Tuesday, January 3, 2017

Studentku artis


Dah macam tajuk novel dah tajuk entry tu...:-)

Tapi betullah tu student saya sorang ni artis. Dulu masa UPSR, saya ajar dia mandarin sebab dia nak confident perform nyanyi lagu cina. Tadi datang dah PT3 dah dia tahun ni. 

Kalau yang selalu tengok astro ceria dan TV IQ, mesti kenal kan artis ni. Syeikh Basheer namanya. Saya masa ngajar dia dulu tak tahu pun dia artis. Budak2 yang tuisyen ni pula teruja menjerit dan usha saya tanya lebih details pasal dia. Rupa2nya artis astro masa tu. Nak harapkan saya tahu tak lah, sebab rumah dah 5 tahun tak ada astro.

Borak2 dengan mak Syeikh Basheer tadi
bukan senang nak jadi artis katanya.. Iri hati, hati kotor, tikam belakang, royalti lambat, kontrak terikat, komisen manager mula2 20%, sekarang makin banyak %nya, job tak ada..huhu

Tapi percayalah, selagi kita yakin Rezeki Allah yang bagi, ikut2 mana pun, tetap ada bahagiannya.

NOTA KAKI: Saya kurus, baju tu yang nampakkan saya besar.:-)

Post a Comment