Thursday, October 15, 2015

Seafood Nasi Goreng Daun Pisang

Malam ahad lepas dalam jam 8:30 malam, saya ternampak viral di FB pasal tempat makan ni.
Seafood Nasi goreng daun pisang namanya.
Nampak macam menarik. Google kejap cari info lengkap.
Lepas baca beberapa review tempat makan ni, lepas habis kelas entra untuk PT3 malam tu, terus saya ajak ayah damia ke sini. Walaupun agak jauh juga nak ke Stulang malam2 dan esoknya anak2 pun sekolah, tapi kami sekeluarga tetap bersemangat nak makan kat sini.

Keywordnya adalah kedai 7-11 Stulang. Masuk parking dalam area car park situ, then tempat makan ni adalah berada di hujung bangunan i.e bawah tangga. Senang je nak cari tempat ni, sebab org selalu ramai kat sini. Kalau lalu ikut jalan belakang, ia mengadap flat Stulang.


Mula2 masuk, kena pilih seafood yang kita nak dulu. Pilihan seafood seperti ikan2, udang, sotong nampak segar. Masa ni juga pekerja akan tanya nasi goreng nak berapa? Saya order 2 bungkus je sebab saya baca review sebungkus boleh makan 2 orang. Lepas tu kita akan diberi no order dan barulah kita duduk di meja yang kita nak. Nanti pekerja lain akan datang order minuman pula. 


Ni lah Seafood Nasi Goreng tu.
Memang goreng banyak2 sekali dalam pan besar tu. 
Dalam nasi goreng tu ada udang dan sotong.
Telur tak yah cakap lah berapa banyakkan.


Kemudian, seafood nasi goreng panas2 tadi akan dibungkus dalam daun pisang.
Tu yang uniknya kat sini. Aroma bau daun pisang tu memang membangkit selera lah kan.


Sotong bakar butter pilihan ayam damia. Rasa so-so je. May be hangit kot...hihi..


Ikan bawal hitam bakar. Yang ni best. Sambalnya just nice. Tak pedas. Anak2 ratah sampai licin.


Walaupun nasi goreng order 2 bungkus je, jenuh juga nak habiskan 4 beranak. Hihi..


Sebagai rujukan untuk sapa2 yang nak pergi makan disini.
Siap ada nama kedai, alamat kedai, dan benchmark harga.




Post a Comment