Thursday, August 27, 2015

Menang bekalan sabun basuh TOP setahun


Alhamdulillah..

Kelmarin saya dapat notification dari pihak TV3 dalam IG saya yang saya menang untuk contest #TopGayaRaya. Bertuah sangat menang sebab penyertaan beratus2. Tapi hanya beberapa orang pemenang sahaja yang dipilih.

Hadiahnya pula berupa wang tunai RM500 dan juga bekalan sabun TOP selama setahun.
Wahhh jimat banyak tu kan. Kebetulan kat rumah pun saya memang guna sabun basuh TOP.
Sebab walaupun baju kita dah kering, tapi baju tetap berbau wangi. Dalam almari pun berbau wangi lagi.
Ni review ikhlas, bukan bodek ya.
Jadi kalau menang bekalan selama setahun ni memang dan bertuah dan jimat sangat2 kan.

Alhamdulillah.
Rezeki anak-anak ni.
Sebab gambar mereka yang menang.
Terima kasih Ya Allah.

p/s: Harini saya dapat satu lagi panggilan kemenangan dan satu lagi KEMENANGAN SEJATI untuk saya dan ayah damia.Nanti saya sharing ya. Syukur dengan rezekiMU Ya Allah.

No comments: