Sunday, January 22, 2017

Cari rumput berembun untuk belajar berjalan


Cerita lepas subuh pagi semalam..


Jenuh ibu cari embun, nak ajar Daim Muslim tatih...tatih...ya.

Tapi embunnya tiada.. Rumput karpet yang basah pun bolehlah ya Daim..

Sambil2 bawa kakak2nya jogging dan main kasut roda. Al-maklumlah, sejak2 sekolah ni, busy memanjang. Hujung minggu pun full schedule dengan tuisyen dan outingnya. 

Kebetulan semalam sepatutnya saya ada program, tapi ditunda, so bagai pucuk dicita ulam mendatanglah. Ambil kesempatan "quality time" bersama family.


Budak yang tak sabar nak jalan. Macam kakaknya Ayyunie.. 9 bulan dah pandai jalan...

Ni Daim makin terror dah meniti dari satu tempat ke satu tempat. Huih.. Sakan ya..

Ibu doakan Daim cepat2 jalan ya. Jenuh juga ibu nak dukung Daim yang sado tu. Hihi..


Lepas jogging dan ajar Daim tatih tatih, sampai ke Kota Tinggi hah kami cari sarapan. Perghhh... Maklumlah semalam free gara2 program ditunda, jauh perjalanan cari sarapan. Kikikiki...

Baru jam 9 pagi, tapi kedai ni dah siap dengan lauk pauk makanan tengahari. Semua pun best2. Ikut nafsu je nak makan apa. Tapi saya still ambil makanan diet ok..:-)


Ni nama kedai tu. Fuhh boleh tahan ramai juga org yang datang. Siap ada buat kelas roti lagi kat luar tu. Kedai ni betul2 terletak tepi jalan nak ke bandar Kota Tinggi tu.. 

P/s: Lepas tu agak2 kemanakah kami sehelai sepinggang tu? Jeng jeng jeng...


Post a Comment