Sunday, August 30, 2015

Resepi Tauhu Lembut Kukus Bersos Kicap Mahsuri


Menu masa Ramadan lepas.

Bahan-bahannya:

- 1 pack tauhu lembut yang berukuran empat segi
- Sebiji bawang besar holland dipotong dadu
- 3 ulas bawang putih dipotong dadu
- 1 inci halia dipotong dadu
- 4 sudu besar isi ayam yang dikisar halus ( saya guna chopper)
- 1/2 sudu kecil lada sulah
2 sudu besar sos tiram mahsuri
- 2 sudu besar kicap manis mahsuri
- 1sudu besar kicap pedas mahsuri
3 sudu besar air
- daun bawang, daun sup, bawang goreng dan cili merah dipotong halus untuk hiasan.

Cara-cara membuatnya:

1. Kukuskan tauhu dalam pinggan yang tahan panas selama 10 minit. Hati-hati takut tauhu pecah.
2. Dalam masa yang sama pada kuali yang lain, tumiskan bawang putih, bawang besar holland dan halia yang dipotong dadu sehingga naik bau.
3. Masukkan isi ayam yang telah dikisar halus. Goreng sehingga separa garing.
4. Masukkan sos tiram mahsuri, kicap manis mahsuri dan kicap pedas mahsuri beserta sedikit air. 
5. Masak sehingga mendidih. Kemudian masukan lada sulah dan tuangkan ke atas tauhu yang telah dikukus tadi.
6. Hiaskan bersama bawang goreng, daun bawang, daun sup dan cili yang dihiris tadi.
7. Siap! Boleh dimakan begitu sahaja atau bersama nasi panas-panas.

* Menu ini tidak perlukan garam dan perasa lagi kerana kombinasi sos dan kicap mahsuri sudah secukup rasa.

p/s: Menu ini telah menang dalam Peraduan MyMahsuri dan memenangi wang tunai RM500 dan 5 pas berbuka puasa bersama Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari Shah Alam.


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments: