Sunday, March 5, 2017

Daim's first passport


Pagi semalam baru berkesempatan bawa Daim pergi Klinik. Gambar diatas sebelum Daim kena injection MMR 9 bulan. Bersungguh betul dia meratah sayur masa kami bersarapan di Old Town berdekatan. Nanti besar ikut jejak ibu dan kakak2 ya.. Pemakan sayur.. Ayahnya je pemilih sayur sikit.. Kih kih..

Good boy! Kena injection pun langsung tak berbunyi suara. Siap senyum lagi. Doctor dan nurse pun terkejut. Ayahnya siap cakap "setakat kena cucuk, ayah cubit lagi sakit kan Daim".. Haha..


Lepas balik dari Klinik, terus ke UTC Johor pula untuk renew passport saya dan buat passport untuk Daim. Ayah Damia dan both Damias masih valid lama lagi passport. Sebelum tu singgah di Kedai Foto untuk ambil gambar Daim dulu. Syarat buat passport baby kena sediakan salinan IC ibu/ayah, salinan surat beranak baby serta original, dan 2 keping gambar. Bayaran RM100. Kalau saya renew RM200.

Memang agak cepat juga buat passport kalini. Sebab saya ada baby. Kalau ada baby kena pergi kat kaunter khas. So tak yah tunggu giliran macam permohonan/gantian biasa. Cuma masa serahan passport tu kena ikut masa yang ditetapkan dalam resit. Rezeki saya dapat cepat juga serahan passport sebab ada kawan sekolah saya yang sedang bertugas masa tu. Alhamdulillah dipermudahkan.

Dan yang bestnya kat UTC ni, both Damias boleh duduk kat library yang bersebelahan je dengan jab. imigresen ni. Bolehlah ulangkaji sikit sebab harini dah start exam.

Gambar diatas adalah gambar Daim's first passport photo.. Auntie tu siap cakap dalam slang dia " jangan ketawa kuat-kuat ya baby, nanti auntie tak boleh tangkap gambar passport oooo".. Haha.. 

Daim memang pantang nampak kamera, walaupun masa tu baru je bangun tido. Dia tetap nak senyum/ketawa juga.. Janji ibu/ayah dia depan dia..


Dan finally.. Yeayy Daim dah ada passport. So insyallah bolehlah kenal2 Negara orang ya Daim. Moga2 Dipermudahlan segala urusan masa bercuti dengan Daim nanti. Ya lah.. Org kata jalan jauh dengan baby kecik ni agak messy dan hectic. Insyallah Daim good boy kan.. 

Tik tok tik tok... 



No comments: