Teman perjalanan saya yang sempurna ke Gold Coast, Australia.
1. SOLAR POWER BANK
Serius amat berguna terutama kalau nak bawa gi travel ke negara yang pin adapternya tak sama ngan Malaysia. Sebab dah tak payah sibuk2 nak charge dah. Asalkan negara tu ada matahari memang sentiasa berfungsi. Tapi kalau hujan macam saya haritu first day sampai Gold Coast, memang dia akan off sendiri. Pastu esoknya charge sendiri masa panas pagi. Kalau kat Malaysia, since saya beli bulan Disember 2016 lepas, rasanya tak sampai pun 5 kali charge. Nak beli kat mana? Saya beli masa bercuti kat Gold Coast Melaka (Eh Gold Coast juga) dengan harga RM50 sahaja. Memang berbaloi.
2. POCKET WIFI
Semestinyalah wi-fi ni amat penting bagi traveller masa kini. Selain dari dapat berhubung dengan tempat kerja, family, check akaun, request UBER dan lain2 dapat juga upload gambar travel yang mungkin menjadi rujukan/kenangan. Pocket wi-fi ni boleh request by online (website Travel Recommended) dan nanti self pick-up kat Level 2 sebelah pintu Arriving KLIA2 dan buat bayaran sekali. Setiap negara lain2 pocket wifi dan bayarannya. Macam saya Australia hanya bayaran RM112 sahaja untuk 5 hari. Tapi tapi tapi.. Bila kita dah syok sangat travel, tak sempat pun nak tgk handphone dan guna wi-fi ni. Balik apartment golek2 atas katil baru sempat pegang handphone lama sikit. Tu pun guna wi-fi apartment. Lajuuuuu....
3. MIRRORLESS CAMERA
Sangat berbaloi untuk saya yang suka bergambar ni tapi mempunyai baby kecik. Nak yang kecik tapi hasil setanding DSLR. Kalau DSLR sebelum ni punya lah besar gedabak dan berat dengan lensnya lagi, tapi kalini Canon EOS M10 sebesar tapak tangan sahaja. Dan user friendly sangat untuk kita ibu2 yang busy hands nak handle baby dan anak2 lagi. Paling penting LCD touch screen dia boleh selfie gambar family. Tak payah susah2 suruh orang snap ambar kita dah. Sebab tu trip ke Gold Coast ni banyak gambar family. Ada wi-fi terus connected pada handphone kita. Senang lah nak upload terus gambar.
Sekian review ikhlas dari saya. Moga bermanfaat untuk yang nak travel nanti..
No comments:
Post a Comment