Sunday, January 8, 2017

Resepi Shellout paling ringkas


Keluarga saya suka makan. Mereka pandai makan makanan yang sedap-sedap. Jadi secara automatik semua makanan saya masak jadi sedap..

Ni shellout cara saya. Walaupun pedas sik sik.. Tapi nak tambah dan tambah juga tu. Terbukti sedap lah tu!

Resepi paling ringkas ni:

1. Mula2 rebus (jangan lama sangat, nanti manisnya tiada) dulu semua seafood dan yang bercangkerang. Lepas tu toskan.

2. Dalam kuali, panaskan butter, masukkan bawang putih, cili padi diihiris halus dan daun kari.

3. Masukkan serbuk kari yang ditambah sikit air. Lepas tu masukkan cili boh. Biar pecah minyak.

4. Masukkkan sos tiram, sos cili, sos tomato.

5. Perasakan dengan garam dan gula.

6. Masukkan semua seafood yang ditoskan tadi. 

7. Then kacau sampai sama rata.

Anggaran bahan2 pandai2 lah ikut kuantiti seafood.. Hihi..


Ayah Damia siap ambil daun pisang depan rumah lagi untuk letak nasi supaya aroma nasi panas2 tu membangkit selera.

Nampak 1 tangan gebu, 1 tangan slim sedang menikmati shellout homemade oleh ibunya. Licin uolss...

Post a Comment