Monday, October 19, 2015

Homemade Kuew Tiaw Celup


Malam tadi merajinkan diri..
Buat kuew tiaw celup..
Sebagai santapan malam..

Kebetulan tulang dan daging Qorban masih ada lagi..
Tu datang idea nak buat kuew tiaw celup..
Lagipun sejak akhir2 ni memang nak makan yang berkuah2 masam dan panas2 je..

Resepi kuew tiaw celup ni boleh ikut kat SINI. Cuma kalau dalam resepi tu guna ayam, kali ni saya guna tulang dan daging. So prosesnya ada sikit berbeza. Iaitu kena rebus tulang dan daging bersama halia yang diketuk sehingga empuk, kemudian masukkan rempah ratus dan bahan2 tumis dalam periuk sup tu. Dan last sekali jangan lupa masukkan cuka ikut kemasaman masing2 nak. 

Selamat mencuba!

No comments: