Sunday, August 2, 2015

Cempedak Goreng Rumpai Laut Rangup


Waaaaa.. Suamiku beli 2 biji cempedak saiz 5XL. Otw dia nak ke Nusajaya hantar order coklat tadi, tiba2 nampak ada org jual Cempedak besar2 kat tepi jalan Ulu Choh tu. Tu yang tergerak hati nak beli sebab saiz yang besar tu.

Ulas pun besar-besar, rasa pun manis leting-leting, tekstur pun segar-segar. Memang berbaloi2 beli.


Biasalah, nak handle cempedak ni, tangan kena lumur minyak, pisau pun kena lumur minyak. Kena alas dengan plastik untuk elakkan getah buah lekat2 kat kabinet dapur. Mujur plastik besar tu uncle tu dah bagi siap2. Memang banyak ulas lah dapat dalam sebiji tu. Sambil cari ulas, sambil ngap dalam mulut. Hihi..


Taraaa.. Dah siap Cempedak goreng rumpair laut rangup saya. Amboii.. Berumpai lait bagai. Sebenarnya nak goreng macam biasa tu je. Macam kedai2 biasa goreng tu. Tapi tepung beras pula tak ada kat rumah. Nak keluar beli, malas lah pula.


Last2 ayah damia pun cakap why not guna tepunh serbaguna Pak Lah tu. Kan ada macam2 perisa. Ada pedas, ada biasa dan ada yang perisa seaweed. Memang mudah pun, hanya tambah air dan serbuk kunyit je.

Buat semudah ABC..
Makan semudah 123..
Fuhh kejap je licin..
Ni nak kena goreng sekali lagi untuk Aleesya balik sekolah pula..

Ayyunie cakap "lagi sedap ibu masak dari beli kat kedai kan, dah lah kat kedai kecik2.. Ni besar sangat"..,

Tq sayang..




Post a Comment