Thursday, April 5, 2018

Resepi Nasi Goreng Cili Kering


Kadang-kadang pabila tak ada idea nak masak apa untuk sarapan atau makan malam, mulalah terkenang masakan mak masa zaman kita kecik-kecik dulu. Terus teringat pagi2 mak masak nasi goreng cili kering untuk dibawa bekal ke sekolah. 

Haishh.. Bila dah teringat, mulalah nak buat. Teringin kekdahnya.. So here we go!

Bahan-bahannya:

1 mangkuk besar nasi yang telah disejukkan dan diramas (4 orang makan)
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
5 tangkai cili kering yang direndam air panas dan dibuang biji
Segenggam ikan bilis
2 biji telur
Sedikit hirisan nipis isi ayam
Sedikit kobis putih yang dihiris halus
Garam & perasa

Cara-caranya:

1. Tumbuk bersama bawang putih, bawang merah, cili kering dan ikan bilis.
2. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau.
3. Masukkan isi ayam dan goreng sehingga masak.
4. Pecahkan telur dan kacau-kacau sehingga telur masak.
5. Masukkan nasi yang telah diramas supaya tidak berketul.
5. Masukkan juga kobis, garam dan perasa.
6. Kacau sehingga sebati dan masak.

Cadangan: Boleh dihidangkan bersama telur goreng mata dan ikan bilis goreng untuk lebih umphhh! 

Post a Comment