Friday, August 14, 2015

Resepi cendawan kukur/sisir masak lemak cili padi


Cendawan kukur/sisir dari Kedah Baq Hang.. Beli ahad lepas kat Kedah, ni baru sempat nak masak haihhh..

Jom lah kita tengok resepinya hang-hang semua..:-)

Bahan-bahan yang ditumbuk lumat:

Cili padi
Bawang putih
Bawang merah
Ikan bilis
Kunyit hidup

Bahan-bahan lain:

Cendawan kukur/sisir yang direndam dalam air hingga kembang, kemudian perah sampai kering..

Santan secukupnya

Serai yang dititik

Sekeping asam gelugur

Air secukupnya

Garam dan bahan perasa

Cara-cara memasak:

Santan pekat dimasukkan kedalam periuk bersama kuantiti air yang diperlukan. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk lumat tadi bersama serai yang telah dititik. Sebelum santan mendidih, masukkan pula cendawan kukur/sisir dan asam keping. Lepas tu bolehlah masukkan garam dan bahan perasa dan masak hingga mendidih. Sentiasa kacau agar santan tak pecah minyak.

Makan dengan nasi panas-panas, lawan pula dengan ikan kering dan sambal belacan bersama ulam..perghhh.... Baq hang ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Selamat mencuba

P/s: Saya masukkan lobak dalam resepi diatas sebab anak2 saya tak makan cendawan kukur ni, so diaorg makanlah lobak tu...
Post a Comment