Sunday, November 13, 2016

First time makan di Restoran Istana Bumbu

Alhamdulillah..

Semalam dan kelmarin dah selamat COD kan order2 dari Melaka-PD-KL. Cuma yang area bandar KL je ada yang willing ambil di hotel kami sebab otw balik kerja kan. Kalau kami redah masuk KL juga, memang jammed teruk lah. So terima kasih kepada semua customer2 Ole-Ole CocoDamia yang sporting dan bagi komitmen ya. Muahhh... Saya jual ya semua tu dengan sekian2 harga. 


Kami check in di Hotel Flamigo by The Lake KL. Faktor utama kami check-in hotel ni sebab senang tengah2 bandar KL, senang nak COD yang area KL atau yang drop by amik Chocotart kat hotel ni.

Btw ni bukan kali pertama saya stay kat sini. Maybe kali ke 3 rasanya. View memang cantik sangat dan selalu je ada majlis kahwin kat tepi lake ni. Tu khemah2 tengah pasang untuk majlis kahwin lah tu.

Bilik kami pula memang betul2 view swimming pool. Hah tu Aleesya dan Ayyunie sakan main air kat pool besar dan dipantau oleh ayah damia. 


Owhh baru saya perasan rupanya tak banyak gambar saya bersama Daim. Nampaknya pasni snap banyak2 gambar kita berdua ya Daim.

Lepas mandi manda semua, lepas maghrib, tunggu org amik chocotart di hotel, pastu COD kat KLCC pula, terus kami hunting mencari kedai makan best untuk dinner kami malam tu.


Mula-mula nak pergi makan kat Bora Ombak, tutup pula...

Pastu ke The Garage KL, ramainya yang menunggu. Patutlah parking penuh. 
Kalau nak tunggu makan juga, estimate dalam sejam baru boleh makan.


So last2 kami ke Istana Bambu yang terletak bertentangan je ngan The Garage KL tu. Parking tempat sama je. Teringat konsep kat sini sama macam konsep makan kat Sawah Padi, Bandung. Mula2 sampai tengok ada yang celebrate birthday bersama BFF, ada yang couple celebrate birthday juga.. Siap bunga2 tabur kat tangga dan keliling meja gitu. Romantik uolsss..


Kami order set menu yang 2 pax. Tapi rasanya 6 orang pun boleh makan ni. Besar2 portionnya. Bak kata Ayyunie, macam dah nak meletoppss perut ni. Ni pun banyak tak habis lagi. Huhu..Memang serius banyak menu untuk 2 pax tu. 7 jenis lauk, 2 jenis dessert, 2 nasi dan 2 air cincau. Pastu kami tambah lagi 2 nasi dan 2 air. Haishh rasa menyesal pun ya order sebab tak habis kan. Total RM170++.

Insyallah kalau ke KL lagi, kami nak makan juga kat Bora Ombak tu. Asyik dengar nama je.. Hihi

Post a Comment