Wednesday, March 29, 2017

Gold Coast, Australia || Paradise Country Farm

Kalini saya nak buat entry satu-satu tempat yang kami pergi sepanjang kami bercuti di Gold Coast, Australia. Bukan apa... Gambar banyak so rugi kalau tak tempek banyak2 dalam blog ni. Pabila dah habis cerita satu2 tempat tu baru saya compilekan semua buat satu itenary lengkap ok..

Hari pertama kami sekeluarga ke Paradise Country Farm. Untuk alami sendiri suasana sebenar macam mana ladang2 dan ternakan2 di Australia ni berfungsi. 


Nak masuk ke dalam ni dari parking kereta kat luar jenuh juga menapak. Kebetulan masa kami sampai hujan rintik2 pula. Tapi yang bestnya walaupun penat berjalan (ya lah jetlag sebab sampai Gold Coast pagi tu juga) tapi badan tak berpeluh. Posing satu keping kat pintu gerbang Paradise Country Farm ni.


Mula2 sampai je terus cari binatang2 yang menjadi ikon di Australia ni. Nampak tak Koala sedang kesejukan atas pokok tu.


Close up sikit.. 
Alahai.. Comenya anak koala tu berpelukan dengan maknya.. Sejukkan.. Haruslah..


Finally.. Jumpa dah kangaroo..
Wahhh excitednya Ayyunie dan Aleesya jumpa kangaroo..


Kangaroo pun..
Bukan main lagi suka bau2 dan gigit2 stokin Daim ya..


Waduhhh.. Bagi chance lah tuan punya blog berposing..


Apesal kangaroo semua suka cium stokin Daim ni.. Stokin baru tu weeii.. Ke sebab ada gambar binatang juga kat stokin Daim tu.. Hihi..


Jinak2 kangaroo semua ni..


Boleh dipegang, boleh dibelai.. Silap2 boleh masuk dalam poketnya sekali.. Haha


See, Daim nak tunggang kangaroo pula.. Macam2 kerenah ayahnya ni.. Haha


Pandai juga kangaroo2 ni posing..


Banyak juga kangaroo2 kat sini.. Ni yang jenis dibebaskan.. Ada juga yang direhatkan dalam kandangnya.. Katanya "let me rest"..


Daim memang pantang jumpa yang bulu2 ni... Gebuuuu agaknya..


Kenangan kami disini..


Happy family here..


Lepas tu kami pun sempat juga tengok show macam mana bulu biri2 tu dicukur..
Masa ni ramai tourists dari Korea/China tak silap.. Siap ada translator lagi masa org putih tu bagi penerangan..


Sekejap betul dicukurnya bulu2 biri tu..


Masuk kedai cenderamata beli apa yang patut.. Aleesya awal2 lagi dah beli beg kangaroo yang dia berkenan kat sini. Harga AUD20. Dah berbulan2 Ayyunie dan Aleesya simpan duit nak shopping kat Gold Coast katanya. 


Hah tu beg kangaroo yang Aleesya beli. Warna coklat tu.


Busy hands sungguh Daim ni. Sukalah tu dapat sentuh yang gebu2 bulu2 cam tu..


Bergambar di depan kaunter tiket dan juga kedai cenderamata.. Btw tiket kami beli online. VIP pass untuk setahun punya. Fuhh dasyattt.. Legoland pun tak pernah buat annual pass, alih2 theme park Gold Coast buat annual pass. Suruh pergi lagi lah tu.. Hihi..

Ok nanti bersambung next attraction pula ya.. Happy reading & enjoy...



Post a Comment