Sunday, April 9, 2017

Gold Coast, Australia || Terokai Sea World

Masih Cerita hari ke-2 kami di Gold Coast..
Masa untuk kami mengecapi kegembiraan di Sea World...
Entry ni banyak gambar..
Jadi sila gigih scroll down sambil baca ya :-)


Alhamdulillah..
Finally wishlist Ayyunie dan Aleesya tercapai juga untuk ke sini..
Hari2 dok ulang tayang VCD "Karipap Strawbery Hello Gold Coast" kat rumah dan dalam kereta... Ambil feel kata mereka..hihi.. Dan sebenarnya kat situ jugalah tercetusnya kami nak bercuti di Gold Coast ni..


 Uikss laju je jalan ya Daim.. 


Memandangkan kami dah ada VIP annual pass, maka kami kena beratur area belakang ni untuk masuk. Kalau beli tiket on the spot, kena beratur area depan sana.

Nak dijadikan cerita, masa tengah beratur kat sini lebih kurang 15 minit, huaaa baru terperasan yang beg kamera saya tertinggal kat entrance Sea World ni. Aduiii dah lah dalam tu ada handphone, power bank, charger kamera dan macam2. Cepat2 lah saya dengan muka cuaknya gi cari kat entrance. Sekali sampai2 entrance, wahhhh ramainya orang. Tadi masa kami sampai tak ramai lagi. Sekali nampak kelibat beg kamera saya kat bawah tiang tu.. Alhamdulillah.. Syukur.. Masih ada rezeki kami..


Tempat pertama kami masuk. Penguin Island...


Cantik je obor2/jellyfish ni jadi hiasan kat atas ya..


Happy family here..


Tengok show dan sketsa Dolphin..


Lucu shownya.. Suka both Damias tengok..


Area Dolphin.. Btw kalau ada pengunjung nak beramah mesra dengan dolphin dalam air pun boleh. Charge dikenakan dan swim suit di sediakan..


Tercapai dah hasrat Ayyunie nak tengok dolphin real.. Eh bukan kat Zoo Singapore dulu dah tengok ke? Lupalah tu..


Suka both Damias masuk sini.. Taman tema Nickelodeon..


Ok saya pun macam kanak2 juga... Happy main semua entertainment dengan Ayyunie..


Beratur nak naik mini roller coaster..


Yang mini ni je ibu berani naik.. Yang tinggi2 laju2 dan pusing2 tu memang tak lah ibu nak naik.. Tapi boleh tahan berdegup kencang juga jantung.. Naik yang kecik macam ni pun saya dah kena bebel dengan Ayyunie "bisinglah ibu ni, tengok adik releks je"... Haha..


Eh ada Dora lah..


Banyak gambar family kalini..


Dah tengahari.. Lapar..
So order makan seafood & fish and chip je.. Ni je yang kami berani makan... Order 2 set, memang kenyang amat.. Untuk Daim memang bawah cerelac dan biskut baby dia siap2...


Sambung jalan lagi..
Lubuk ikan pari.. Besar2 ikannya..patut ada sesi feed the stingray.. Tapi kami malas nak tunggu.. Hihi


Otw ke Shark bay
Macam2 ikan besar ada dalam kolam buatan ni..


Masuk ke underwater viewing shark bay.. Sejuk ya amat dalam tu.. Sempatlah Daim tidur kejap dalam tu.. Kami pun lepak lama juga kat dalam ni melepaskan lelah.. Yang mana ada baby kecik memang lepak lama dalam ni.. Hihi


Besarnya shark!


Besar2 ikannya.. Paling best tengok penyu2 dok main tiang2 dalam giant akuarium tu..


Ilmu mengenali ikan..


Tengok pengunjung yang ambil pakej belajar snorkelling..btw memang kolam buatan ni dalam tau.. Betul2 on praktikal macam snorkelling tengah laut. Ada corals dan hidupan aquatik bagai..


Melepas penat seketika..
Besar Sea World ni.. Jujurnya ada juga sesetengah tempat kami tak pergi..


Macam gambar cover drama pula..hihi


Beruang2 tengah berehat.
Maka kita posing dulu ya Daim..


Candid


Kedai cenderahati..
Amboii suka Daim ya bantal gebu ikan paus tu..


Kenangan..2017.. 
Bye bye Sea World..
Pasti menjadi memori indah untuk kami..

Next: Kami ke Fresh Market pula..

No comments: