Sunday, April 26, 2020

Resepi Puding Roti Zebra Neslo

Salam 3 Ramadan. 

Ramadan tahun ni tak ada Bazaar Ramadan... 
Tapi small matter je tu.. 
Sekarang ni kan new normal.. 
Terasa nak makan apa je, terus buat sendiri.. 
Ater banyak masa kat rumah kan.. 
Cuma jadi ke tak je lah.. 
Yang penting rajin mencuba.. 

Petang ni tak tau nak berbuka dengan pemanis mulut apa? 
Why not cuba buat Puding Roti Zebra Neslo ni. 
Bukan sahaja cantik dipandang, tapi rasanya pun sedap tau. 


Ni resepinya ya. Senang sangat. 
Dan rasa pun tak muak sangat dengan susu sebab ada neslo kan.

Bahan2:
7 keping roti dipotong2
600ml susu full cream
400ml air masak
1 cawan susu pekat
1 cawan gula
1 peket serbuk agar2 10g
3 sudu besar milo
2 sudu besar nescafe

Cara2nya:
1. Blendkan roti yang dipotong bersama susu full cream.
2. Tuangkan bahan2 yang diblend dalam periuk. Campurkan sekali dengan air, susu pekat, gula dan serbuk agar2.
3. Kacau2 sehingga mendidih.
4. Bahagikan bancuhan kepada 2. 
5. Dalam 1 bancuhan masukkan serbuk milo dan nescafe. Kacau sehingga sebati.
6. Dalam loyang selang seli sendukkan bancuhan agar puding menjadi zebra.
6. Simpan dalam peti sekurang2nya 4 jam sebelum potong.


Selamat mencuba. 
Sedap sangat makan time baru keluar peti. 



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments: