Wednesday, April 15, 2020

Resepi Laksam




Kalau tak kerana PKP ni, ibu rela beli je laksam. 
Tapi dah namanya #stayathome, apa yang nak makan, kenalah usaha buat sendiri kan.

Nak buat kuah lemak ikan tu, petik jari je, nak sediakan ulam-ulaman tu, sebelah mata je siap, tapiiiiiiii nak siapkan kukusan dan gulungan laksam tu, hazabbbb rasanya.


Tapi elok sangat kejadian laksam kalini. Lembut, halus dan comel macam tukang gulungnya hah.
 2 jam dok mengadap periuk kukusan tu saja. 
200% kredit to Aleesya.
Gigih dia buat hah lepas kelas online tadi. 
Well done my girl!


Saya sertakan resepi laksam untuk 5-6 orang makan ni ya.

4 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
4 cawan air panas
2 cawan air biasa
Secubit garam

Kacau2 semua bahan2 diatas. Agak2 kalau bancuhan tepung masih keras, masukkan air paip sikit demi sikit sampailah tepung yang dikukus tu lembut ya. Kemudian masukkan 1-2 senduk bancuhan dalam non stick pan atau tudung periuk leper. Kukus sehingga ada buih-buih halus muncul. Tandanya tepung dah masak lah tu. Gulungan pertama dan kedua tak jadi tak pe, adjust tambah air sikit2 dulu. Lama2 jadilah tu.

Selamat mencuba!


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments: