Sunday, November 6, 2016

Birthday Getaway @ KSL Resort Hotel

Ni semua plan ayah damia..
Senyap2 booked hotel nak celebrate birthday ibu bersama anak2 katanya.
Terharu saya dibuatnya. Walaupun dalam kesibukan, tapi masih boleh curi2 masa untuk lupakan kerja seketika.

Kami bertolak dari rumah jam 10 pagi. Lepas tu pergi singgah kilang kotak kejap ada appointment utk finalise design dan bayar deposit. Otw ke KSL pula, sempat singgah di LC Katering utk lunch. First time saya makan kat situ. Rupa2nya ayah damia recce tempat nak buat suprise kat saya malam nanti. Haha.. Patutlah malam tu dinner pun ajak makan kat LC Katering lagi.


View dari bilik kami. Cantik.. Luas KSL Resort ni... Sebelah hotel ni D'Esplanade utk Apartment. Sebelah lagi pula shopping kompleks KSL. Ada Dinosour theme park dan juga swimming pool yang besar.


Dah lama tak snap gambar ngan anak2 dara..


Ibu tetap sayang kakak dan adik haihh.. Dah boleh jadi BFF ibu dah ni..


Perfect 5.. 


Bilik tak kecik tak besar. Just nice. Add on extra bed untuk anak2 pun masih ada ruang utk mereka bermain lagi dalam bilik.


Stroller pink tu nyawa. Mana2 pergi pun ada. Kami suami isteri tak selesa nak guna carrier. Daim pun tak nak duduk dalam carrier sebab macam tak bebas. Dalam stroller siap boleh meniarap kooo.. Haha


Ok bilik air kecik! Haha.. Dah terbiasa duduk hotel luas atau jenis suite. So anak2 komplain keciknya bilik air. Kiki..


Lepas asar, inilah yang ditunggu2 oleh anak. Eh eh ni nak celebrate anak2 atau ibu ni.. Kiki..

Utk hotel guest, masuk free. Untuk org luar, dewasa kena bayar RM50 dan kanak2 kena bayar RM30.


Ok disebabkan kami pergi waktu weekday, so org tak ramai.. Boleh main semua slide dan tempat dengan tenangnya. Tu Daim bukan main galak lagi boleh main slide ya. Mujur ada baby slide. New experience untuk Daim ni.


Baldi merah tu kalau dah penuh air, dia akan splash semua air tu kat bawah.



Daim pelik ni. Kenapa binatang tinggi ni kejap2 bunyi, kejap2 gerak, kejap2 sembur air.. Tapi Daim releks je..tak takut pun.. Ayahnya pula yang cuak sebab kaki Daim kayuh2 sampai ke tengah dah.


Tugas saya mula2 memang snap gambar sana sini. Mula2 snap ngan handphone. Pastu ngan SJCAM. Last2 ngan saya berenang sekali dalam air tu. Kiki..


Luas jugalah tempatnya.. Sana sini ada dinosour..ni siap kena naik jambatan..


Comel je slide ni..


Both Damias yang suka betul naik slide ni. Ni je slide yang agak adventure sikit sesuai utk dewasa. Sampaikan ayah dia pun main slide ni. Saya? Idokkk ler.. Hihi


Theme park tutup jam 7 malam. So sambung pula kat swimming pool sampai 9 malam. Tapi kejap je lah sebab nak solat maghrib pula. Oh ya keluar dari theme park tu, kami ke kaunter gambar untuk beli gambar kenangan yang disnap oleh jurufoto sebagai kenang-kenangan.


Daim tak join lah kat swimming pool. Mandikan siap2, minum susu, pakaikan baju, terus lena dalam stroller..

Malamnya lepas solat isyak terus kami ke LC Katering untuk dinner. Hurmm maka birthday suprise pun bermula.


Lobby yang 5 bintang ni! Terbaik.. Eh memang hotel 5 bintang pun.. Hihi


Daim geram dengan bunga2 dan coklat warna warni tu. 

Apa2 pun thank you to my family yang sudi sambut harijadi saya secara sederhana. Appreciated it! Tahun depan ada rezeki, kita sambut sama2 lagi..

Alhamdulillah..
Terima kasih Allah..













Post a Comment