Friday, August 28, 2015

Menang Perodua Myvi?


Pagi-pagi semalam, dapat call.
Angkat je call, dengar suara manis seorang perempuan berbangsa cina menyahut panggilan.
Fasih berbahasa Melayu.

Bila dia cakap " Saya xxxx dari Southern Lion", terus berdebar jantung ni kot-kot lah menang kereta Perodua Myvi kan. Rupa2nya menang hadiah kedua katanya. Menang handphone Samsung Galaxy A7. Sipi-sipi lagi nak menang Myvi. Hihi.. Perasan!

Apa-apa pun Syukur, sebab saya percaya kalau hadiah besar seperti ni, pasti banyak persaingan dan penyertaan. Alhamdulillah rezeki anak-anak-anak tak pernah putus daripada Allah.

Nak menang pun bukannya senang. Lepas photoshoot di JB, tak puas hati photoshoot di Kampung pula. Kebetulan balik raya kan aritu. Jadi siapa kata nak menang senang? Mujurlah hobi saya ni bergambar dan sekaligus boleh join peraduan macam ni. 

Alhamdulillah, dah ada buyer nak beli Samsung Galaxy A7 tu. Barang tak sampai lagi. So saya tak berani nak jual atas angin tanpa tgk sendiri barangnya depan mata dan tak boleh lagi nak buka harga berapa nak jual. Nanti handphonenya sampai saya update ya :-)

P/s: Jangan marah ya dengan tajuk entry diatas. Sekali sekala tajuk entry kita provoke.. Hihi..
Post a Comment