Antara aktiviti dan perkara yang paling teruja untuk kami sekeluarga lakukan di Gold Coast
adalah naik helikopter pusing-pusing tengok view Gold Coast dari atas.
Memang terujalah kami sekeluarga dapat merasai scenic helicopter flight ni.
Pengalaman Bird's eye view of the Gold Coast Australia yang pastinya akan
menjadi memorable experience dan sesuatu yang saya dan anak-anak akan bercakap hingga tua kot.
Sebelum nak naik helikopter tu, saya ke kaunter ni untuk serahkan voucher yang saya beli dari online serta confirmkan slot waktu dan tarikh yang telah ditetapkan melalui email.
Lepas tu kena isi details nama2 penumpang dan masing-masing timbang berat pula.
Ini sebab satu helikopter tu ada limit beratnya ya.
Kemudian kami semua akan ke briefing room untuk melihat tayangan DO & DON'T masa naik heli nanti. Dah siap tengok, kami dipanggil untuk masuk menunggu di ruang Aviation.
Kat sini hanya penumpang yang naik heli sahaja boleh masuk.
Barang2 seperti stroller dan lain2 boleh disimpan dalam locker yang terdapat pada briefing room ini.
Daim kena pakai baby safety belt.
Yeayyy helikopter dah sampai.
Walaupun teruja, tapi masing2 pun takut juga weeiii..
Masa nak pergi ke heli ni, kepala penumpang semua kena tunduk sikit.
Sebab takut nanti kipas heli tu cantas kepala masing2 pula..;-0
Memandangkan ayah damia pegang infant, maka kena duduk seat belakang.
Dan saya pula duduk seat hadapan.
Apalah yang diborak oleh dua beranak tu..
Dalam heli nanti, kami semua diberi headphone untuk berkomunikasi antara satu sama lain.
Kalau tak pakai headphone, perghhh bunyi bising yang amat.
Dah pakai headphone nanti, alahai..halus je suara masing2 dalam tu.
Dan masa ini juga pilot akan welcome kita dan mula menjadi tour guide.
Pilot yang sangat peramah. Selalu berinteraksi dan tanya Aleesya & Ayyunie masa flying.
Mujurlah anak-anak faham slang english tu walaupun jawabnya sepatah dua je...hihi...
A very memorable eperience for me and my family.
Its something you can talk about it till you get old.
Peramah sangat pilot ni.
Kami selesa sangat berkomunikasi dengannya.
Ni gambar Sea World dari pandangan Bird's Eye View..
Gold Coast City
Dan semestinya lah gambar-gambar dari pandangan atas semua cantik2 sebab Gold Coast ni sebuah pulau..
Pengalaman terindah untuk kami sekeluarga.
Terutama untuk Aleesya & Ayyunie..
Sempat curi-curi snap gambar ni..
Sebab sepatutnya turun je flight kena cepat2 keluar dari helipad.
Sebab takut kipas heli tu cantas lagi kepala orang kan.
Kalau nak ambil gambar pun kena kat yellow line yang disediakan.
Kiranya safety lah kat situ untuk snap.
And finally..
Our happy family with a great moment!
Kat sinilah yellow line tempat yang selamat untuk bergambar.
Terima kasih Allah atas rezeki dan peluang ini.
p/s: Kami ada tiket masuk ke Sea World, maka entrance nak ke helipad ni seperti dalam gambar diatas. Tapi bagi penumpang yang tak ada tiket masuk ke Sea World, mereka pun still boleh naik juga cuma entrancenya adalah di bahagian lain.
Bersambung lagi ya.....
No comments:
Post a Comment