"We sell high quality products with a lower price than big brand"..
Just sharing ni memang betul2 low price ni. Berbaloi2 bagi yang jarang2 memasak dengan pressure cooker.
Mana nak cari automatic electrical pressure cooker dengan harga bawah RM200 ni? Jawapannya di Lazada lah. Mana lagi. Hihi..
Zaman kenaikan harga barangan yang tak boleh disekat ni, kita kenalah bijak manage perbelanjaan kita. Ya tak? Kalau harga lebih murah tapi kualiti setanding dengan harga yang ada brand, why not kita grab kan? Janji tulang lembu yang dimasak lembut. Kikikiki..
Ni lah kotaknya. Besar juga. Terima kasih adik pos laju yang rentap autogate saya bawa masuk simpan periuk ni. No worries, saya yang bagi kebenaran sebab adik pos laju tu dah missed call saya 5x, dah sms saya. Tapi saya tak perasan sebab tengah menikmati steak kat SteakOut. Tq tau sebab pusing semula datang hantar barang kat rumah akak sekali lagi. Hihi..
Wah hebat packagingnya. Double triple kotaknya. Betul2 handle with care ni.
Pagini saya dah rasmi pressure cooker ni. Ramai kawan2 minta saya buat review ok ke tak? Btw sebelum beli, saya dah baca review kat Lazada. Semua bagi 5 bintang uolss. Tu yang berminat nak beli juga.
Pagi tadi saya masak bubur nasi ayam sebanyak 3 pot beras. Tekan "porridge" dan saya tak buat apa2 pun. 20 minit dah masak cantik je bubur tu. Bubur jadi kembang, lembut dan ringan. Fuhh terbaik hasilnya.
Kat Lazada nanti taip je nama Ewant kat bahagian search. Nanti keluar lah gambar periuk ni. Ada 2 pilihan. Satu harga RM600. Satu harga RM189. Pandailah uols pilih nak yang mana. Haha...
Function yang ada. Not bad. Banyak juga dan memudahkan pengguna. Tapi yang penting uolss tahu cam mana nak guna pressure cooker. Tak pandai guna bahaya juga nanti wap tu tersembur keluar dan terkena anggota badan uols.
Details pasal product yang sangat lengkap. Warranty 12 bulan.
Ada certificate juga.
Alhamdulillah kerana sharing saya pasal pressure cooker ni kat FB dan IG, dah ada beberapa kawan saya yang beli. Hopefully mereka puas hati.
Sharing is caring. Barang baik haruslah share kan.
No comments:
Post a Comment