Friday, November 25, 2016

Top 1 dan Top 6


Completely Totally Proud of you my daughters!

Rutin tahun ni, 7:40 malam, baru sampai rumah/office . Maka tamat sudahlah sesi persekolahan mereka untuk tahun 2016 pada rabu kelmarin.

Alhamdulillah. Aleesya sepanjang exam/ujian untuk tahun 2016 semua maintain top 1! Wow kalah ibu masa sekolah dulu! Sebab ibu tahu tahun ni KSSR memang tough. Lagilah sekolah cina.

Ayyunie pula menang trophy paling banyak dalam kelas (4 trophy). Dia siap cakap paling banyak menang keseluruhan pun 5 je ibu. Releksss.. Haha..Walaupun semua subjek A, susah betul nak dapat Top 3, Top 6 pun ok nak! Trophy tu semua hasil menang pertandingan menulis dan bercerita! Yes! Ikut jejak ibu suka bertanding!

Apa2 pun jauh lagi perjalanan kamu nak. Banyak lagi yang perlu diperbaiki. Bukan kamu je, malah ibu dan ayah pun kena perbaiki kelemahan kami utk kamu lebih berjaya lagi. Jangan paksa anak berjaya jika kita sendiri tak membantu mereka untuk berjaya!

Ibu titipkan kegembiraan ini untuk berkongsi dengan kawan2 ibu di media sosial dan blog ni ya.

Semuanya kembali kepada Rezeki dari Yang Maha Esa!

P/s: Confius Kenapa sekolah cina both damias setiap kali hari penyampaian hadiah, ibu bapa tidak dijemput sama meraikan. Anak2 uols yang sekolah cina pun sama ke?


Both Damias pun dapat hadiah marker & mechanical pen dari ustazah sempena subjek P. Islam dapat A..

Semoga anak2 ibu lebih berjaya dunia akhirat. Aaminn..

No comments: