Sunday, March 16, 2014

Kisah mak aji-mak aji saya dan Promosi Coklat IQ Minggu ini!


Saya punya mak aji-mak aji..
Rutin setiap pagi..
Kelas Tahmid kena pergi..
Balik jam 10:30 pagi..
11:30 pagi pula ke kelas Primary..
Pulang jam 6:35 dinihari...
Kena pula minggu ni minggu peperiksaan apatah lagi..

Sarapan berkhasiat diperlukan selepas bangun pagi..
Mujurlah ada Coklat IQ- CocoDamia menemani..
Disusuli makanan berat pula untuk diisi..
Lubanah, makanan tambahan tenaga dan makanan sunnah diberi..
Mudahnya pahala diperolehi..
Anak-anak turut happy!

Alhamdulillah. Semua dengan IzinNya..

Promosi sempena Minggu Ujian/ Peperiksaan Sekolah dan tadika.

Beli Sekotak Coklat IQ - CocoDamia Premier, anda akan dapat 2 bar krukk krakk Chocolate Bar (Brain Power Chocolate). Promosi sah sehingga hari Rabu (19/3/2014) jam 2 petang sahaja. Call/sms 010-6468383


Another Brain Power Chocolate!
KRUKK KRAKK!!
Take it! Crack it!

Cocodamia,
Bukan Sekadar Coklat Biasa..



Saturday, March 15, 2014

Steamboat Dataran dan Giant Bubble


Malam tadi malam minggu bagi orang Johor dan sewaktu dengannya. Ya lah hari ahad kan waktu bekerja dan sekolah. Dikesempatan yang ada, kami sekeluarga keluar makan steambot Dataran.


Van no 8 memang dari dulu dan kini menjadi pilihan. 


Steamboat yang dipilih oleh both Damias. Kami makan jer lah apa yang anak2 pilih. Ada juga nasi lemak, tauhu bakar, makanan goreng2 dan rojak buah.


Tak pernah tak ramai! Ramai sokmo-sokmo. Semalam rezeki kami tak yah tunggu meja. Kami sampai je ada sebuah family ni bangun habis makan. Alhamdulillah.


Selain kuah kacang dan sambal, ada juga kuah sup. Ni memang feveret both Damias. Tapi hati-hati.. Panas panas panas..


Lepas makan-makan, kami ke dataran pula. Ramai sungguh orangnya. Paling ramai kanak-kanak lah.


 Aktiviti utama kat sini adalah Main Giant Bubble. Saya pernah nampak giant bubble ni masa kat Dataran Penggaram Batu Pahat dan Putrajaya. Wahhh, sekarang dah merebak kat JB pula.


Memang happy kanak-kanak berlari-lari mengejar belon-belon tu. Termasuk lah saya dan anak-anak!


Peralatan giant bubble boleh disewa disini. Cecair sabun tu sekali refill satu skop RM2. Tali yang disewa pula ikut saiz RM2, RM3 dan RM4. 

Makin inovasi sekarang. Dah tak main bubble yang tembak2 dan skop kecil tu.

P/s: Ingat balik nak gi jalan2 cuci mata kat Bazar Karat. Sekali makkk oiii, bukan main lagi jalan jammed! Panjang pulak tu. Last2 ambil keputusan balik je lah. 

Anak-anak happy, cukup bermakna buat kami berdua. 






Friday, March 14, 2014

Alam Yang Mendidik

Saat terasa akan jatuh dan kecewa, ingin mengeluh pemberian Illahi. Pandanglah Alam dan belajar daripada kehidupan sekeliling. Bukan hanya pada manusia, bahkan haiwan, daun awan atau segala hidupan.

Tidak semua dapat kita pelajari daripada manusia, hidupan lain juga mendidik kita. Alam tidak pernah ingkar dengan perintah Allah, mengapa manusia pula yang saling berbantah?

Gunung tidak mampu menanggung beban jika Al-Quran diletakkan diatasnya kerana terlalu berat arahan itu. Sedangkan manusia mudah sekali meninggalkan Al-Quran di belakang.

Dengan melihat alam, kita belajar mengenal diri. Bertuahlah apabila dapat pula mengaitkannya dengan ajaran yang tersurat dalam Al-Quran. Banyak ayat Al-Quran yang menganjurkan kita melihat alam untuk mengenal diri. Segala yang berlaku bukan sia-sia. 

Sungguhlah orang baik tidak hanya memikirkan perihal diri. Mereka memerhati alam sekeliling untuk mendekatkan diri dengan Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Alam Mendidik Diri,
Majalah Solusi,
Isu 63, m/s 34.


Gambar sekadar hiasan,
Tanjung Balau, 2013

Wednesday, March 12, 2014

Hasil menulis dan terus menulis..


Terima kasih Ya Allah,
Terima kasih Nuffnang..
Tak banyak, tak sikit..
Cukup utk saya!

Hampir putus asa || pabila bongkah cendawan mengeluarkan hasil

Jujurnya saya hampir putus asa menunggu bongkah cendawan saya ni mengeluarkan hasil. Hampir-hampir saya nak buang bongkah ni. Ya lah orang lain punya belasan hari sahaja dah mengeluarkan hasil. Tapi saya punya 30 hari lebih baru menunjukkan hasil.

Pelbagai andaian yang bermain di benak fikiran saya. Kadangkala saya rasa benih cendawan ni rosak. Kadang kala saya rasa tangan saya ni panas dan kalau menanam jer mesti tak menjadi. Tapi ni tak payah tanam, cukup sekadar membelai dan menjaga ikut caranya sahaja.

Lepas tu, saya nekad ni last aku membelai bongkah cendawan ni. Lepas ni kalau tak keluarkan hasil juga, saya buang bongkah ni. Maka bermulalah sekali lagi saya korek-korek fungi dalam tu, lepas tu saya tutup dengan stopper selama 4 hari. Then buka biarkan ditempat yang gelap. Oh ya sebelum ni saya letak atas peti ais je. Kalini atas nasihat kawan2 yang berpengalaman, saya simpan kat tempat gelap betul. Hihi..

Dan akhirnya, Alhamdulillah..
3 hari lepas ia mula mengeluarkan hasil.


Hari Pertama
Teruja sungguh saya melihat kelopak-kelopak cendawan tu
Comel gebu je..


Banyak lagi cendawan yang nak keluar tu..
Tapi apakan daya, muncung bongkah tu sempit sahaja.
Maka berlakulah persaingan didalam itu.


Hari Kedua
Wahh, kelopak makin besar dan cantik..


Tekstur pun cantik


Hari ketiga
Ni rupa kelopak cendawan tu pagi semalam..
Berkerinting dah kelopak tu..
Takut dibiarkan lama-lama rosak pula


Tekstur pun dah nampak makin kering.


Makanya saya pun memetiklah hasil pagi semalam.
Dapatlah 2 kaki cendawan.
1 kaki gebu, gemuk dan besar.
1 kaki lagi kurus dan kecil je.
Bolehlah kan buat peneman sayur-sayur goreng capcai saya nanti.
Tu saya dah korek balik fungi-fungi, then tutup dengan stopper.
Khamis nanti saya buka then biarkan aje.
Semoga ada lagi rezeki utk saya makan cendawan hasil sendiri..hihi

Bukan nilai cendawan yang ingin saya kecapi,
tetapi usaha saya untuk menghasilkan cendawan tersebut yang ingin dinikmati.

p/s: Sebagai umat islam, kita diajar supaya tidak mudah menyerah kalah dan berputus asa. Mesti cekal seperti firman Allah s.w.t bermaksud "Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan orang-orang kafir." ( Surah Yusuf :87)

#keep praying for MH370
Yakin dengan kuasa Allah.






Tuesday, March 11, 2014

Terkesan dengan kata-kata Kapten Noruddin Abdul Majid


Allahuakbar!
Terkesan sungguh setiap bait-bait kata yang dikeluarkan oleh Kapten Noruddin ni. Ya! Tetiba nama Kapten Noruddin dan video temubual bersamanya menjadi virals. Mana tak nya, sebab setiap bait-bait ucapannya penuh cool dan juga berilmiah.

Malam tadi saya ada kelas. Tak sempat nak tengok temubual Kapten Noruddin di TV3. Sampai je dirumah, ayah damia yang ceritakan tentang temubual terbaik itu. Siap ayah damia cakap yang paling dia ingat macama mana nak jumpa balik Mh370 adalah "doa orang soleh dan doa ahli keluarga mangsa".

Memang rezeki saya dapat tgk video tu dalam youtube! Allahuakbar. Memang betul cakap ayah damia! Sangat terkesan setiap ayat-ayatnya.


Dan pagini saya tak sangka dapat tengok dan dengar lagi bait-bait kata Kapten Noruddin ni TV3. Gambar diatas saya printscreen di FB via tweeter Fedtri Yahya! 

Begitu khusyuk saya menonton MHI pagi tadi sambil menikmati sarapan pagi meehoon goreng yang saya masak. Terasa betapa kerdilnya diriku ini! Sangat menyentuh hati setiap jawapannya. Setiap penerangannya dikaitkan dengan kebesaran Allah.

Ya Allah, izinkanlah anak-anakku menjadi Profesional  mukmin yang bertaqwa dan beragama kepadaMU. Seperti zaman kegemilangan Islam. Dan begitu jua diriku dan suamiku serta keluargaku dan sahabat-sahabatku. Terima kasih Ya Allah.

Percayalah, disebalik kejadian Misteri MH370, pasti ada hikmah yang mungkin kita tak tahu. Hikmah yang pasti membawa Islam bersatu mungkin. Hikmah yang pasti mengajar kita bahawa Allah Maha Besar dan tiada lagi yang lebih berkuasa daripadanya walau secanggih mana teknologi kita. 

#PRAY FOR MH370





Sunday, March 9, 2014

Restoran Terapung Seafood Bujang FireFly || Birthday Dinner Treat

8 Mac 2014..
Selain ia merupakan tarikh pesawat MH370 hilang hingga kini, ia juga merupakan tarikh birthday Ayah Damia..

Tahun ni disambut secara sederhana bersama keluarga kecil kami. Sambutan diadakan agar anak-anak tak lupa tarikh birthday ayahnya untuk masa-masa akan datang. Semoga kasih sayang kami sekeluarga erat bersemi hingga akhir hayat.


Ni gambar pada 7 March 2014. Kiranya celebrate in advanced gitu. Sebab keesokan harinya Aleesya ada sekolah ganti. Tapi sudahnya dia tak nak pergi.. Hihi..

Saya yang decided untuk pergi dinner disini. Kami pergi lepas asar. Naik Highway Senai-Desaru, insyallah 45 minit dah sampai. Lebih kurang jam 6 petang.

Ni kali ke-2 kami sampai sini. Dulu sampai sini ramai-ramai dengan group. Tapi tak makan, just naik boat malam2 menyusuri sungai tengok Firefly sahaja. So kalini kami makan disini. 



Suasana yang sangat indah dan dipenuhi dengan boat-boat nelayan. Sempat bergambar di jambatan otw ke restoran terapung tu.


Hah, pastu kena jalan kat jambatan kecil ni pulak. Haiyaaaa.. Both Damias takut nak jalan kat jambatan ni sebab goyang-goyang. Saya pun takut juga. Hihi.. Siap pimpin tangan bagai ngan ayah damia. Kikikiki. Dah nak sampai restoran tu baru beranikan diri tegak kat situ snap gambar ni.. Haha..


Masa kami sampai ni tak ramai orang lagi. Lebih kurang 5 family tengah makan. Wahhh both Damias teruja tgk ikan2 peliharaan dan belangkas kat area tempat makan tu.


Boat yang nak tgk firefly. Boat ni 2 tingkat. Bayaran dewasa RM20, bayaran kanak-kanak RM15. Boat ni hanya berjalan malam sahaja. Ya lah siang2 mana nampak Firefly kan.

Ok lah utk makan pula, kat sini semua hidangan disediakan dalam set-set. Contohnya utk makan 2 orang ada set RM65, ada set RM 70, ada set RM 80 dan ada set RM 95. 

Memang senang pilih set-set kat sini sebab ada ser utk 3 orang, 4 orang, 5 orang, 8 orang dan lain-lain.


Ni set pilihan saya iaitu set 2 orang Pakej RM 95. 
Ada ketam black pepper. 
Pedas sikit tapi sedap!


Makan ketam tak sah kalau tak ada pengepit ni!


Udang goreng butter!
Wahhhhh recommended!
Saya suka makan telur butter yang halus2 tu. Saya buat tak halus macam tu.. Huhu


Siakap 3 rasa..
Ok lah cuma ikan tak berapa garing..


Sup ayam pedas! Best makan panas2..
Recommended sebab sup dia kaw!


Kailan goreng belacan. 

 
Wahhh bersemangat Ayyunie makan ya!
Oh ya rumah kayu kat belakang kami tu adalah bilik utk disewa. RM60 utk semalaman. Siap boleh memancing lagi. Ada juga disediakan bot utk memancing ke muara yang lebih dalam.


Kat sini juga ada disediakan surau. Lepas solat maghrib kami pun pulang ke JB. Lagi malam lagi ramai orang.


Belangkas yang dipelihara.
Erkkk kami tak makan belangkas ya.

Utk abang, sayang dan anak-anak sentiasa doakan kesejahteraan dan kebahagiaan. Semoga panjang umur, diberi kesihatan yang berpanjangan serta menjalankan perniagaan yang diberkati dan dapat menambah nilai kepada orang diluar sana. Kami sentiasa sayang abang dan ayah! Happy Birthday!!!!

P/s: Jom ramai-ramai berdoa utk keselamatan MH 370










Saturday, March 8, 2014

Pray For MH370


Ya Allah..
Engkau lindungilah mereka..

PRAY FOR MH370!

Friday, March 7, 2014

Macam mana nak menang?


Lagi satu, orang tenang selalu menang!

Oleh itu memang tak rugi langsung kita bersabar dan tenang walau dalam apa jua keadaan kan.

Namun sebagai seorang manusia, kesabaran dan ketenangan kita juga ada had batasnya dan ketepuannya.

Semoga jiwa kita sentiasa tenang dan hati kita selalu sabar dalam menghadapi kesulitan.

Salam jumaat semua!

Thursday, March 6, 2014

Ada apa dengan Kejayaan Instant?


Kejayaan tidak datang bergolek!

Kejayaan Instant tidak meninggalkan kesan yang mendalam kepada diri.

Kejayaan yang sebenar adalah pabila anda melalui proses tahap demi tahap umpama mendaki anak tangga.

Seawal pagi lagi ayah damia dah ke KL untuk menghadiri business matching atas pemilihan HQ agensi Kerajaan di Putrajaya. ( Oh jam saya tu cepat 10 minit)

Hanya doa dari isteri yang mengiringi semangat kejayaan suami. Kerana saya sangat sangat percaya, doa isteri adalah kejayaan seorang suami.

Semoga Allah memberkati dan meredhai perjalanan suamiku dan memudahkan segala urusan CocoDamia. 

P/s: Sempat lagi saya mewakilkan ayah damia untuk ambil hadiah Ipad Mini saya yang berderet serius buyer tunggu di HQ Oldtown. Itu pun kalau sempat sebab sebelum jam 5 petang, ayah damia ada kelas di JB. 

P/s: Oh, lepas ni ayah damia kena kursus seminggu lagi sambung modul 2 pula kesinambungan kursus before ni modul 1 di KL. 


Wednesday, March 5, 2014

Siapa kata makan Coklat mengemukkan?


Ubah persepsi makan coklat MENGEMUKKAN!

Ramai yang telah membuat kajian bahawa coklat juga mempunyai khasiat dari segi kesihatan, akan tetapi kuantiti yang diambil haruslah dikawal.

*Kalau boleh janganlah makan coklat lewat malam ya*

Tuesday, March 4, 2014

Dapat Hamper Kemenangan Contest Bergambar..


Sampai 2 kali person in charge ni call suruh ambil hadiah..
Nasib baik person in charge ni peramah dan baik..
Dan nasib baik juga ambil kat Taman Molek, Johor ni je..
Kalau ambil kat KL kan nanya..
Dah lah yang menang '2 adults free set dinner kat Star Point Hotel" burn cam tu aje..
Tak pe lah, tak ada rezeki nak ke situ, Insyallah rezeki nak makan dinner yang lagi best bakal menyusul.:)

Ni menang family fun time 2013 Photo Contest..
Anjuran Focus on the Family Malaysia..
Saya menang Consolation Prize ajer..
Ada ramai pemenang untuk contest ni..
Nak tengok gambar-gambar fun peserta lain boleh klik link bawah..


Boleh tahan besar juga hamper ni..
Saya tak buka lagi hamper ni..
Tpi tgk macam banyak produk dari China je..
Kalau tak ada logo halal atau saya was-was..
Saya bagi jer kat jiran2 cina sebelah saya ni..

Full054a_Noel

Dan inilah gambar kemenangan saya...
Nampaknya tak cukup fun untuk memikat hati juri..Hikss..
Tapi cukup fun untuk kami semasa beraya di Kampung tempohari..

Semoga rezeki kemenangan saya dipermudahkan dan diberkati olehNya..
Aaaaamiiinnn

p/s: Rasanya ni macam first time kot saya menang hamper makanan...kikiki

Al Quran hadiah daripada Allah untuk hamba-Nya


Jangan rampas Hak Allah

Majalah At-Taqwa- Isu 7- m/s 52-55

" Kehidupan sebenar itu merupakan alam kehidupan di akhirat kelak"

Oleh sebab itu, bersabarlah dengan ujian demi ujian yang dihadapi. Teguhkan iman, utuhkan taqwa kerana Allah berjanji, "Sesungguhnya orang yang bertaqwa ditempatkan dalam taman-taman  syurga dengan nikmat kesenangan" ( Surah At-Tur 17)

Monday, March 3, 2014

CocoDamia Kebanggaan Zamzarina dalam Inspirasi Dapur


Inspirasi Dapur
Edisi ke 2
Sepatutnya gambar Cover Story gambar saya..
Tapi disebabkan gambar yang saya hantar walaupun dah 2 kali photoshoot low resolution, maka tak adalah muka saya jadi Cover story ya....^_^


Semestinya Business saya kebanggaan saya!


Seperti yang selalu saya beritahu sebelum ini,
CocoDamia - Bukan Sekadar Coklat Biasa.


Untuk cerita dan image yang lebih jelas, boleh baca di

"Keusahawanan adalah satu kemampuan mentafsirkan persekitaran, mengenal peluang, mengguna bahan, menjalankan projek, membesarkan kekayaan dan mengalakkan kebajikan sosial"
                                                                                                            
                                                                                                                                1MET -FAMA




:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Saturday, March 1, 2014

Last day promotion || Kelantan International Halal Food Expo 2014


Harini last day ya!
Cepat2 berjumpa dengan sales person kami di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan.
Julung kali kami promosi di Kelantan.


Untuk pembelian online pula, Promosi beli 3 kotak percuma buku mini MMR dan juga percuma postage masih ada sehingga esok 2hb Mac tepat jam 2 petang. Hanya RM130 sahaja. Banyak jimat tu!

P/s: Yeayy, harini tak sabar menanti kepulangan ayah damia setelah seminggu dia hadiri kursus di Institut Latihan FAMA di Port Dickson. Hanya whatapps dan face time mendekatkan jarak kami. Tak pernah kena tinggal lama macam ni.. Huhu