Monday, October 12, 2015

Kenangan Raya Haji 2015 di Kelantan

Jarang-jarang sekali dapat beraya Aidiladha di Kelantan.
Sejak Ayyunie lahir (hampir 6 tahun), rasanya ni baru balik beraya lagi di Kelantan.
Kebetulan tahun ni Tok Ayah Aleesya dan Ayyunie jadi tuan rumah sembelihan lembu, jadi makin meriah lah.


Both Damias dengan sepupu sepapat mereka.
Kebetulan pula baju raya salah sorang sepupu mereka tersama pula bajunya.
Baju raya yang tak sempat dipakai oleh both Damias, so pakai time raya haji ni.


Paksu both Damias dan sepupu mereka lagi.


Masing2 tak sabar nak tgk lembu kena sembelih.
Ayyunie tu sebenrnya penggeli.
Tapi bila semua dah ke sana, dia pun turut serta.
Pastu mulalah muka sememeh nak patah balik.


Ayah damia yang sibuk ajar anak2 saudaranya guna sports camera.


Haha...sempat lagi mengajar macam mana nak transfer gambar dalam HP tu..


Yeayyy..kami dah berjaya transfer gambar dalam HP...haha


Alhamdulillah.
Cepat betul proses melapah daging lembu kalini.


Ayah damia tolong pegang2 dan timbang daging je.


Saya snap gambar2 dari atas rumah je ni.
Guna lens panjang saya.


Hihi...sempat lagi buat peace


Awww...macho sungguh ayah damia pakai baju free masa event KFC bersama Scha dan Awal tempohari. Eh entry tu pun belum buat lagi...haishh..


Masa untuk menimbang dan membahagi2kan daging kepada 7 penama.


Bangga kan pakai baju Malaysia..
Oh ya baju ni dari company Sarcatek Saiful Nang.

Dan lepas sembelihan lembu, kami anak menantu perempuan ni pun sibuk didapur menolong ibu mertua memasak sebab malam tu ada solat hajat dan kenduri.

*********************************************************************************

Dan ni gambar2 dari HP sepanjang beberapa hari beraya di Kelantan.


Haishh...dah jumpa sepupu sepapat, nak marah pun tak sampai hati both Damias main pasir ni.
Sekali sekala bagi mereka bermain dengan bahan sumber semula jadi..;-)


Saya pula keluar mencari kuih muih untuk ahli keluarga berbuka puasa Arafah paaa petang sebelum raya tu. Tapi ini yang saya terliur dulu. Ehem ada makna ke?


Ayah damia terliur nak makan nasi tumpang.


Pagi raya, konvoi solat ramai2 di Masjid berdekatan.


Pagi raya, menu utama kami semua adalah nasi kerabu hasil tangan mertua saya.


Otw nak balik rumah mak saya di Pasir Mas, pemilik Petronas agih2 kan daging korban kepada semua pelanggannya. Saya pun dapat juga daging tu. Semoga Allah permudahkan lagi rezeki pemilik Petronas tu.


Malam sebelum saya balik JB, gathering ramai2 makan Dominos Pizza di hadapan KB Mall.
Ni pun tak cukup korum dalam gambar sebab ada yang dah balik dan ada yang pergi solat.
Beginilah kami tiap kali berkumpul ramai2. Meriah sangat meriah.
Insyallah jika diberi peluang lagi, akan sentiasa kerap balik beraya Aidiladha di Kelantan.

Sekian kenangan Raya Haji 2015 kalini.



















Post a Comment