Thursday, October 8, 2015

Wahhh.. Ada kek dalam bilik hotel dan makan-makan di Boat Noodles


Genap seminggu saya bercuti dari menulis blog.
Hati dan jari jemari meronta-ronta nak menulis blog.
Tapi kadang-kadang akur dengan ketentuan kesibukan Allah beri.

Seminggu saya di Cyberjaya, masa memang sangat terhad. 
Masuk kelas jam 8 pagi, balik bilik hotel jam 10:30 malam.
Kalau ada sikit2 masa terluang tu, saya lebih rela berehat dan tidur sekejap. 

Balik ke JB pula, macam-macam urusan sedang menanti.
Ada interview, menguruskan bulk order dari Oil & Gas Malaysia, persediaan event di Jom Heboh, meeting dan dinner dan macam2 lagi. Namun saya anggap itu semua satu proses pengalaman dan pembelajaran yang seronok untuk team CocoDamia. Belum masuk lagi kelas2 tuisyen untuk persediaan PT3 dan SPM beberapa hari lagi kan.

Ok lah saya start entry saya harini dengan cerita yang paling buat saya terharu! 


Kejadian pada 3rd October 2015.

Lepas saya habis pertandingan "to pitch the business idea" dan balik ke hotel jam 7 malam..

THEY MAKE ME CRY! Siap ada kek untuk meraikan saya!

Buka2 je pintu hotel, terkejut nampak ada kek atas meja.

Huaaa..nak nangis saya!


Thank you for always supporting me and believing in me. 

Thank you for support of everything I do and has helped make me who I am today and I am truly proud. 

Mereka membuatkan saya rasa pemenang sejati! 

Mungkin hanya mereka sahaja tahu betapa strugglenya saya untuk jadi sampai finalis pertandingan di MAGIC tu.


Balik je bilik hotel jam 7 malam, walaupun penat tetap melayan kerenah anak2 untuk have fun di Shopping Mall sebelah hotel dan makan2 bersama keluarga di Boat Noodles.

Cover balik saat2 yang hampir 7 hari tak jumpa..



Bukan main seronok tengok anak2 happy depan mata.


Games yang mereka pernah main dalam IPAD ni..


Tapi tak berapa mencabar..


Tembak2 air kat itik


First time try makan di Boat Noodles.


Menu tak banyak sangat. Tapi boleh lah untuk mengisi perut.


Menu yang mula2 sampai.


Lepas tu add on lagi...hihi..


Ayyunie dengan nasi Kam Pow nya kalau tak silap


Bertingkat2 mangkuknya.
Alhamdulillah..Syukur dapat berkumpul semula bersama keluarga.

p/s: Semoga mood momentum menulis blog kembali!











No comments: