Saturday, March 11, 2017

Pabila balik Kelantan, nikmat makan usah diragu..


Sementara menanti boarding time yang masih awal semalam, kami alas perut di Marrybrown dulu. Awalnya Daim sarapan. Jam 6:30 pagi dah sarapan bubur Marrybrown di Senai airport. Tu feveret Daim lah tu mengunyah tulang ayam..


Pabila balik kampung, jangan dilupa bawa balik Ole-ole CocoDamia ya. Kalini saya bawa balik Chocoballs pula.


JB-Subang-KB. Perjalanan mengambil masa 3 jam sahaja. Transit subang pun kejap je dalam 1 jam. Kalau naik kereta mengambil masa lebih 8 jam. Sejak2 ada Daim ni, memang balik kampung pun naik flight je senang. 


Pabila infant naik flight bersama kita, banyak keistimewaan dan kelebihan lah kan. Bermula dari tempat duduk pun perlu yang sesuai, kemudian naik kapal terbang pun fast lane, pramugari pun selalu datang tempat kita tanya itu ini okey ke, panas sikit pun diberi payung untuk payungkan infant.. Dan macam2 lagi lah kelebihan. 


Yeayy dah touch down Kota Bharu..


Dan semestinya.. Pabila balik Kelantan, nikmat makan usah diragu. Sampai2 je tengok mak mertua dan siap masak ketupat sotong kegemaran anak2nya dan juga Laksam serta Laksa. Memang meriah macam nak raya lah. Ni pun ada ramai yang tak cukup korum.

Malamnya lagi havoc family dinner di luar. Nanti buat entry lain ya yang tu.

P/s: Kami balik Kota Bharu sebab saya dan ayah damia ada buat makan2 untuk Solat Hajat dan Kenduri doa selamat sikit untuk business, keluarga dan perjalanan kami. Semoga dipermudahkan. Aamin..

No comments: