Aduss.. Dah 2 hari saya mengidam nak makan ikan tongkol singgang dengan budu. Sampaikan siap ajak ayah damia gi makan kat kedai makanan Kelantan di Kedai bawah Pokok Ceri kat bandar tu. Alaaa.. Yang depan Persada tu.
Tapi disebabkan jerebu tahap tidak sihat di JB ni, hurmmm hampalah jawabnya. Memang kami seboleh-bolehnya elakkan aktiviti luar rumah. Makan pun bertapau bagai.
Pagini seawal pagi lagi saya dan ayah damia ke Pasar Tani mencari ikan tongkol segar bugar. Tak kira nak masak juga ikan tongkol singgang ni. Alhamdulillah.. Jumpa pun ikan tongkol fresh.
Balik je terus masuk dapur masak ikan tongkol singgang. Simple aje resepinya. Semudah ABC. Jom kita tgk resepinya.
Bahan-bahannya:
Seekor ikan tongkol dipotong 5 bahagian dan dicuci bersih.
Seulas bawang merah besar dihiris nipis.
Dua ulas bawang putih diketuk.
Seinci lengkuas yang dihiris nipis.
3-4 biji cili api.
5 biji bendi yang dibuang kepalanya.
3 cawan air.
Garam dan aji secukup rasa.
Cara membuatnya:
1. Rebus air bersama dengan bahan-bahan yang dihiris dan diketuk.
2. Pabila mendidih, masukkan ikan tongkol tadi.
3. Masukkan garam dan aji.
4. Akhir sekali masukkan cili api dan bendi.
Fuhh hirup kuah panas2 makan dengan ikan tongkol cicah budu dan ulam pula memang bertambah2 lah nasi jawabnya. Ada pula daging korban goreng panas2. Terbaik. Alhamdulillah..
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment