Friday, November 4, 2016

Birthday tahun ni dapat kejutan dari suami


Tahu apa yang membuatkan saya gembira dan bahagia?
Bila takdir sama seperti perancangan kita.

Tahu apa yang LEBIH gembira dan bahagia?
Bila takdir JAUH LEBIH HEBAT daripada perancangan kita.


Alhamdulillah..
Semalam bertambah lagi satu angka harijadi dan masih dapat menikmati rezeki bersama insan-insan tersayang.

Malam harijadi kena suprise. Terkejut sungguh kita tengah main2 dengan Daim sambil tunggu makanan sampai, tiba2 ada orang nyanyikan lagu Happy Birthday dan bawa hadiah bunga, coklat dan kek dari belakang.

Hurmmm menjadi sangat suprise dari ayah damia tu. Terkejut haihh! Pandai pula tu cari party planner ntah kat mana. Owhhh google je katanya.. Semua dihujung jari.. Haha...

Dah makin dewasa ni, memang touching dapat suprise2 macam ni. Tapi memang sekarang ni trend suprise cam ni erkk?

Hopefully tahun depan trend suprise makan tomyam tergigit cincin emas ke, makan telur bungkus ada Iphone 7 ke, minta tisu dapat tiket pergi Maldives ke, kot2 lah ayah damia nak cuba trend cam tu gak kan.. Kih kih... I likeeeeee....Apa2 pun appreciated sangat small celebration among us last nite.

Terima kasih juga atas ucapan dan doa2 kalian semua melalui whatsapp, IG dan muka buku. Semoga yang baik2 itu dimakbulka  doanya dan begitu juga untuk kalian. Aaamin..


Thanks to my family terutama ayah damia yang rancang untuk celebrate my birthday di KSL Resort ni. Muaahhh..


Post a Comment