Pada hari sabtu yang lepas bersamaan dengan 10 Oktober 2015, saya dijemput oleh Dumex Mamil untuk memeriahkan serta berpeluang 'Me' time di Doubletree Hotel JB. Jemputan telah dibuat seawal 2 bulan sebelum majlis berlangsung. Dan mujurnya tarikh berkenaan saya free walaupun takut2 juga tarikh tersebut outstation atau ada agenda lain.
Sampai sahaja di Doubletree hotel jam 9:30 pagi, semua tetamu dikehendaki mendaftarkan diri di meja pendaftaran.
Kelihatan si manis Jessica (bergaun merah) yang selalu berurusan dengan saya melalui email dan telefon berkenaan majlis ni disitu.
Tetamu yang datang akan daftar mengikut kategori masing2 samada media, blogger atau peserta. Dan saya kalini bertindak sebagai blogger..;-)
Oh ya Aishah Sinclair selalu emcee pada hari tersebut memang peramah orangnya. Mula2 sampai lagi dia dah tegur ramai orang. Btw ni bukan kali pertama saya jumpa Aisyah yang kecil molek dan peramah ni.
Tiba-tiba, ada satu suara memanggil2 nama saya. Rupa2nya kawan FB saya yang menegur saya. Namanya Yanie (bertudung kuning).
Susu-susu keluaran Mamil. Ada step 3 dan step 4.
Selesai sahaja pendaftaran, para tetamu akan diminta masuk kedalam Ballroom dan duduk mengikut No meja yang diberikan.
Ini jiran/rakan saya yang kami sama2 datang ke event ini. Blogger dan Comper hebat juga ni. Tq Lynn jadi partner hari tersebut.
Opss mula2 masuk Ballroom lagi dah nampak jenis2 najis hokeyy..
Ok..tak pe! Tak ada bau kan!
Setiap peserta ada badge yang tertera nama masing2.
Cantik juga hiasan atas meja kami tu. Dimekari dengan kelopak2 bunga yang segar.
Ok! Kita tunggu kejap sebelum majlis bermula.
Aksesori-aksesori yang terdapat di Photobooth.
Macam-macam jenis topi dan eye mask ada.
Awwww...ini yang paling suka..
Goodies bags yang bernilai RM160 setiap satu untuk setiap tetamu.
Popcake ni saya ambil 2 simpan siap2 untuk both Damias.
Meriahnya kat Photobooth.
Ada juga kaunter untuk bersama Skincare Consultan dari KIEHL's
Apa lagi, masa ni lah nak 'Me" time kan..
Yang ni pula kaunter untuk make over bersama Shu Uemura
Macam2 colour dan macam2 aksesori make over ada!
Dan Majlis pun dimulakan dengan kata2 aluan dari Aishah Sinclair.
Dan untuk bagi warm-up majlis ni, para tetamu kena main game dulu! Hah kelam kabut semua berlari mencari nama dan hobi kawan2..hihi
Kemudian ucapan dari Marketing Manager Danone Dumex.
Dr Lim Kia Suan, Speaker dan konsultan Paediatrician di Mamil Mom Me event.
Dr Lim menerangkan kepada para ibu dalam pengurusan anak-anak berkenaan sembelit dan bagaimana mengekalkan sistem percernaan yang bagus dalam kalangan anak-anak. Best tau talk pasal ni. At least banyak ilmu2 baru yang para ibu boleh dapat.
Kenali najis2 anak anda.
Tentatif pada hari tersebut.
Mengenali sembelit anak-anak anda.
Bagaimana sembelit berlaku.
Sesi soal jawab
Sesi demostrasi bersama Skincare Consultan Kielh's.
Selain itu, ada juga kejutan untuk pakaian mommy terbaik, senyuman mommy paling manis, serta award untuk message ibu paling berinspirasi.
Dan jeng jeng...sesi makan tengahari pun bermula.
Macam2 makanan ada.
Lamb, chicken, fish, dan macam2 lagi..
Dan yang paling menarik perhatian saya semestinyalah dessert2 ni semua.
Caramel pudding tu serius memang sedap!
Ini je yang mampu saya makan..
Ambil serba sikit untuk merasa.
Ada apa dalam bag goodies?
Ada macam2.
Dan yang bestnya susu Mamil Step 4 tu Ayyunie minum sampai 3x sehari.
Wah, makin bam bam lah kamu Ayyunie.
Yang pastinya produk2 Shu Uemura tu saya punya...hihi..
Lepas makan, kalau nak sambung "Me" time pun dialu-alukan lagi.
Saya jam 1:30 pm terus balik.
Dan inilah barisan group photo dari para ibu, wakil2 dari Mamil, Speaker Dr Lim, dan celebriti Aisyah serta pihak media pada event Mamil Mom Me Saturday sabtu lepas. Yang bestnya acara begini, ia juga boleh menambahkan kenalan baru lagi.
Info tentang Susu Mamil:
“Di Mamil®, kami memahami usaha para ibu untuk membentuk asas
yang kukuh bagi tumbesaran dan kesejahteraan simanja mereka.Sebagai pakardalam pemakanan kanak-kanak,
kami ingin menemani
para ibu dalam perjalanan ini denganmembantu membekalkan nutrisi optimum demi
tumbesaran dan kesejahteraan simanja yang menyeluruh. Pada acara Mamil® MomMe
Saturday ini, kami memberi tumpuan terhadap masalah sembelit dan kepentingan sistem penghadaman yang sihat,”
ujarCik Jane Ee, PengurusPemasaran Danone Dumex (M) Sdn Bhd. “Mamil®
mengandungi campuran prebiotik oligosakarida, GOS/lcFOS (9:1) berpaten antarabangsa
yang boleh membantu mengekalkan kesihatan usus.”
Jadi untuk ibu-ibu yang ada anak-anak masalah sembelit, bolehlah cuba susu Mamil ni..;-)
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
No comments:
Post a Comment