Thursday, April 30, 2020

Resepi Puding Cendol



Halah halah..
Sayangnya nak potong Puding Cendol ni..
Buat cantik-cantik sayang pula semua nak makan..haha
Last2 ibu juga yang kena potong2 sendiri baru pakat2 makan..


Berikut resepinya ya bagi yang nak mencuba.

Layer cendol:
1/2 bungkus agar2 serbuk yang 10gram
50gram gula pasir
500ml air
Cendol siap secukupnya
(Letak cendol siap di bahagian paling bawah loyang. Masak serbuk agar-agar, air dan gula sehingga mendidih. Tunggu adunan sejuk sikit, baru tuangkan adunan perlahan2 ke atas cendol tadi. Biarkan ia keras sekejap)

Layer susu (nak guna santan pun boleh):
1/2 bungkus agar-agar serbuk yang 10gram
200ml susu full cream
300 ml air
50gram gula pasir
secubit garam
Jagung creamy
(Letakkan jagung creamy di tepi-tepi loyang agar lebih cantik. Masak serbuk agar-agar, susu, air, gula dan garam hingga mendidih. Tunggu adunan sejuk sikit, tuang agar2 tadi dengan menggunakan senduk sedikit demi sedikit supaya lebih rapi. Biarkan ia keras sekejap)

Layer gula melaka:
1/2 bungkus agar-agar serbuk yang 10gram
125gram gula merah
500ml air
1 helai daun pandan disimpulkan.
(Masak semua bahan2 diatas sehingga mendidih. Matikan api dan tunggu sejuk sedikit. Tuangkan adunan ke atas layer susu dengan menggunakan senduk perlahan2. Dah siap semua, masukkan Puding Cendol ke dalam peti ais. Lagi lama lagi bagus. Bila agar-agar dah sempurna , bolehlah potong2 untuk disajikan)


Rasanya memanglah sangat enak.
Rasa macam makan cendol sebenar.
Tapi ni versi puding.
Makan sejuk2 time berbuka memang nikmat tak terkira.

Selamat mencuba semua.


::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Tuesday, April 28, 2020

Resepi Roti Boy ala Paparoti



Alhamdulillah..
Ni buat masa Iftar day 3..

First time seumur hidup buat Roti Boy ala Paparoti ni..
Menjadikkkkk...
Terima kasih Allah..
Pencapaian terbaru saya dalam meroti ni..

Masa bakar tu, harum semerbak rumah dengan bau coffee..
Dah macam bau kat Aeon kedai Paparoti pula feelingnya..
Apa2 pun anak2 suka sangat makan time panas2 roti ni..
Kalau sejuk pun, masuk je dalam Air Fryer 3 minit gitu untuk panaskan..
Memang berbaloi lah buat time PKP ni..


Untuk rujukan akan datang, saya tepek resepi disini..
Resepi asal dari IG: ummikitchen88

Bahan2 (Topping):
50gm butter
1 biji telur
40gm gula perang
1/2sk esen vanilla
1sb nescafe + 1sb air panas (larutkan)
60gm tepung gandum
10gm tepung jagung
(adunkan kesemua bahan dengan whisk, masuk dalam piping beg dan simpan dalam peti ais selama 30 minit sekurang2nya)

Bahan2 (Inti):
Butter
(bekukan dalam peti sejuk, nak potong kiub siap2 pun boleh)

Bahan2 (Roti):
1 biji telur
30gm gula
250g tepung gandum
1sb susu tepung
1sk yis
150ml air biasa
30gm butter
Secubit garam


Cara membuatnya, saya ada sediakan video sikit untuk rujukan akan datang juga ni.
Al-maklumlah first time kan..
Nak juga rekod ada kenangan..
Betapa berjayanya buat Roti Boy ni..hihi..

Selamat mencuba.
Saya boleh, anda pun pasti boleh..


::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Sunday, April 26, 2020

Resepi Puding Roti Zebra Neslo

Salam 3 Ramadan. 

Ramadan tahun ni tak ada Bazaar Ramadan... 
Tapi small matter je tu.. 
Sekarang ni kan new normal.. 
Terasa nak makan apa je, terus buat sendiri.. 
Ater banyak masa kat rumah kan.. 
Cuma jadi ke tak je lah.. 
Yang penting rajin mencuba.. 

Petang ni tak tau nak berbuka dengan pemanis mulut apa? 
Why not cuba buat Puding Roti Zebra Neslo ni. 
Bukan sahaja cantik dipandang, tapi rasanya pun sedap tau. 


Ni resepinya ya. Senang sangat. 
Dan rasa pun tak muak sangat dengan susu sebab ada neslo kan.

Bahan2:
7 keping roti dipotong2
600ml susu full cream
400ml air masak
1 cawan susu pekat
1 cawan gula
1 peket serbuk agar2 10g
3 sudu besar milo
2 sudu besar nescafe

Cara2nya:
1. Blendkan roti yang dipotong bersama susu full cream.
2. Tuangkan bahan2 yang diblend dalam periuk. Campurkan sekali dengan air, susu pekat, gula dan serbuk agar2.
3. Kacau2 sehingga mendidih.
4. Bahagikan bancuhan kepada 2. 
5. Dalam 1 bancuhan masukkan serbuk milo dan nescafe. Kacau sehingga sebati.
6. Dalam loyang selang seli sendukkan bancuhan agar puding menjadi zebra.
6. Simpan dalam peti sekurang2nya 4 jam sebelum potong.


Selamat mencuba. 
Sedap sangat makan time baru keluar peti. 



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Friday, April 24, 2020

Pantry dapur saya


Salam 1 Ramadan..
Alhamdulillah, bertemu lagi kita Ramadan pada tahun ini...
Walaupun kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan dan disambung lagi 2 minggu untuk Fasa ke 4, namun ia tidak memudarkan semangat kita semua untuk beramal ibadah puasa kali ini.
Semoga kita semua dijauhi segala wabak penyakit berjangkit terutama Covid-19.

Sebab nak masak2 pun lambat lagi....
Saya tunjuk my kind of kitchen pantry..
Simple2 je..
But everything has it place..
Janji senang nampak depan mata dan senang nak ambil..
Dan senang bagi idea nak masak apa hari2..


Rempah, serbuk dan tepung2 yang biasa guna semua kena labelkan.
Penting untuk suami dan anak2 kenal masa kita minta tolong diaorang kat dapur nanti.


Barang2 dapur kering yang kerap guna letak atas para depan mata. 


Segala botol simpan dalam kabinet atas.
Takut anak3 terpecahkan.


Segala jenis tepung simpan dalam kabinet. Habuk dan berdebu nanti.


Freezer 1 -  Hanya untuk barang-barang frozen, kuih2 frozen atau sewaktu dengannya. Lebihan makanan yang nak frozen pun masuk sini. Tapi jarang sangat saya nak frozenkan lauk lebih sebab selalu memang masak ngam2.


Dalam Chiller, yang ni sumbat2 aje lah. 
Musim PKP ni agaknya mau 20x buka tutup buka tutup. 



Freezer 2 - Khas untuk lauk pauk yang berdarah. Tu kalau penuh cam tu, sekurang2nya stok untuk 2 minggu. Bersusun tipuware siap2 isi lauk untuk sekali atau 2 kali masak sekaligus.
Ais krim tu tak yah tanya lah siapa yang kongker lebih. Kalau ibu 1 hari 1 menu, dia 1 hari 1 ais krim..


Chiller tingkat atas. Senang supaya tak payah dah lap ta li lap ta li tam plom siapa yang kena turun bawah ambil air.


Biar ruang tak luas, biar rak tak cukup, janji pandai susun dan kemas elok2 kan.
Kalau sedap mata memandang, mana tak semangat nak masak hari2.



::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday, April 23, 2020

Resepi Roti Sardin Pattaya


Breakfast terakhir dah..
Esok dah panggil sahur..
Selamat menyambut Ramadan Al Mubarak semua umat islam..

Untuk resepi Roti Sardin Patayya ni, hanya perlu sediakan:

Roti Sandwich
Sardin yang telah dimasak
Cheese slice
Telur

Cara membuatnya:

Mula-mula pukul telur dan tuangkan ke dalam kuali buat pattaya.
Kemudian dalam telur pattaya tu letak roti, lapiskan dengan sardin yang dimasak, 
lapiskan dengan cheese dan lapis terakhir sekali pun roti. 
Balut roti tersebut dengan telur pattaya tadi.
Makan masa panas2 memang syok cheese tu melekat2 kat gigi 😁.





:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, April 20, 2020

2nd appoinment check mata



Harini ada 2nd appointment check mata.
Susulan dari entry yang lepas..

Sepanjang PKP ni,baru 3x keluar rumah naik kereta.
First masa keluar gi office sebelum PKP Fasa 2 diumumkan.
2nd yang pergi check mata di Klinik Pakar mata Ezanee..
Hah ni kali ke 3 pun sama nak gi check mata juga.

Dapat keluar rumah tengok langit biru, matahari bersinar, jalan lebar dan luas pun dah rasa bebas sangat. Erti bebas bagi yang betul2 ikut arahan #stayathome.


Ni progress untuk check mata harini.
Yang bulat purple tu saiz kuman asal.
Yang bulat kuning tu saiz kuman terkini yang masih aktif.
Hopefully next appointment dah hilang dan nyah lah kau kuman dari mata ku ini. 
Aaaamin..


Ubat titis untuk harini.
Ubat2 lain masih ada lagi.
So continue pakai je ubat2 yang ada sehingga next appointment pula.

Doakan mata saya cepat sembuh ya kawan2..
Tq in advanced.


::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Friday, April 17, 2020

Pengalaman jangkitan kuman mata batch Covid19


Harini tak ada gambar masak2.
Nak cerita pengalaman sakit mata batch Corona/ Covid19 ni.
.
Harini genap 1 minggu sakit mata. Ya menu2 yang korang nampak saya masak tu, sebenarnya mata masih tak sihat lagi. Air mata masih meleleh,  masak pun kena pakai spek mata hitam. Siap doble vision lagi. Tu yang lengan terbakar kena kuali panas, pegang gelas tapi air tumpah, sebab nampak benda ada 2. Gigihkan tetap masak macam2.  Laksam lah, ayam panggang lah, kek pisanglah.. . Haha..


Kronologi macam ni.

9/4 - bangun tidur, mata kanan bengkak, berdenyut2, susah nak buka, bila buka je terus air mata bercucuran jatuh. Nak berkelip memang sakit rasa macam ada pasir-pasir gitu. 
Makan panadol extend 2 biji dan suruh suami gi farmasi beli ubat titis. Memang banyak tidur je hari pertama kena tu.


10/4 - bangun tidur, mata masih sakit lagi. Masih berdenyut-denyut dan bengkak.
 Decided nak gi Klinik Pakar Mata Ezanee dan call, tapi tutup pula sepanjang PKP ni. 
So minta suami gi farmasi lagi sekali beli painkiller dan eye glo pula.
 Peliknya lepas makan painkiller pun, tetap sakit bila berkelip.


11/4 - hingga sekarang. Mata dah tak bengkak, dah tak berdenyut, tapi pedih. Pantang kena cahaya yang kuat, tak boleh kena aircond. Lagi sakit pedihnya dan air mata asyik meleleh. 
Suami ada ajak gi klinik biasa, tapi saya tak nak sebab saya agak klinik biasa nanti just bagi ubat titis je pun. So semalam suami berkeras ajak juga gi klinik sebab tak tahan dengar saya merengek sakit bang, sakit bang. Haha.. Tapi seperti yang saya jangkalah, memang doktor klinik umum tak leh buat apa2 pun sebab tak ada alat nak check dalam mata. 
So doktor buat surat refer hospital besar atau specialist.


Cuba sekali lagi call Klinik Pakar Mata Ezanee sebelum gerak ke hospital besar JB. Alhamdulillah buka dah rupanya. Kelmarin baru buka sepanjang cuti PKP ni. Rezeki lah ni. So terus gerak ke Kulai. Dan saya perasan PKP Fasa 3 ni memang banyak dah kedai2 buka dan company2 beroperasi.


Masa tengah sesi rawatan.
Btw ni kali kedua saya pernah dapat rawatan mata dengan Dr Ezanee ni (kalau tak silap nama Dr tu).
Dulu tahun 2012 saya dah pernah dapatkan rawatan kat sini.
Masa tu selaput mata kiri terkoyak.
Boleh tgk entry ni.
Dan Klinik Pakar mata ni pun memang ada data kita dalam tempoh 10 tahun.
Kalau lebih 10 tahun baru data kita dilupuskan katanya nurse semalam.


Lepas check mata rupa2nya ada kuman lah dalan mata. Boleh tgk dalam gambar yang saya bulat merah2 tu. Dan yang terkejutnya ubat titis hari pertama saya guna tu boleh menggalak pertumbuhan kuman lagi. Hah???
Bila saya tanya cam mana boleh ada kuman dalam mata, doktor ada bagitau kemungkinan habuk, atau tangan kita tak bersih terus gonyoh2 mata. Kadang2 kita rasa tangan kita bersih, walhal masih ada kuman kat tangan kita. So hati2 ya korang semua.


Ok lepas doktor titis2 ubat semalam, terua dah rasa lega. 
Dah tak rasa ada pasir2 kat mata masa berkelip. 
Tapi kena pakai ubat titis macam dalam gambar diatas setiap 2-3 jam sekali lah.

So kesimpulannya, jangan sesuka hati beli ubat kat farmasi.
Dan kalau sakit cepat2 lah jumpa doktor.

Tapi kes saya bukan tak nak jumpa doktor awal2 lagi, tapi klinik tutup sepanjang PKP..
Tu yang tahan-tahan nak gi Pakar Mata tu.
Tapi apa2 pun alhamdulillah, semuanya dah lega.
Doakan mata saya sembuh sepenuhnya ya korang.

Terima kasih.

p/s: Sekadar catatan untuk diri saya

::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, April 15, 2020

Resepi Laksam




Kalau tak kerana PKP ni, ibu rela beli je laksam. 
Tapi dah namanya #stayathome, apa yang nak makan, kenalah usaha buat sendiri kan.

Nak buat kuah lemak ikan tu, petik jari je, nak sediakan ulam-ulaman tu, sebelah mata je siap, tapiiiiiiii nak siapkan kukusan dan gulungan laksam tu, hazabbbb rasanya.


Tapi elok sangat kejadian laksam kalini. Lembut, halus dan comel macam tukang gulungnya hah.
 2 jam dok mengadap periuk kukusan tu saja. 
200% kredit to Aleesya.
Gigih dia buat hah lepas kelas online tadi. 
Well done my girl!


Saya sertakan resepi laksam untuk 5-6 orang makan ni ya.

4 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
4 cawan air panas
2 cawan air biasa
Secubit garam

Kacau2 semua bahan2 diatas. Agak2 kalau bancuhan tepung masih keras, masukkan air paip sikit demi sikit sampailah tepung yang dikukus tu lembut ya. Kemudian masukkan 1-2 senduk bancuhan dalam non stick pan atau tudung periuk leper. Kukus sehingga ada buih-buih halus muncul. Tandanya tepung dah masak lah tu. Gulungan pertama dan kedua tak jadi tak pe, adjust tambah air sikit2 dulu. Lama2 jadilah tu.

Selamat mencuba!


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, April 13, 2020

Resepi Ayam Panggang Rosemary & Lemon Air Fryer


Musim2 susah nak keluar rumah ni, guna apa yang ada je kat dapur buat Ayam Panggang. 
Janji sodapppppp kan.


Ya Allah, LOVE sangat dengan taste ayam ni.
Rasa masam2 just nice.
Rasa BBQ sedang2.
Rasa rempah manja2.
Yang penting juicynya seenak rupa.


Ni side dishesnya..
Ubi kentang tu rebus dulu.
Carrot dan lemon tak payah lah rebus.
Pastu potong2 gaul dengan sedikit garam, lada hitam dan minyak olive.
Then boleh bakar bersama ayam masa 5 minit lagi ayam nak masak.



Saya sertakan sekali video untuk lebih faham. 

Bahan-bahan:

1 ekor ayam
Sunquick
Sos BBQ 
Lada hitam hancur
Rosemary (kalau ada yang segar lagi bagus)
1/2 biji Lemon
1 labu bawang besar
Minyak untuk spray
Kentang rebus yang dipotong 4
Lobak yang dipotong

Cara-cara:

1. Bersihkan ayam dan lap dengan tisu hingga kering.

2. Lumurkan keseluruhan ayam dengan sunquick. Termasuk bahagian dalam ayam ya.

3. Perahkan 1/2 biji lemon dalam ayam. Lepas tu sumbat lemon tadi beserta bawang besar ke dalam perut ayam tadi supaya ayam kelihatan montok dan seksi.

4. Cucuk-cucuk ayam dengan garfu untuk memudahkan resapan perapan nanti.

5. Lumurkan ayam dengan sos BBQ hingga sekata termasuk perut ayam.

6. Lumurkan pula dengan lada hitam dan rosemary pula.

7. Ikat kaki ayam tadi, dan sumbat ke dalam perut. Baru nampak sopan gitu.
8. Perap minimum 1 jam, maksimum lagi lama lagi sedap.

9. Ssbelum bakar, spray dulu ayam dengan sedikit minyak. 

10. Bakar dalam air fryer dengan suhu 180' selama 50 minit. Masa 30 minit pertama, terbalikkan ayam tu supaya kedua2 bahagian garing.

11. 5 minit lagi ayam nak masak, boleh masukkan kentang rebus dan carrot yang digaul dengan sedikit minyak, garam dan lada hitam.

Siap! Selamat mencuba.


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Friday, April 10, 2020

Resepi Singgang Ikan Tongkol Mudah



Less is more.
Menu simple2 gini pun bertambah2 nasi ahli dalam rumah ni. 
Kecuali tukang masak. Sebab tulang masak insaf tak jumpa dagu dah ni 🤦‍♀️🤦‍♀️. 
Resepi singgang saya tak ikut mana2 negeri.

Bahan-bahan:
Ikan tongkol dipotong 4
Lengkuas dihiris
Bawang putih dihiris
Bawang merah dihiris
Cili api merah dan hijau
Asam keping 5 keping
Bendi
1 sudu besar budu
Garam & perasa
Air secukupnya

Cara-cara:
Rebus semua bahan2. 
Bila dah mendidih baru masukkan bendi dan perasakan dengan garam dan perasa.


Dimakan pula bersama dengan daging goreng minyak kunyit ni..
Berebut2 anak3 cedok minyak letak dalam nasi.
Memang asyikkkkk...


Singgang dan budu berpisah tiada..
Budu dan ulam berpisah tiada..


Alhamdulillah...

::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, April 8, 2020

Kecoh-kecoh didapur bersama Chef Cilik dalam bahasa mandarin



Tu diaaaa..
Bila anak-anak rajin menolong ibu didapur..
Memang kecoh lah..
Terutama kalau Ayyunie yang tolong..serba serbi nak tanya, ada ajer idea ajak kita berborak.
Berbanding Aleesya yang agak pendiam sikit..cakap bila perlu je dia..

Time2 kuarantin ni, antara salah satu aktiviti untuk elakkan anak2 bosan, bolehlah ajak anak2 tolong didapur juga. Tak rugi pun sebenarnya, sebab banyak manfaat untuk diri diaorg juga. Sekaligus dapat  ringankan beban ibu yang 6x masak sehari dalam tempoh kuarantin Perintah Kawalan Pergerakan ni.

Btw mandarin ni kena selalu practice cakap, kena selalu mendengar.
Baru cepat menghafal.
Lagi bagus kalau pandai tulis tulisan cina.
Memang mudah hafal dan akan ingat sampai bila2.

Dah hafal kena sebut pronounciation betul2.
Salah sebut dengan intonasi yang salah, lain maknanya nanti..
Haru...


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, April 6, 2020

Resepi Pulut Inti




Sebab semalam MC memasak, harini kenalah extra effort kat dapur.
 Pulut Inti penyeri meja sarapan harini.

Daun pisang tu suami gi ambil pucuk muda pula. Bila layur dah jadi terlayu. Kih kih. Nak suruh ambil yang lain dia sibuk basuh karpet dah (selama ni dia tak pernah basuh, pencuci karpet yang datang ambil karpet bawa balik basuh, penat lain macam nampaknya tu 😅).

Ok, boleh try resepi saya buat ni.


Bahan-bahan untuk pulut:
Beras Pulut yang direndam
Santan
Secubit Garam
Air

Bahan-bahan untuk inti:
1/2 biji kelapa parut
2 kerek nise/gula melaka
3 sudu gula perang
Daun pandan yang disimpul
Garam
Air

Cara-cara:
1. Kukus beras pulut bersama santan, garam dan air sehingga masak.
2. Untuk inti manis, panaskan kesemua bahan2 hingga kering dengan api perlahan. Lagi lama lagi berkilat dan hitam inti tu.
3. Lepas bulat2kan pulut, letak inti manis diatasnya. Siap!



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Friday, April 3, 2020

Resepi Pulut Sekaya



Projek pulut sekaya pula petang ni.
Tak pe saya percaya bukan saya sorang je busy kat dapur time #stayathome ni, tapi semua mak2 around the world pun sama 7hari seminggu busy sama. Kita serupaaaaaaaaa... 
Bagi yang nak cuba resepi dari saya ni, boleh ikut cara ni ya.



Bahan2nya:

Lapisan atas
1 kerek nise/gula melaka
2 sudu besar gula perang
5 biji telur
1 kotak santan 200ml
1 sudu besar tepung gandum
Sedikit essence vanilla
Sedikit air
Daun pandan

Lapisan bawah
2 cawan beras pulut
1 cawan santan
Sedikit garam
Air secukupnya 

Cara2nya:

1. Rendam pulut sekejap. Lagi lama lagi bagus. Kemudian kukus pulut bersama santan dan garam dalam loyang. Dah masak, tekan2 pulut tu biar mampat dan cucuk2 dengan garfu supaya sekaya tak pulut tu tak terpisah nanti.
2. Masak gula melaka, gula perang, air dan daun pandan sehingga cair dalam periuk lain. Dah masak biarkan sejuk seketika.
3. Blendkan telur, santan, tepung gandum, essence vanilla dan masukkan sekali air gula melaka yang dicaikar tadi. Blend sampai sebati.
4. Kemudian tuangkan semuanya kedalam pulut yang dikukus tadi. Kukus lagi hingga sekaya masak betul2. Boleh guna lidi cucuk nak tengok sekaya dah masak ke belum.
5. Bila dah masak, biarkan sejuk betul2 dulu baru potong. Selamat mencuba.

#pulutsekaya




::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, April 1, 2020

Resepi Ikan siakap 3 rasa kapkunkap termudah



Macam2 versi ada resepi masak 3 rasa ni.
Dan ni resepi mudah saya.

Bahan2nya:
Bawang holland - potong dadu
Bawang putih - potong dadu
Cili - potong dadu
Timun - potong dadu
Nenas dalam tin - potong dadu
Daun ketumbar - dihiris
Cili giling
Sos thai
Air

Cara2nya:
1. Tumis semua bahan2 yang dipotong dadu, masukkan cili giling dan masak sehingga pecah minyak.
2. Kemudian baru masukkan sos thai dan sedikit air. 
3. Kuantiti bahan2 ikut keperluan masing2 bergantung pada saiz ikan. 
4. Sos thai tu lagi lebih lagi sedap. 

p/s: Daun ketumbar banyak2 tu saya ratah makan ya, bukan buat perhiasan.


Ini sos Thai yang saya guna.
Cukup 3 rasa.
Dah takpayah tambah garam gula dah.
Senang.



:Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::