Alang-alang dah kat Kota Tinggi..
Ter'outing' tanpa tak tersengaja..
Sehelai sepinggang semuanya..
Jenuh berbasah-basahan dalam kereta..
Daim je dapat beli swimming suit yang boleh tahan harganya..
Lepas mandi kami semua beli satu set persalinan lengkap kat Bandar Kota Tinggi ya..
Kecuali saya yang memang malas nak berendam gamaknya..
Habis nanti hujung rambut sampai hujung kaki termasuk pakej pakaian dalam sekali kena dibeli hendaknya...
Hihi..
Begitulah ceritanya..
Ya Allah...
Tenangnya tengok air terjun tu..
Memang sejuk sungguh airnya..
Pengalaman pertama Daim main air terjun ni..
Ketawa kikikikiki haih dia..
Walhal kakak2nya dah ajak mandi kawasan lain sebab tak tahan sejuk air kat situ..
Tahan betul Daim air sejuk ya..
Padahal kat rumah selalu hot shower je dia..
Boleh dikira berapa kali je mandi air sejuk je dia..
Memang kuatlah Daim dalam tu..
Amboiii..
Gelak sakan ya Daim..
Dapat mandi air sejuk2..
Beralun-alun air turun tangga..
Cantikk..
Kawasan yang agak tenang...
Tak ramai orang berbanding bawah air terjun tadi..
Tengoklah Daim tu...
Suka betul main air ya..
Boleh tahan panjang dan laju juga slide ni..
Tapi kalau kanak2 kena penjaga yang main sekali..
Aleesya & Ayyunie lulus main sendiri2..
Tapi hati-hati tau..
Kat hujung slide tu airnya dalam..
Tak sama macam main slide kat pool biasa tu..
Both Damias pun ayahnya sambut kat hujung tu supaya tak tenggelam dan terminum air..
Lepas mandi dan dah siap shopping baju baru dan tukar dalam kereta je masing2...haha..
Maka misi jalan-jalan cari makan di Kota Tinggi..
Yeayyy..semua happy tummy..
Dah penat bermain air terjun masing2..
Haruslah lapar kan..
So kalini jalan2 cari makan kat cafe/kedai yang virals di Kota Tinggi pula..
p/s: Berkurun dah tak ke Air Terjun Kota Tinggi... lebih dari 5 tahun rasanya.. apa2 pun happy sebab family bonding tercipta...alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment