beli ikan fresh nak masak asam pedas (siap bawa pes), tapi sebab tak nak tolak nikmat makan ikan fresh Aussie, maka makan bakar je lagi nikmat.. Isi ikan kental dan tak hanyir langsung.


Kalau tak convert duit RM, murah dah tu..


Beli tanpa was-was..


Burung apa dah org panggil ni ya.. Memang banyak kat area makan ni..


Dan taraaa..
Ni lah menu dinner kami..
Fresh2 bakar, pastu ratah lauk je.. Hihi..

Nanti sambung cerita kami di Warner Bros, Movie World pula..
Post a Comment